Isnin, 30 Julai 2012

Makk.. ain penat dalam mencari siapa bakal imam ain nanti.
ain penat mencari siapa bakal teman hidup ain nanti.
boleh tak kalau ain tanak semua tu?
boleh kan??

Khamis, 26 Julai 2012

Aku tak tahu kenapa. Tak tahu kenapa cepat sangat air mata aku tumpah td. Aku tak tahu kenapa aku sakit sangat tadi. Aku tak tahu.. Aku lari-lari cepat masuk toilet! Buka air kuat-kuat! Aku diri diam-diam. Aku nangis... Setitik.. Dua titik.. Aku kesat balik air mata tu. Aku tahan nafas. Aku hembus kuat-kuat! Aku kena kuat! Aku kena terima hakikat! Aku kena! Aku keluar toilet. Aku kuatkan semangat! Buat macam biasa. Its time to leave. Aku katakan pada diri aku sendiri. Aku katakan pada diri aku, Aku Takkan Mencari Cinta lagi.. Aku penat! Penat sangat sebenarnya.. Tapi aku tak mampu untuk buat apa2 lagi. Aku harap lepas ni aku berjaya buang dia jauh-jauh dari aku. Aku takkan menoleh ke belakang lagi lepas ni. Biarlah! Biar aku paksakan hati ni. Biar dia sakit. Biar.
Raya aku pada kali ini.

Huh! Raya tunda? Huh! Kalaulah boleh terjadi, aku sanggup! Tak terungkap dengan kata-kata apa yang aku nak cakap tentang perasaan aku ni. Terasa hidup aku kosong! Sangat tak bermakna lagi. Terasa raye aku kali ni tak membawa apa-apa makna lagi. Tak bersemangat macam dulu lagi dah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku ceritakan satu persatu, rasanya air mata aku yang akan mengalir dulu. Kini aku tak se excited puasa macam dulu-dulu. Tak bersemangat nak beli baju raya kasut raya macam dulu. Tak nak balik rumah masa puasa pertama. Aku taknak dah lagi benda tu semua. Kenapa? Aku rasa hidup aku cukup kosong! Aku tak tahu macam mana nak ungkapkan. Aku sedih! Aku pilu! Aku rindu! Aku menangis..

Kalau lah aku boleh undur balik masa. Aku nak lagi rasa semua tu. Aku nak semua tu lagi. Tapi kini, aku rasa macam nak raye sorang-sorang jek kat sini. Sumpah! Aku perit! Perit sangat.. 

Maafkan aku bagi sesiapa yang terbaca blog aku ni. 

Selasa, 24 Julai 2012

Akhirnya cita-cita aku pada hari pertama puasa tercapai. Awal-awal lagi aku niat, pada satu Ramadhan nanti aku nak bacakan Yassin untuk dia. Lantaran sesuatu penghalang yang menghalang aku, terpaksa aku tunda hingga ke hari ini. Sebak rasa hati ketika melafazkan satu persatu ayat dalam Surah Yasin tersebut. Serak suara aku ketika aku. Tapi aku kawal sebaik mungkin agar rakan sebilikku tak sedar apa yang berlaku. Selama ini aku ego. Aku ego untuk mengakui betapa lemahnya aku dalam dunia ini. Tapi aku sedar untuk kelemahan itu. Aku atasi kelemahan itu dengan berubah! Ya! Aku janji untuk belajar untuk berubah!

Dalam diam, aku cuba kumpulkan kembali kekuatan diri yang kadangkala hampir tipis! Dalam sedar tak sedar, terasa baru semalam aku kehilangan dia. Dalam tak sedar, dia telah lama meninggalkan aku sendiri. Aku kuat! Aku tabah! Pada kasarnya sahaja. Tiap kali aku merinduinya. Aku pejamkan mata. Pejam mata rapat-rapat. Aku tak biar air mata tu jatuh lagi. Tapi tiap kali itu, tiap kalinya aku gagal simpan air mata tu.

Cinta yang tak pernah aku ungkapkan dulu, masih kekal dalam hati. Dan aku tahu dia juga cintakan aku pada sejak aku muncul dalam hidup dia sedari dulu hingga kini. Maafkan aku andai aku tak cukup kuat! Maafkan aku andai satu hari nanti, aku tersungkur angkara rindu yang teramat. Maafkan aku andai satu hari nanti, janji yang aku metrai, tak pernah aku tunai. 

Maafkan aku. 

Alfatihah untuk dia yang aku cinta. Selamat Menyambut Ramadhan. Ramadhan juga yang saksikan kepergian kau dari hidup kami semua.

Sabtu, 21 Julai 2012

Aku tak pasti ape yang membelenggu fikiran aku akhir-akhir ini. Yang pasti, mood selalu tak baik.. Aku sendiri tak tahu kenapa.. 

Hah! Satu keluhan berat aku lepaskan! Cuba lepaskan sesuatu yang membebankan fikiran aku. Tanpa aku sendiri tahu ape punca dan sebabnya.
 
Hari ini Ramadhan pertama. Dan aku tak rasa sesuatu yang dinamakan excited untuk puasa macam orang lain. Dan kali ni aku putuskan untuk tidak balik ke rumah. Sebab nothing at home. Puasa aku kali ni tak bermakna apa-apa pon. Sebab orang lain sambut puasa dengan mak dorang. Aku? Aku takda sape-sape dah. Aku rindukan mak aku. Lama rasanya aku tak jumpa dia lagi..

Khamis, 19 Julai 2012

Malam td aku mimpi dia.. Aku rindu dia.. Dalam mimpi tu dia kate dia lapar.. Dalam mimpi tu kitorang makan same-same kat kedai. Dalam mimpi tu aku jumpa dia. Dalam mimpi tu.. Arghh! kalau aku tak kawal emosi aku ketika itu! Sudah pasti aku akan menangis menjerit-jerit di tengah-tengah malam. Itu sudah pasti.. Aku rindukan dia. Bukan aku menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma aku belum cukup kuat untuk semua itu. Seringkali aku mengalirkan air mata sebelum tidur. Di kala bilik gelap. Di saat yang lain sedang tenggelam dengan mimpi masing-masing. Aku pula, sukar melelapkan mata. Masih terngiang-ngiang segala yang berlaku dulu. Rasa menyesal yang masih menebal. Rasa ingin mati yang kadang kala menghasut diri. Cukup! Aku tak kuat lagi. Apatah lagi dah nak masuk bulan puasa. Sedih bila aku bayangkan aku tak dapat sambut puasa bersama-sama lagi.. Bila setiap pagi raya tak da lagi orang yang nak jerit-jerit panggil nama aku suruh bangun. Dah takda lagi dah.. Aku sedih!

Alfatihah untuk emak.. 

Rabu, 18 Julai 2012

Dalam sesak kat cafe nak beli makan. Aku nampak dia dari jauh. Aku tengok je dia sampai dia betul betul berada depan mata aku. Aku senyum padanya. Senyum yang semanis mungkin. Tapi dia berhenti betul betul depan aku. Dia pandang aku. Tepat kat muka aku. Tapi muka dia series! Dan aku pandang dia balik. Kenapa? Aku salah ke? 


" Kau kenapa?" aku tanya.
" Kau senyum kat aku ke?"
" Yelah. Kenapa pulak?"
" Series kau senyum kat aku tadi?"
" Yelah!. Takkan aku senyum dekat peti sejuk belakang kau tuh!"

Kau menjerit tiba tiba. " Yes!! Perempuan kat depan ni betul betul kat aku lah. Aku ingat mimpi tadi."

Dan sebenarnya ini semua memang hanya mimpi...

Berbalik kepada entri yang lepas. Gambar kat atas aku tunjukkan Status Fb Si Dia. Aku tak tipu kan? Pada siapa dia tujukan status ni? Aku atau orang lain? Kalau orang lain, siapa orang tu? 

Aku cuba untuk memandang dia dan tersenyum. Tapi aku tak mampu untuk merenung mata dia langsung! Yang aku mampu hanya memandang dia dari jauh..

Selasa, 17 Julai 2012

Cik Bulan? siapa Cik Bulan? Aku ke? Ouch! Perasan lah pulak kan? Tapi nak buat mcm mane? Seriously. Siapa Cik Bulan tu? Aku nak tahu sangat. Siapa yang kau kata bagai langit dengan bumi tu? Adakah kau sedang bercakap tentang perhubungan ni yang masih tak nampak di mana penghujungnya?? Begitu? Kalau betul aku bukan yang terbaik untuk kau. Baiklah. Aku yang akan pergi dari kau. Tapi apa yang aku nampak, kau seolah-olah lari dari kenyataan. Kau tipu diri kau sendiri. Kau tipu aku. Series! Bukan senang aku nak lupakan kau. Bukan senang. Dan jika kau pon begitu. Kenapa kita tak bina balik hubungan tu? Kenapa kau mesti lari? Kenapa kau mesti buat aku macam ni? 

Series! Sampai sekarang aku masih terfikir-fikir, adakah masih ada sekelumit rasa sayang kau untuk aku? Masihkah? Kadangkalanya, aku rasa macam ada. Tapi aku cepat-cepat tolak. Sebab aku rasa kau berjaya lupakan aku. Macam mana aku nak buat?

Tadi aku bace status Fb kau. Kau tulis macam ni:_

"pk panjang hari ini..soo, dpt conclusion bulan jauh di langit, masakan boleh bersama dan rapat dgn bumi, cam langit ngn bumi..hahaha..xabs2 cite sal bulan..jst doakan yg terbaik tuk cik bulan.. =)"

Siapa Cik Bulan yang kau cakap tu? Aku ke? Aku tak larat dah nak nangis lagi. Untuk berharap apatah lagi.

Tadi Kak Kina cakap nak kenalkan aku dengan kawan dia. Aku? Sedang berfikir-fikir lagi. Patut ke tak aku terima. Aku takut aku yang sakitkan hati orang tu. Aku takut aku yang kecewakan orang tu. Sebab sekarang aku memang dah tak berminat dengan siapa-siapa lagi selain Dia. Sebab aku kenal siapa aku. Aku kenal bagaimana aku. Aku takut aku yang salahkan dia nanti. Arghh! Aku sendiri. Dan tak tahu nak buat macam mana lagi.. 

Aku serahkan segalanya kepada Allah. Dia jek yang tahu yang terbaik untuk aku.

" Ya Allah. Berikanlah jodoh yang terbaik untuk aku"

Isnin, 16 Julai 2012

mungkin aku tak patut buat mcam tu kat dia.. apa yang aku buat kat dia mungkin menyebabkan dia rasa yang aku bencikan dia.. tapi aku tak tau mcm mana nak act normal kat dia.. macam mana aku nak tegur dia mcm biasa.. aku tak tahu,, dulu pernah la sekali dua dia tegur aku. tapi aku buat mcm tu kat dia.. mungkin tu yang dia tak tegur aku lagi kot..
kenapa ada bulan jatuh ke riba bagai ni.. kau tak payah tunggu dia jatuh pon.
kalau kau memang boleh afford benda tu..
dan aku masih lagi menanti untuk itu..

Sabtu, 14 Julai 2012

sedar tak sedar lebih kurang seminggu lagi jek nak puasa kan??
bila dengar nak puasa jek! aku rasa mcm lain sikit..
aku sedih bila nak puasa ni.. sedih sangat! bila aku sedar aku tak dapat sambut puasa sama sama dia lagi..
aku sedih bila ingat semua benda tu. aku sedih. bergenang air mata aku. aku tahan mata aku untuk tidak menangis. aku tak nak tengok orang orang sekeliling aku sedih. apatah lagi bersimpati. aku tak nak semua tu..
aku nak tunjuk kat dorang. yang aku masih lagi Aishah yang kuat. yang tabah. tapi.. bila aku terfikir benda ni.
cukup buat dada aku perit! cukup perit! kali ni masih! raya aku masih tak bermakna all over in my life! aku tak sanggup nak sambut raya. tak sanggup! aku sedih! and.. whenever someone says: "Don't cry" i always cry harder.

apa lagi yang aku mampu lakukan? aku ingat lagi kali terakhir aku sambut puasa bersama dia dulu. aku hanya sempat sahur untuk terakhir kalinya dengan dia. aku tak pernah sempat untuk buka puasa dgn dia lagi.. itu yang terakhir kalinya.. aku.. aku menyesal kerana jarang balik rumah.. aku. argh! sukarnya nak cakap! aku sedih! dan kali ni, raya aku benar benar tiada makna lagi.. aku tak tahu mcm mana aku nak hadapi semua ni..
dan aku benar benar rindukan dia...

Ahad, 8 Julai 2012

ok.. bukan senang untuk aku buat keputusan ni..
bukan senang untuk aku lupakan dia sedangkan dia berada di hadapan aku
bukan senang untuk aku pura pura untuk tidak melihat sedangkan mata aku tetap mencari cari.
bukan senang untuk aku tidak menyebut nama dia, sedangkan hati aku sendiri menyebut nama dia..
 semua nya bukan senang!