Ahad, 13 Januari 2013

Permulaan sabar itu memang pahit , perit . But at the end sabar itu pasti akan muncul kemanisan nya :)

#copypaste Atiqah.

Sabtu, 12 Januari 2013

HATI, BERTAHANLAH

HATI,
bertahanlah.

HATI,
maafkan aku. kerana kau harus bertahan sekali lagi.

HATI,
maafkan aku. kerana kau harus tempuhinya lagi.

HATI,
kali ini aku harus bertahan. aku harus pertahankan. aku harus perjuangkannya

HATI..
maafkan aku jika sekali lagi dan berkali-kali lagi kau tersakiti.
kerana aku akan tetap berjuang demi nya..
kerana aku yakin yang perjuangan aku takkan sia-sia.

HATI..
maafkan aku..
tapi kau tetap harus bertahan sekali lagi.

Jumaat, 11 Januari 2013

MAAFKAN AKU HATI.

DEAR HATI,
maafkan aku. sekali lagi maafkan aku.

DEAR HATI.
bersabar lah. tabah lah. sekali lagi kau disakiti. 

maafkan aku Hati. andai kau menyumpah seranah pada aku. pada aku yang bertanggungjawab membiarkan sekali lagi kau disakiti. maafkan aku. menangislah kalau memang itu dapat melegakan kau duhai Hati. walaupun aku tahu sepicing pon air mata tu tak mampu nak merawat luka yang kau tanggung Hati. maafkan aku Hati. andai aku tak degil. kau takkan pernah terluka lagi duhai Hati. maafkan aku Hati. andainya aku tak turutkan kata hati aku waktu itu. kau takkan pernah tersakiti lagi Hati... maafkan aku duhai Hati. 

DEAR HEART PLEASE FORGIVE ME.

jika aku tak pilih dia. kau takkan tersakiti lagi Hati. Aku yang benar-benar bersalah//

DEAR EYES. PLEASE WIPE UP YOUR TEARS.

maafkan aku Mata. maafkan aku sekali lagi. kerana apa? kerana aku biarkan lagi air mata kau keluar. aku biarkan kau bazirkan air mata kau lagi. tapi hati aku dah tak mampu nak tahan segalanya. maafkan aku Mata maafkan aku. aku tak janji yang aku takkan biarkan air mata kau tumpah lagi. kerana aku pasti akan menangis lagi..


maafkan aku Hati dan Mata..




Rabu, 26 Disember 2012

Assalamualaikum mak. maafkan ain sebab dah lama tak jenguk mak. maafkan ain dah lama tak berbual ngn mak dlm blog ringkas ini. maafkan ain.
baru kali ini ain merajinkan tangan untuk mercerita dgn mak mlm ni. ain nak cerita dgn mak puas2. cerita yang tak pernah ain buat dgn mak dulu. ain tak pernah kongsi cerita dgn mak dulu kan? ain tahu.. tapi hari ni ain nak kongsi cerita dgn mak.

untuk pengetahuan mak, abg farid dah selamat kawen. dia dah selamat berumah tangga. dah ada tanggungjawab sendiri. bini dia org nogori. hidayah nama dia. alhamdulillah. dia baik orgnye. insyaallah agamanya kuat. mak jgn risau. abg farid dah berubah sekarang, berubah seperti yang mak nak dulu. berubah sebab apa? ain sendiri tak tahu, ape sebabnya tak perlulah kita pertikaikan. asalkan dia dah berubah. sungguh! sebak bila ain dpt tahu yang abg farid ada jumpa mak sehari sebelum dia g nikah tu. sebak!. ain sebak mak. nyaris ain tak nangis hari tu. kenapa? entah? mgkin sebab dia masih ingt mak. dia mintak restu mak sebelum kawen.. mesti dlm hati dia sedih kan mak? dia kawen. tapi mak tak sempat nk tgk dia kawen kan? sedih. memang sedih. dari abah ada, sampai mak ngn abah dah takda. baru skang jodoh dia sampai.. tapi. betul kata Afiq, dah jodoh dia sampai lambat, ape lagi yang boleh dikata. cuma perasaan terkilan tu tetap ada. mak nak tahu tak? abg farid buat kelakar mase nikah hari tu. mlm tu kak ida ada ckp nak buat air yasin tak? nak tenangkan hati. tp dia degil. bila kitorang suruh prctice akad, dia kate tak payah. nnt ikut jek apa yang dia kadi tu cakap. last2! ape yang dah jadi. lebih EMPAT KALI AKAD!! lawak2. belum lagi. mase pakaikan gelang, dia boleh pulak cium tgn bini dia. melawak ape abg farid tu? =.="
sangat lawak memang.. ahad ni long buat kenduri kecik2 untuk sambut menantu.. dgar2 belah pmpn tu nak dtg satu bas! masak2 nak masak nt. ahahahaha. 

mak,, ain rindukan mak. kalau mak ada lagi. mesti mak yang paling bising + risau pasal majlis tu kan? mesti punya. mesti mak yang paling semangat sebab dia nak kawen kan? mesti punya.. ape pon. ain tahu mak masih boleh tgk dia di alam sana...

babai mak..
Assalamualaikum.

Jumaat, 21 Disember 2012

result untuk sem ni dah keluar.
syukur,, walaupon tak banyak,
ada sikit peningkatan..
dan alhamdulillah aku lulus..

Khamis, 20 Disember 2012

Ya Allah. kau jadikan dia sebagai jodoh terbaik untukku Ya Allah. Kau panjangkan jodoh kami Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk mencipta kebahagiaan Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk saling mengasihi Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk mencipta rumah tangga yang indah Ya Allah.

<3 Afiq
20.12.2012
what a nice date.
thanks to come to mylive again..

Ya Allah. terima kasih kerana 
kembalikan dia pada aku Ya Allah.
terima kasih kerana berikan cintanya 
padaku kembali Ya Allah.
aku tak pernah bermimpi yang hari ini adalah harinya,
tapi aku sangat bersyukur kerana dia menjadi milikku 
lagi.

sudah berkali aku katakan, sudah banyak kali aku cuba. dan sebanyak itulah aku tak berjaya untuk lupakan kau. hingga waktu ini pon aku tak mampu. maaf. kali ini dan sampai bila-bila pun aku taknak lupakan kau. kenapa? sebab nama kau dah pun melekap dalam hati aku semenjak kali pertama kau datang dalam hidup aku.
dan terima kasih kerana kau sudi sambut kembali cinta aku kali ini.

terima kasih.

Isnin, 17 Disember 2012

Bila aku tengok siapa diri kau, siapa family kau,
Semuanya membuatkan aku rasa better to leave now.
Kenapa ?
Semuanya menyebabkan aku semakin yakin yang kita memang tidak ditakdirkan bersama.
Bersabar. Memang aku sedang bersabar menanti jodoh yang tepat untuk aku.
Tapi kadangkala kesabaran tu hampir tipis.
Tapi aku cuba cekalkan hati lagi.
Bersabar selagi mana aku harus bersabar?
Kenapa tak cuba solat istikharah?
Aku ada sebab aku yang tersendiri

#masih tertanya-tanya siapa jodoh yang tercipta untuk aku nanti..

Ahad, 16 Disember 2012

Ahad, 9 Disember 2012

dulu, kau pernah suruh aku lupakan kau.
aku cuba. walaupun susah.
dah akhirnya aku berjaya tetapkan hati aku untuk terima kenyataan yang kau memang bukan tercipta untuk aku.
aku tetapkan hati aku untuk lupakan segalanya tentang kau sejurus aku keluar dari kolej hari itu.
walaupun aku tak berjaya sebab kau sering kali muncul dalam khayalan aku mahupun mimpi aku.
tapi tak apa. sebab aku rasa mungkin itu untuk permulaan.
aku tetapkan hati lagi.
tapi bila kau datang hari itu, kau tanya aku dah ada pengganti ke.
kau kata lagi yang kau masih mencari seseorang.
dan sebab itu kau tanya aku sama ada aku dah ada pengganti atau belum.
masa tu, aku sedar mungkin aku ada harapan lagi,
kita masih ada harapan lagi untuk hubungan itu.
tapi,, apa yang aku sangka, bukanlah seperti apa yang aku harapkan.
aku salah lagi dalam membuat tangganpan.
bila akhirnya kau lenyap lagi macam selalu.
kau tinggalkan aku lagi dengan harapan tu.
mungkin kerana aku yang bersalah sebab jawab dengan nada yang seperti itu
menyebabkan kau tawar hati kembali.
mungkin,
ya mungkin.
dan kini aku tetapkan hati lagi
yang kita memang tidak selayaknya bersama..

aku tetapkan hati lagi walaupun perit.
macam waktu mula-mula aku buat dulu.

Ahad, 2 Disember 2012

i have a man in my mind.
the person who i just can't let him go.
the person who came when the heart is struggling to forget everything. when the heart is hurt by someone else that do not appreciate the meaning of love.
the person who in a second success to enter in my heart again.
the person who cured the wound in my heart.
the person who know how to fight with and at last give the winning to me.
the person who able to make the face being red when the name is called, when she see him in far.
yes ! the person is you.
i guess i can easily move on. but its hard to move on when your name is still in my heart..

Jumaat, 30 November 2012

Janji. Ah!
Senang bukan untuk memungkir janji.
Dan kalau ada org yang tak pandai untuk tepati janji.
Orang itu adalah aku.
Ya. Aku lah orangnya.
Kenapa? Sebab aku dah mungkir janji untuk melupakan segalanya. Untuk move on.
Aku mungkir janji bila dia muncul lagi dalam mimpi aku. Dia hidup dalam bayangan aku.
Dia.. Ah dia...

Selasa, 13 November 2012

since my feet step away from this college ,, i'll keep the promise. i'll keep that promise..

no more your name. no more your face. no more your picture. no more hope.
i'll shut my mouth from talking about you and your name again.

and you . don't worry, you'll never see my face, even hear my name again..
i'll keep that promise.

i'm done chasing..
aku munngkin tak sehebat orang lain. aku mungkin tak seberjaya macam orang lain untuk dibanggakan.


tapi Mak, Ain janji Ain akan berjaya dengan cara Ain sendiri..

Selasa, 6 November 2012

FINAL

akhirnya kini tiba masanya di penghujung semester.

tiba masa untuk final..
pagi tadi mula sebenarnya. dengan soalan susah kalah soalan add math mase spm aku dulu.
ape nak jd nnt pon tak tahu lah..
ape pon aku dah buat yang terbaik untuk diri aku sendiri.
tetibe terfikir pasal ni pulak..
rasenye dah 3 kali final mak tak wish aku good luck.
rasenye dah 3 kali final mak tak call aku pagi2, kejut aku pagi2 suruh solat ngn g study..
lame dah rase nye..
sedih. sebak. menangis.
aku ingat lagi mase dulu.
aku sering kali tak bagi tahu mak aku bile aku exam..
aku selalu buat macam tu.
mesti mak selalu kecik hati ngn aku kan?
selalu punya..
lagi2 bila mak tahu pasal tu dari org lain..
aku rasa kalau mak tak kuat,,
mesti mak dah nangis kan? tabahnya mak aku ..
tapi aku ada sebab kenapa aku tak bagi tahu mak bila aku exam.
kenapa? sebab nnt mak suruh aku belajar. sedangkan aku malas belajar.. nanti mak tak kasi aku tgk tv, sedangkan aku suke tgk tv. lagi2 cite cartoon. bila dah exam. nnt mak tunggu keputusan aku.
dan aku selalu takut nak bagi tahu mak result aku.
kenapa? sebab aku tahu result aku selalu teruk. selalu gagal dulu.
aku taknak mak kecewa. aku taknak mak marah aku dulu..
tapi mase spm, result aku teruk jugak. tapi mak tak marah pon. aku pon pelik mase tu..
mungkin mak sedar, benda dah lepas dah tak boleh nak ubah lagi.
dan aku tahu, impian mak aku selepas tu ialah hantar aku masuk KPM ni.
ye. aku masuk ikut kehendak dia..

semesta pertama masa exam mak call aku subuh2. aku demam mase tu. mak kate jgn lupe makan ubat.
mak kate lagi jgn tdo lmbat. nnt tak focus jawab exam. mak kate lagi jgn lupe solat..
semesta kedua mak tak cakap banyak. mak cakap belajar pandai-pandai.
jd macam nana. 4flat kat kolej dia. mak cakap macam tu. betul. mak cakap mcm tu.

tapi mak tak tahu yang aku pernah plan nak quit college sebab takut aku fail subjek OM ngn akaun.
aku takut mak kecewa lagi.. tp aku tak jd sebab taknak susahkan mak..
semester ketiga mak langsung tak cakap pape.. aku tgk roommate aku call mak dia..
tapi aku tak tahu nak call sape..
lepas tu baru aku sedar yang aku tak berpeluang nak dengar semua tu lagi..
lepas tu aku sedar yang sebenarnya setiap kemarahan dia, bebelan dia sebenarnya sumber semangat aku..
aku hanya sedar selepas itu..

dan sekarang..
aku masih tak dapat dengar semua tu lagi..

Isnin, 5 November 2012


masih lagi kau.
yang mampu buat aku dpt scan di mana pon kedudukan kau.
kau lah lelaki itu..

Sabtu, 3 November 2012

 

FAREWELL DINNER JUL-DEC 2012

Ingat lagi tak pic ni? Ingat lagi tak bile kite take this photo? ingat lagi kan??
This is the last pic of our memories. ni jek yang terakhir. since ni lah detik-detik terakhir aku kat sini.
lepas ni, jangan kan muka aku, nama aku pon kau takkan dengar lagi.
lepas ni, aku akan betul2 tunaikan janji aku dulu..
keep that promise,
stay away and lets forget everything..
aku akan pergi jauh dari hidup kau
meskipun jarak itu tidaklah terlalu jauh..
dan aku berharap yang kita takkan pernah jumpa lagi..
aku harap kau takkan pernah muncul dlm hidup aku lagi..

tolong lupakan aku.
aku akan pergi jauh-jauh dari hidup kau..

entry khas untuk dia teman terbaik aku.

kakak..
ingat tak lagi macam mana kita boleh serapat ini?
ingat tak?
aku ingat lagi.
waktu tu aku dan kau sama-sama alone kat sini.
sama-sama takda sape2 kat sini..
waktu tu aku pernah plan nak quit college sebab mungkin result aku teruk . dan kau pon same.
tapi kita same2 tak jadi quit..
start dari tu, kite jadi rapat hari demi hari.. masa tu aku ada kau jek, dgn bella ngn aqila...

kakak,
kau ingat lagi tak malam tu?
malam yang aku kehilangan segalanya??
ingat lagi tak?
masa tu aku dah takda sesiapa lagi dah.
dunia aku gelap, dunia aku malap..
kau kat sebelah tenangkan aku..
kau kat sebelah diam-diam bgtahu syafiq ngn budak2 ni,
kau kat sebelah yang peluk aku.
kau kat sebelah yang tenangkan aku..

malam tu, aku rasa macam nak jerit kuat-kuat..
biar satu dunia tahu.
malam tu, aku rasa macam aku lah orang yang paling bodoh dalam dunia ni.
aku lah orang yang bodoh tu..
sumpah kakak!
kalau aku tak pilih keputusan tu..
aku takkan menyesal seumur hidup macam ni..
sumpah!

kakak..
terima kasih sebab jadi kawan aku yang paling baik..
terima kasih sebab anggap aku kakak kau..
walau aku tak sebaik orang lain.
aku selalu marah2 kau,
aku selalu pukul2 kau,
aku selalu abaikan kau,
aku selalu buat kau kecik hati..
aku selalu buat kau sakit hati..

tapi kau selalu baik dgn aku,,
kau selalu ada masa masa terburuk aku,
kau yang selalu ada.

cuma aku yang takda mase kau perlukan bahu untuk menangis.
kenapa?
sebab aku rasa roommate kau yang baik ada.
aku rasa dia boleh jaga kau..

aku ni jahat kan?
kau boleh kate aku jahat bape banyak kali pon yang kau nak..
aku akui yang aku jahat..

so.. aku harap kau dapat lupakan aku nnt.
lupakan segala tentang memories yang kita ada.
kenapa? sebab aku taknak kau ingat kau ada kakak yang jahat..
aku taknak..

tlg jgn bersedih...
tlg jgn nangis..
tlg sapu air mata tu...
tlg jgn nangis..
demi aku..
akhirnya, segala kekusutan untuk asgnment dah berakhir. hanya tinggal untuk final jek

bila duduk depan lappy ni, macam2 idea dtg mencurah2..
tapi aku tak tahu nak start yang mana dulu..
aku tak tahu..


dan akhirnya aku putuskan untuk ceritakan tentang memories..

Rabu, 31 Oktober 2012

betullah..
kita takkan pernah ada jawapan yang terbaik atau sebab terbaik untuk kenapa kita sayang atau cintakan seseorang tu.
boleh aje aku bagi sebab. dan sebab tu jugak nnt yang buat aku benci kat orang tu.

betul!

puas jugak aku fikir kenapa aku boleh suka dia?
kenapa aku boleh suka dia dalam jangka waktu yang TERAMAT singkat!

betul!

dia masih lagi guy yang mampu buat jantung aku mengepam darah selaju lajunya kalah monorel yang laju tu kalau berselisih, ternampak dia, even sekali imbas.
yang mampu buat aku berpaling muka balik ke arah dia..

masih lagi dia.
masih lagi dia yang mampu buat muka aku semerah-merah tidak bila nama dia disebut depan aku.
kelakar kalau ingat balik

betul! 
itu semua betul! 

dia masih lagi guy yang mampu buat aku jatuh cinta untuk kedua kali, ketiga kali, keempat kali
dan kali ke..kali yang dah tak boleh dikira..

dia jugak guy yang berjaya buat aku menggelabah tak kira masa dan tempat.
dia lah orang tu.
masih lagi dia.

dia jugak guy buat aku sanggup buang semua rasa-rasa yang aku pendam dulu..
sanggup aku buang..
dia jugak guy tu.

tapi itulah kenyataan yang sebenar..
keep missing my nescafe prince..

tapi bila kenang balikk.
aku sedar, aku tak layak untuk rasa semua tu..
pungguk takkan jalan seiring dengan merak kayangan..