Assalamulaikum,
Apa kabar bakal suamiku? Baik-baik sahaja hendaknya..
Maafkan aku.
Maafkan aku kerana tak mampu untuk menjadi yang sempurna. Tak mampu untuk berikan segalanya.
Tapi percayalah. Tatkala bibir melafazkan "Aku Terima Nikahnya" sayang dan cintaku hanya untuk awak seorang. Percayalah..
Bakal Suami,
Aku tak mencari seorang lelaki yang sempurna untuk hidup aku. Tapi aku mencari seorang lelaki yang mampu menyempurnakan kehidupan yang aku sendiri tak mampu untuk sempurnakan. Yang mampu menerima aku seadanya.. Aku sedar, aku bukanlah seorang wanita yang selayaknya menjadi seorang isteri. Maaf.
Bakal Suami,
Aku menginginkan seorang lelaki yang mampu mencintai aku bukan sahaja ketika aku cantik. bahkan juga ketika aku comot. Aku menginginkan seorang lelaki yang mampu menerima segala kekurangan dan kelebihan yang aku ada.
I just want a Man that i can talk roughly, laugh loudly, talk everything, singing badly, crying sadly, anger madly, take care of me. Love me. Just that - ni ayat yang pernah aku post kat FB dulu.
Bakal Suami
Maaf, aku bukan mencari yang terlau sempurna. Aku cuma mencari seseorang yang mampu menerima aku seadanya.
Benar Bakal Suami.
I just want a Man that i can talk roughly, laugh loudly, talk everything, singing badly, crying sadly, anger madly, take care of me. Love me. Just that - ni ayat yang pernah aku post kat FB dulu.
Bakal Suami
Maaf, aku bukan mencari yang terlau sempurna. Aku cuma mencari seseorang yang mampu menerima aku seadanya.
Benar Bakal Suami.
Bakal Suami,
Maafkan aku, andai sebelum kita berkenalan, aku tak pernah memandang bahkan menegur mu. Itu semua kerana aku sudah penat untuk mencuba dan mencuba andai percubaan tu hanya membawa kepada kegagalan lagi.
Bakal Suami,
Andai nanti suatu ketika kau datang kerumah berjumpa Kakak Abang, aku harap kau dah betul-betul bersedia menerima segala kekurangan aku. Hanya itu harapan aku buat masa ini.
Bakal Suami,
Apa pun. Impian kita tetap sama. Kita bina empayar bahagia. Yang dalamnya terisi dengan kasih sayang yang melimpah ruah untuk anak-anak kita nanti.. Yang CEO nya nanti seorang imam yang mampu mengimamkan kami ketika solat. Yang mampu memimpin kami ke syurga hakiki.
Bakal Suami,
Aku mengharapkan kita akan kekal romantik walaupun usia kita sudah lanjut. Kita akan kekal mesra sakat menyakat dalam menceriakan suasana. Gelak tawa kita memenuhi ruang.. Kita BAHAGIA. SANGAT bahagia.
Duhai Bakal Suami,
Aku berharap, kau sudi terima aku seadanya. Setia di sisi aku dikala senang mahupun susah. Mampu melindungi aku dari apa jua bahaya. Pimpin aku ke syurga. Sayangi dan Cintai aku sepenuh hati. Aku mahu jadi isteri solehah dan ibu mithali untuk keluarga kita.
Salam Sayang untuk Bakal Suami Mithali ku.
<3
<3