Jumaat, 26 Ogos 2011

mak
esok kolej da cuti. semua budak sebok nak balik.
tp ain nak balik buat ape??? ain tada sape2 kat rumah..
ari tu kan ain ckp ain nak balik minggu ni.
ain ingat mak nak tunggu ain..
tapi mak tak nak pon tunggu ain..
malam ni dorang sume sebok kemas beg.
tp ain??? lebih sebok buat asgnment. memang la kebetulan nak hantar esok..
tu ain ngaku..
tp ain tak nak balik.. ain taknak raye pon...
ni pertama kali ain sgt2 bencikan raya.. ain ta rase pon raya best.
ain tak rasa pon ain bersemangat nak raya...
semua nya tu dah takda ape-ape makne bagi ain lagi..
mak...
ain rindu mak.... ain nak makan masakan mak lagi...
ain nak makan maggi mak masak lagi..
even maggi, mak masak tetap sedap..
ain nak sahur dan buka puasa dgn mak lagi.. ain nak raya dengan mak lagi..
mak tahu ta??
last ain dapat rasa masakan mak bile???
mase puase pertama ari tu.. ain suruh mak masakkn lauk..
tu pon sebab nik dgn ayu nak mkn mak masak lagi...
kalau ta... memang ain tak sempat rasa mak masak lagi..
ain rindu nak makan asam pedas mak masak lagi..
ain nak sangat2 makan asam pedas yang mak buat.
mak tahu ta?? dah dua hari ain sakit perut..
hari pertama sebab ain makan maggi
hari kedua sebab ain makan asam pedas..
ouh ya. mak tahu ta??? tahun ni ain hanya sempat sekali je sahur dgn mak... sekali je mak!!!
buka pon ain tak sempat..
ain terkilan sangat.. ain tahu ain bukan anak yang baik untuk emak..
sebab ain hanyalah anak mak yang pemalas...
ain rindu kat mak...
mak tak ingat kat ikin ke???
kesian dia mak.. ain tak tahu mcm mane dia kat rumah sorang2. takda sape nak ckp dgn dia..
mesti dia sedih kan??? ain tahu dia sedih..
ain kesian kat dia.. dia sorang2 kat rumah...
kesian kat dia mak... mak...
balik lah...ain nak mak..
ain rindu kat mak.. ain nak raya dengan mak..
mak... balik lah...

Khamis, 25 Ogos 2011

mak...
esok ain balik untuk ape?????
nanti ain raye untuk sape????
ain tak nak balik..
ain tak nak raye..
ain benci raye..
ain taknak

Isnin, 22 Ogos 2011

memang aku cuba untuk bersabar
cuba untuk redha
tapi ape yang berlaku cukup pahit untuk aku tempuh....
tarikh tu cukup buat aku ingt smpai bila2
tempat tu juga satu2ya tempat yang paling aku taknak pergi lagi walau apa pun jdi

korang tahu???

bila semua orang sibok kemas rumah..
bila semua orang tak sabar nak balik kampung..
bila semua orang beli kuih banyak2
bila semua mak akan membebel sambil terjerit2 pgl korang buat keje..
bila korang semua susah bangun pg-sahur tp nak cepat buka tanpa membantu mak masak
bila korang semua masih dengar semua tu..
aku kehilangan mak aku..
aku dah tak da mak lagi....
aku dah takda sape2 lagi...
aku YATIM PIATU kat dunia ni...
aku takda sape2 lagi..
aku taknak mnta bnyk2
satu jek yang aku nak..
aku nak mak aku lagi...

Jumaat, 19 Ogos 2011

awak rindu saya kan??

awak call saya gune fon kawan awak semata-mata nak cakap tu???
hahahahah. awak kelakar.
tapi saya suke. even sekejap. saya tetap hargai. saya tetap tersenyum.
even awak gune fon orang lain. saya tetap kenal suara awak...
hahahahaha. mesti awak rindu saya kan???? (saya tahu saya perasan) hahah
tak kesah la macam mana pon..
saya tetap suka...
saya harap awak dpt call saya selalu..
hehehehe

mood : senyum manjang

Isnin, 15 Ogos 2011

aku sedih bila teringat seseorang

bila aku dgar lagu raye lame2 buat hati tetiba sedih..
aku bukan macam mereka
yang mesra dgan ibu mereka.
boleh berkongsi segalanya dengan mereka
aku juga tak boleh berbual mesra dgn ibu dlm talifon
aku ingin tny khbar ibu aku
aku ingin melahirkan kebimbangan aku jika ibu aku demam
tapi semua tu tak terlahirkan..
semuanya kaku.
aku sayangkan dia..
SAYANG yang teramat3333.....
cuma dia sahaja yang aku ada dalam dunia ni..
tiada galang gantinya lagi....
hanya dia yang aku SAYANG..
yang aku mampu
doakan dia sihat sepanjang kehidupan dia.. kerana aku tak mampu zahirkan sayangku itu...
aku juga sedar aku tak mampu jadi anak yang terbaik untuk dia
aku juga sedar yang aku tak mampu penuhi impian dia
apa yang aku mampu cuma menggalas segugus doa ikhlas dari seorang anak
yang banyak menyusahkan semenjak aku belom mengenal erti kehidupan

ampunkan aku, anakmu bnyk berdosa..

dia meletakkan setinggi harapan pada aku


wanita ini meletakkan setinggi harapan pada aku untuk berjaya..
dan aku hanya mampu berdiam diri kerana tahu usaha aku tak setimpal dengan kejayaan 
yang dia harapkan..
aku cuba untuk lakukan yang terbaik
untuk tebus balik kata-kata mereka..
siapa kata aku tak boleh berjaya???


p/s : gambar ni aku ambil mase balik kolej cuti raye sem satu..


kuserah segalanya pada ALLAH

aku penat mencari yang terbaik untuk diriku
aku penat mengimpikan tentang segalanya
aku serahkan yang terbaik itu pada ALLAH
hanya dia saja yang tahu
yang terbaik untuk aku
aku sering saja nampak kebahagiaan mereka..
aku sering cemburukan kebahagiaan mereka..
aku teringin merasainya lagi...
sungguh aku inginkannya
tapi... dlm hati aku cuma ada dia...
dia yang kini bukan lagi milik aku
aku cuba untuk lupakan dia..
tapi aku ta boleh...
hati aku cuma ada dia...
tapi aku sakit bila dia bahagia sedangkan aku??
aku cuba untuk bahagia....
tapi bagaimana???
siapa pilihan yang aku ada???
kau kata aku bukan tak boleh lupakan dia.. cuma aku jek yang taknak lupakan dia.
cuma aku jek yang tak usahakan lupakan dia.. tapi aku takda pilihan.. kau kata aku bukan takda pilihan
cuma aku jek yang memilih... aku bukan memilih... cuma hati aku yang tak boleh paksakan
untuk aku sukakan orang lain. orang yang aku tak suke.
aku pon inginkan bahagia..
tapi aku penat..
aku penat untuk sakit hati
aku penat untuk makan hati lagi
aku penat untuk menangis lagi
aku penat untuk mengalah
dan aku penat untuk kecewa lagi
tapi kau kata aku bukan tak boleh nak bahagia.. kau kata aku cuma
tak tahu nak cari kebahagiaan macam mana atau takut kecewa lagi
atau aku tak boleh lupakan dia sebab aku yang tak nak lupakan dia
memang aku tak nak lupakan dia
aku nak tunggu dia sampai bila-bila...
aku sayang dia......
tapi aku pon nak bahagia...

AKU TETAP MENANTI PELANGI DALAM HIDUP AKU

Jumaat, 12 Ogos 2011

perbezaan antara AWAK dan DIA..

1. sebab awak bukan dia
2. sebab awak tak sama macam dia
3. sebab nama awak tak sama macam nama dia
4. sebab saya tak kenal awak, tapi saya kenal dia
5. sebab saya tak sayang awak. saya sayang dia
6. sebab bday awak tak sama dgn dia
7. sebab muka awak tak sama macam dia
8. sebab suara awak tak sama macam dia (walaupon sy ta pnh dga suare awk)
9. sebab awak gedik!! dan saya tak suke orang gedik selain dia
10. sebab awak tak tinggi macam dia

dan yang paling pasti. tak da siapa yang dapat gantikan tempat dia kat dalam hati saya..
dan juga saya tak sukakan awak...

saya tak bermaksud..II

dan sebab saya tak sukakan awak..

Khamis, 11 Ogos 2011

saya tak bermaksud..

ouh. maafkan saya awak.. saya tak bermaksud berperasaan seperti itu.
saya tak bermaksud untuk mentertawakan awak seperti itu.
saya tak bermaksud untuk memperlakukan awak seperti itu..
saya tak bermaksud untuk sekasar itu.
saya tak bermaksud untuk
saya cuma tidak bersedia. bukan !
saya cuma tidak suka.. saya tidak suka awak.
bukan kerana paras rupa awak.
bukan juga kerana siapa awak.
just.. hati saya dah tertutup untuk terima orang lain..
untuk berkawan pon dari awal lagi saya tak nak sebab dari awal dari awak tak jujur macam mana awak dpt no saya.
walaupon saya tahu, yang bagi no saya kat awak tu sepupu perempuan awak.
kawan saya sendiri.
saya tak salahkan dia.
cuma saya tak suka.
lagilagi bila awk ajak cple.
SAYA BENCI SANGAT!!!
saya tak suka tahu !!
maafkan saya..
saya tak bermaksud..
 =.=''

Rabu, 10 Ogos 2011

awak menari..

hahahaha.. awak menari macam pengguin dalam kelas..
kelakar !!! lucu !!! nampak comel.. hahahaha
saya penat ketawa dalam kelas.. hehehehe

Ahad, 7 Ogos 2011

sape nak header free by CIK TEMPE


HAHAHAHAHA.. tgk2 blog.. tetiba nampak sesuatu kat shout box yang menarik hati..
tros klik kat situ.. ya3.. memang menarik.. bg sape2 yang nak header free by cik tempe klik sini yeah..

1. kat header tu nak tulis ape ek??? haaa .. da tahu da... mule2 saya nak tulis.. 'DIARY PELANGI'
pas uh nak tulis ape ek?? ' diary ni kepunyaan cikk pelangi... pelangi kehidupan saya ' tu je !!! 
bole kan3???
2. saya tag kepada : cik aiai 
DONE !!!! 
thanx cik tempe.... luv you sooooooo muchmuchmuch

Jumaat, 5 Ogos 2011

thanks tu her,,,,

THANKS to her bcoz give them back for me..
iluvyou,,

Selasa, 2 Ogos 2011

Warna aura lambang karakter, peribadi anda

hari ni aku nak cerita pasal warna pulak... sedang tadi aku asyik terpikir nak cari tajok ape yang sesuai untuk dijadikan tajok public speaking aku tu.. then tetiba aku teringat pasal warna kegemaran aku tu : MERAH !!
then.. tetiba lak aku dapat idea nak buat tajuk WARNA DAN KARAKTER PRIBADI .... search punye lah search,, akhirnya tajuk ni warna aura lambang karakter , peribadi anda.... menjadi pilihan entry kali ini... nak buat tajuk speech pon aku ta yakin sebab ta da evident yang boleh kukuhkan speech aku tu.. haha
nak tahu ta ape yang aku dapat???
 jengjengjeng... SILA LIHAT DI BAWAH YERRR...



Warna aura tidak akan menipu siapa diri anda sebenarnya. Dalam psikologi sudah diakui bahawa setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu.
Warna aura adalah bahagian dari keadaan diri seseorang yang membabitkan keperibadian, karakter, kesihatan dan kejiwaan.
Namun warna ini boleh berubah mengikuti keadaan diri seseorang. Warna aura berkenaan dapat dihuraikan di bawah:

Merah
Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam. Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang ke hadapan, tidak sensitif dan ego, pemimpin, suka mengkritik, mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar. Ia turut melambangkan seorang itu suka bersaing, berani bertindak, tekad dan juga panjang akal.
Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan.
Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapatkan apa diinginkan. Mereka ini suka bertengkar, ego dan kurang sensitif.

Jingga
Mengungkapkan kehangatan. Orang yang mempunyai aura berwarna jingga sukakan kesenangan duniawi, tentangan, berkhayal, membantu orang lain, menyendiri dan tidak suka di kawal atau di kongkong. Kebaikan mempunyai aura jingga adalah mereka dikategorikan sebagai mempunyai akal yang panjang dan kreatif. Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa lawan dan siapa kawan.
Keburukan mempunyai aura berwarna jingga adalah terlalu mementingkan diri sendiri. Lazimnya mereka kurang suka hidup berkeluarga dan lebih gemar bersendirian.

Kuning
Mengungkapkan intelektual. Orang yang mempunyai aura kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko, seorang yang peka dan penuh prihatin, setia dan sukakan kebebasan.
Kebaikan mempunyai aura kuning adalah mereka suka bersukan, sangat prihatin dengan penampilan diri dan mementingkan kesihatan yang baik.
Keburukan mempunyai aura kuning adalah mereka agak pemalu sekiranya berada di kalangan orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka adalah orang yang suka memberontak dan tidak mudah berkongsi perasaan sedih dan juga masalah dengan orang lain.

Hijau
Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan. Mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain. Keburukan mempunyai aura berwarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya. Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat. Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh lawan berdebat dengan mereka.

Biru
Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi.
Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.
Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.

Indigo
Mengungkapkan sifat bijak yang amat mendalam. Seorang yang halus dan lemah. Mempunyai kulit putih dan pucat dan tidak suka keluar rumah. Mempunyai sifat keanak-anakan dan mempunyai perasaan yang peka. Kurang bertanggungjawab dan suka mengagungkan dan membanggakan diri sendiri.
Kebaikan mempunyai aura berwarna indigo adalah mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat mendalam. Keburukannya mereka kurang pandai berkomunikasi dan suka menyendiri.

Ungu
Mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam. Seorang yang dinamis dan berkarisma, mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati. Selain itu, meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik.


sebenarnya banyak lagi lah yang aku jumpa... tp ni je yang dpt aku kongsi.... selebihnya sila cari sendiri yek...

dan kelaskan lah di warna apa anda semua 


ILUVRED!!

cakap siang pandang-2. cakap malam dengar-2.

orang cakap cakap siang pandang-2. cakap malam dengar-2.
haaaaa... hamik kau JAJAN!!!
tp kau ta da hak ak blame aku... kalau kau jadi aku. kau pon rase sakit hati la..

ok .. cerita dari awal... td lepas buka aku ramairamai dengan syakila bersamasama hamba ALLAH g cuci tgn kat tandas... tetiba syakila tanya aku PSN ada jualan lagi tak puasa ni.
syakila : cah, puasa ni psn ada jualjual lagi ta??
aku : ada
syakila : korang jual apa ek??
aku : ntah. aku ta tahu. kau jgn tnya aku. kau g tanya roy sane, ta pon kau tanya ain depan bilik kau tu. aku ta tahu pape
syakila : (diam )

tetiba aku nmpak ada budak keluar dari tandas.. rupenye tu ain... aku tnya nik.. sejak bile dia masok tandas?? aku pon cite kan balik apa yang aku ckp td kat nik pulak... dia pon diam jek sambil tersenyumsenyum... aku pon tros jela masok bilik..

tulah yang aku ckp tu.. kalau ckp tu elok2 cket.. tp ape aku peduli??? bape kali dorang lupakan aku?? buat aku macam tunggul.. buat aku macam sampah??? kau cuma ingat genggeng kau jek... mentangmentang aku sorang jek perempuan DLM kat situ senangsenang jek kau nak lupakan aku kan??

aku terasa hati ??? memang aku terasa. hati.. bahkan aku dah TAWAR HATI lagi dah.. aku dah ta da hati na join group tu lagi.. aku cuma perlukan masa lagi satu sem untuk habiskan contract tu.. aku dah ta tahan... aku nmpak aku mcm tersisih sejak kau tambah semua kawankawan kau tu..

FINE !! kalau aku ni ta penting. bia aku buat macam aku ni betollbetol ta penting..

TERIMA KASIH.. :)