Sabtu, 7 Disember 2013

Tadi tengah lepak-lepak kat ruang tamu,
Ada orang datang rumah jemput datang kenduri kat rumah jiran.
Dalam borak-borak pasal kenduri, Kak Long tetibe bangkitkan isu ni.

" Rumah kita nak buat kenduri apa lagi ek? Nak tunggu kenduri maksu lama lagi."
Aku dengan pura-pura tanya "maksu mana?"
"Maksu ni lah. Bila nak kenduri tunang?"
Aku dah bantai gelak kuat-kuat.
Lepas tu aku cakap lah, "Carikanlah jodoh"
Long cakap " Nak jugak ke? Kang kalau org dah cari kan kau jgn cakap taknak pulak."
Aku bantai gelak lagi.
Long cakap lagi ada orang tanya kat dia aku ni bila nak langsung? Carilakan lah aku jodoh.
Then aku aku tanya sapa?
Dia cakap ada lah sedara dekat ni.

Lepas tu issue closed!.

Ahad, 1 Disember 2013

WE GOT MARRIED.

HAI ALL.

Now aku nak cerita yang aku 'ter'addicted dgn dia ni. Siapa dia? Tengok gambar bawah.



This is Jo Kwon - 2AM

Mane aku kenal dia? Aku kenal dia dari program variety show korea. We Got Married (WGM). Yang mana dia digandingkan dgn.. tgk bawah.



Ga In - Brown Eyed Girls.

Yes. Ramai org tny kenapa aku suka sangat dengan Jo Kwon ni. Sebab kalau korang tgk dia ni pon... Lembut. Hahaha. Well. Aku pon tak nafikan. Tapi dari ape yang buat aku tertarik dengan dia ni. Cute. Well of course after make up. Tapi tanpa make up pon he still look good. Look cute. 

Tapi kalau korang tahu cerita dia sebelum dia bergelar artis dengan nama 2AM ni. Dia jadi trainee lebih kurang 8 tahun. Well. Imagined jela. Berapa lama dia kene tunggu? Berapa lama dia trained untuk capai tahap ni? Tak mudah kot. Betul! Tak mudah. Sampai JYP decide nak masukkan dia kat Ballad Group. Now 2AM ni. Bagi aku dia ada nice voice. Tapi semua penyanyi pon ada suara yang bagus kan? Kalau suara sengau takkan lah dorang jadi penyanyi kan? Haha. 

Tak. Bukan ni aku cerita sebenarnya.

Yang aku nak cerita ialah MEREKA dalam cerita ni. Bagi sape-sape yang pernah tgk WGM mesti tahu ape kan. Aku suka tgk dorang dalam cerita ni. So sempoi.. Simple. Sangat kena dengan jiwa aku. Dorang takda nak sweet2 sangat. Tkda nak merajuk sana-sini. Setakat jeles2 tu biasalah kan. Bagi aku dorang ni sangat berbeza. Tapi sesuai. And paling best dan kelakar, dorang alllwayss arguing. Gaduh2 manja lah kan. Even benda yang paling kecik. Gaduh-gaduh then ok balik. That y aku kata dorang sangat simple. Seriously kelakar. Dan aku suka relationship macam ni. Tak terlalu formal. Tak bosan. Takda nak merajuk sana-sini. Bosan. 

Sampai ending cerita ni, aku melalak tak ingat dunia. Sebab bagi aku dorang ni memang sangat sepadan. Dan aku sangat dan tersangat lah berharap sangat-sangat-sangat dorang realllyyy dating in real life and getting married one find day nanti. Sampai macam tu sekali penangan dia dalam jiwa aku. Seriously, masa tgk cerita ni, ada something jauh dalam hati aku. Yang aku sendiri tak pasti rasa apa tu. Yang aku pasti, aku tersangat lah berharap dorang betul2 kawen.

Meroyan. Tu yang Fazrine kata kat aku. Mungkin lah aku meroyan. Yelah. Aku menangis tak ingat dunia mase tgk ending dorang. Yang bila aku sendiri tak pernah nangis masa putus cinta dulu. Kalau pernah pon tak pernah lah macam ni sekali. Tak pernah. Desperately aku siap search kat internet, kat youtube pasal dorang ni. Tgk show yang dorang attend sesama. In case aku dapat jawapan yang dorang really couple in real life.

Ya! Aku lebih sibukkan pasal dorang daripada relationship aku. Betul. Aku dah tak pedulikan perasaan aku pada Afiq dulu. Pada M sekarang. Aku dah tak kesah. Even M dah tak contact aku lagi. Even if aku dengan M dah officially break off atau tak. Aku really don't care anymore. Aku dah sangat tak kesah. Aku lebih selesa hidup sendiri. Bertemankan AdamCouple ni. Ouh ya. Dorang ni digelarkan Adam Couple. Apa kaitannye pun aku tak tahu. Hahaha.

To Jo Kwon and Ga In. I really wish that you really can date and getting married in real life. Amin.

Selasa, 5 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH KAWAN-KAWAN.

Lama rasanya aku tak jengah blog ni.

Hari ni tiba-tiba teringin nak jenguk. Rindu nak berblogging mcm dulu. Tapi masa dan malas buat aku dah lama aku tak berblogging.

Ada banyak benda aku nak cakap. Tapi satu pon tak terluah.

Masih ingt lagi entry aku yang terakhir dulu. Ya. Yang tentang move-on to. Huh. *big sigh*

Masih lagi berkenaan dgn masalah hati. Setiap hari sebelum tidur, aku akan doa: "Ya Allah, andai dia benar-benar jodoh yg terbaik untukku, dekatkan hatinya dengan hatiku. Jika bukan, jauhkan kami agar hubungan ni tak pergi terlalu jauh. And glad to tell is, kita semakin jauh sayang. And the worst parts is, aku dah mula sayangkan dia. Dah mula rindukan dia. Dah mula sukakan dia. Tapi, kenapa aku rasa kita semakin jauh ek?

Segalanya start kau mula kerja ditempat baru tu. Ya. Bermula dari itu. Pada mulanya aku rasa ok. Memahami. Tapi lama-lama aku tak paham. Sibuk sangat ke? Penat sangat ke? Sampai kau tak sempat call aku. Tak sempat nak balas msj aku. Tapi aku selalu Nampak kau online. Aku tak paham kat situ sebenarnya. Ada sampai satu tahap, aku dah tak sanggup dah. Aku nak menyerah. Sebab kau buat aku rasa balik apa yang AFQ buat kat aku dulu. Ya. Aku rasa balik rasa tu.

Aku boleh jek buat kau rimas. Aku boleh je asyik msj kau. Boleh jek. Tapi aku taknak buat sebab aku taknak kau rasa rimas. Sebab aku tahu kau bekerja. Aku tahu tu. Tapi kenapa kau tak tahu yang aku selalu ingat kau. Selalu tunggu msj dan call daripada kau SETIAP MALAM. Pernah sekali aku terbangun tiba-tiba tidur sebab aku macam terdengar bunyi ringtone hp aku. Dan aku sangat berharap kau yang call. Tapi rupanya tu hanya sebahagian dari mimpi aku. Kau dapat rasa tak sakit tu?

Aku sedar yang aku mula sayangkan kau sayang. Aku sedar aku mula rindukan kau sayang. Aku sedar, jika kali ni aku terluka lagi, aku tak pasti bila luka tu akan kembali sembuh.

Aku tak pasti. Yang pasti hati aku akan benar-benar mati.

Ahad, 25 Ogos 2013

MOVE ON. SHOULD I?

Move On. Should I?

Yes! Dah banyak kali aku tanya soalan yang sama untuk dua hari ni.
Aku masih sangsi. 
Adakah ini cara yg paling sesuai untuk move on?
Kadang-kadang aku rasa macam aku dah buat keputusan yang salah.
Kenapa?
Sebab aku takut akan ada hati-hati yang terluka.
Akan ada 3 hati yg terluka.
Hati insan yang sampai sekarang masih aku harapkan.
Hati insan yang aku baru belajar terima kehadirannya.
Hati seorang family member yang aku rampas 'hak' nya.

Hati-hati insan ini.

Persoalannya.
Macam mana aku nak move-on jika nama dia masih lagi ada dalam hati aku?
Macam mana?
Macam mana aku nak move-on jika password yang aku gunakan masih lagi ada kaitan dgn dia?
Macam mana?

Aku tahu. Aku tak tahu kenapa aku boleh buat keputusan ni.
Keputusan yang boleh buat aku serabut.
Keputusan yang boleh buat aku serabutkan rambut aku sendiri.
Keputusan yang boleh buat hati aku sendiri sakit.

Bagaimana aku boleh terima setiap kata-kata sayang dari dia jika bukan dia yg ada dalam hati?
Bagaimana?
Bagaimana aku nak layan dia dgn baik jika bukan nama dia yang aku sebut-sebutkan setiap saat?
Bagaimana?

Sekarang aku dah rasa ape yang kau rasa dulu AFQ. Rasa bagaimana sakitnya bila kita terpaksa menyayangi atau pura-pura sayang orang yang kita tak sayang. Aku rasa sakit tu sekarang AFQ. 
Then what should i do?
When its ME who lead this mess.

Dear Awak. What should i do? I'm trying for this two days. And its failed. 
Or should i try the next next next day? I'll try the best for that.

Ya Allah. Jika benar dia jodoh untukku sepanjang hayat. Kau dekatkan hatinya dengan hatiku.
Jika bukan, kau jauhkan dia dariku agar hubungan ni takkan pergi terlalu jauh. 

Dalam hati. Ahh! Kenapa nak pening2? Dengan Fara pon dia boleh buat. Kenapa dgn kau tak pulak kan? Kau baru jek jumpa dia. Kau tak kenal pon siapa dia yg sebenarnya. Kenapa kau perlu pening-peningkan kepala untuk hubungan ni? Kenapa kau perlu Take It Serious? Kenapa? Tak perlu kan? Dah alang-alang kau buat keputusan bodoh ni. Kau teruskan jela. Hubungan yg NO HARD FEELING. Yang selalu AFQ ckp. NO HARD FEELING. Bila dia rasa bosan dgn kau nnt. Bila dia rasa kau tak sesuai dgn dia, secara automatic, dia jugak yang akan tinggalkan kau nanti. Percayalah cakap aku. Percayalah. Bila kau NO HARD FEELING, time dia tinggalkan kau, kau takkan rasa apa-apa dah. Time tu kau akan rasa lega-selega-leganya. Percayalah cakap aku. Sebab belum tentu dia jodoh kau kan? Sebab kau pon rasa yang kau tak boleh selesa dgn dia.

SO. I can't describe this as Move On.
I'm just letting this go with their flow.
No need to make it hard.
No need to make it mess.

NO HARD FEELING.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Buat Hari Ini. Takut Tiada Lagi Hari Esok

Hari ini. Actually bukan hari ini. Tapi dulu lagi. Dari dulu lagi aku belajar sesuatu. Aku belajar sesuatu tentang kehidupan. Pada aku dulu, kalau tak sempat buat hari ini masih ada lagi hari esok. Sedangkan hari esok belum tentu ada. Sedangkan belum tentu peluang tu ada. Belum tentu.

Pada aku dulu. Kalau aku terlupa salam tangan mak, aku beranggapan masih ada lagi hari esok untuk aku buat sedemikian. Tapi hari esok tu bukan lagi untuk aku. Sebab hari itu adalah hari terakhir untuk aku. Itulah yang kali terakhir. Itu lah kali dan peluang terakhir untuk aku. Itulah yang terakhir.

Pada hari ini. Saat aku tenung skrin laptop ini. Mengenang setiap memori-memori lama. Setitik air mata menitis di atas meja kecil ini. Aku seka. Aku tahan. Aku tarik nafas. Berharap takkan ada lagi air mata yang jatuh. Berkali-kali aku ulang benda yang sama.

Aku ingat lagi hari terakhir aku dapat cium tangan dia untuk hari terakhir. Aku ingat lagi. Masa tu aku ingat ada lagi hari esok untuk aku. Rupanya takda. Kalau aku tahu, tak mungkin selangkah aku pergi. Tak mungkin. Kalau aku tahu dia yang akan melangkah jauh. Kalau aku tahu. Tapi aku tak tahu. Dan aku menyesal sekarang.

Bila terkenang memori dulu-dulu. Aku banyak sakiti hati dia. Aku banyak buat dia terasa hati. Aku banyak.

Rasanya aku tak mampu untuk menaip untuk entry kali ini.

Rabu, 3 Julai 2013

KAHWIN

AKU TERIMA NIKAHNYA

Assalamualaikum. Selamat malam. 

Malam ni aku amek mood sikit nak update entry baru. Tajuk KAHWIN.

Tolong jangan ingat aku. Jauh lagi tu.. 

Bagi aku, perkahwinan ni sangat penting. Sangat-sangat-sangat penting. Its not about pentingnya Kahwin. Tapi perkahwinan tu merupakan perkara penting. Paham tak? Ke tak paham? Yelah. Dia penting sebab benda ni bukan perkara yang boleh bawak main-main. Sekali seumur hidup. Tu pon kalau jodoh panjang sampai akhir hayat. Jangan ingat kahwin ni senang tau. Kau kene rancang dari segi kewangan sampailah majlis tu tamat. Semuanya kene rancang. Bukan pakat main aci redah je. Bukan. Cuma bezanya betapa simplenye majlis korang hingga ke betapa vogue nye majlis korang. Even majlis yang paling simple pon payah jugak tau. Semua tu tetap memerlukan duit. 

Ok. Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.

Aku percaya. Dan aku sangat yakin. Setiap orang mesti ada wedding dreams memasing kan. Mesti punya. Sebab aku pon ada. Even majlis aku lebih simple dari korang punya majlis. Tapi dah cukup memadai. Bagi pendapat korang lah. Korang nak terus nikah atau ikut adat siap ada merisik dgn tunang dulu? Kebanyakkan nye mestilah nak ikut adat. Merisik dgn tunang dulu kan? Manis sikit kata org.. Dan bagi korang, pertunangan tu harus dihebahkan atau dirahsiakan? Bagi aku ni pilihan masing-masing. Boleh nak rahsiakan. Boleh jugak nak hebahkan. Tak salah semua tu. Sebab kalau aku pon, aku nak rahsiakan dulu. Yang tahu cuma sedara dekat dengan kawan rapat jek. Buat apa nak meriah sangat kan? Tunang je pon. Cukup keluarga aku, keluarga tunang dan jiran kiri kanan ni. *Elak buah mulut. Tapi. Ada tapi lagi. Bukan ni yang aku nak cerita. Ada sorang akak tempat aku kerja ni. Baru jek tunang ahad lepas. Dia punya nak rahsia ni, sampai membe tempat kerja pon tak boleh tahu. Ok. Itu aku considerate lagi. Sebab aku pon akan buat benda yang sama nanti. Ni sampai tarikh perkahwinan dia pon dia taknak bagi org kilang tahu. Ya aku tahu ni baru lagi. Aku paham. Tapi gaya dia cerita, dia macam taknak satu pon org tahu yang dia nak atau dah kahwin nanti. Dah dia pon tak kisah even membe2 dia tak dtg majlis dia nanti. Eh kalau macam tu kau nikah jelah. Tak payah nak ada sanding, kemah bagai. Tak payah. Habis cerita. Time tu jangankan membe kilang, orang kampung pon tak tahu kau dah kawen. Pathetic kan? SANGAT!!

Belum lagi cerita pasal tarikh kawin tu. Tarikh kawin pon belah lelaki yang buat keputusan. Takda perbincangan dua pihak yang nk kawin tu lgsg. Dan pihak lelaki pilih tarikh yang time tu shipment tengah banyak. Dapat bayangkan mcm mana kau nanti? Terkejar sana sini nak siapkan sebelum kau kahwin. Dapat tak bayangkan? Kan ke dah susahkan diri kau sendiri. Then bila aku cakap, bincang lah balik. Dia kata. Biar jelah. Daripada tak kawin langsung. Aku? Ouh. Diam jelah. Tuan badan dah cakap mcm tu. No. Its not about tak kawin lgsg. Kalau dah jodoh cepat lmbt kawin jugak kan? Paham. Idea budak kecik macam aku ni memang tak boleh guna pakai. So aku diam jelah sepanjang lunch tu. Takda benda yang menarik boleh aku sampuk. Yang akak sorang ni backup aje lah akak tu. Sokong aje lah semua. Dorang kan most same age.

Series la. Nak kawen ni bukan senang ek? Dia nak buat majlis ni hujung tahun ni. Lagi bape bulan jek tinggal. Banyak benda yang nak kene buat ni. Tapi..

Tapi kesimpulannya bukan aku yang nak kawin dan idea budak kecik mcm aku ni memang tak boleh pakai. Ok. That's all. :)

Ahad, 30 Jun 2013

TIPU

Lelaki itu yang sedang bergelak ketawa dengan kawan-kawan dia. Nampak bahagia. Aku lega kalau kau cukup bahagia dgn kehidupan kau. Kau dah buktikan yang kau bahagia tanpa aku.

Aku pula di sini hanya mampu melihat kau dari jauh dari satu sudut yang sukar orang nampak. Aku lebih selesa begini. Aku lebih suka memastikan keadaan kau dari jauh. Aku selesa begini.

Kadang-kadang aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri.. 

Ada sesuatu yang saya nak katakan pada awak.

Saya rindukan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak rindukan awak.

Saya sayangkan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak sayang awak.

Saya kerap mimpikan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak pernah mimpi awak.

Saya selalu stalk fb dan twitter awak. Tak. Saya tipu. Saya tak pernah stalk awak.

Saya peduli pasal awak. Tak. Saya tipu. Saya tak peduli pasal awak.

Saya nak awak balik. Tak. Saya tipu. Saya taknak awak balik.

Saya bencikan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak pernah bencikan awak.

But please. Whatever i told you. Please just don't trust that. Because i won't tell the truth about my feelings. That feeling is mess up with mixed emotions. 

DON'T FOLLOW THE RULES

Assalamulaikum.

Bagi aku, kehidupan ni tak perlulah terlalu skema sangat. Terlalu mengikut buku. Follow the rules from A to Z. Tak perlu kot. Tapi tu yang aku buat dari dulu. Seingat aku dulu, aku tak pernah atau jarang buat kesalahan yang boleh dikatakan berat yang boleh masuk bilik disiplin. I guess. Yelah. Dulu aku tak pernah datang lewat g sekolah. Tak pernah ponteng kelas. Belum pernah lagi panjat pagar sebab nak balik awal. Meniru masa exam. Kalau setakat nak tanya jawapan masa exam ni pon aku belajar masa kat kolej lah. Tak pernah pulak aku kurang ajar dgn cikgu. Errmm. Ape lagi ek term kesalahan yang biasa student buat? Bergaduh? Aku tak pernah cari masalah atau musuh masa zaman sekolah dulu. So takda sebab untuk aku bergaduh kat sekolah.

Yelah. Since darjah 1 lagi aku duduk kelas 1st yang semuanya budak2 baik. "skema" tu rasanya bukan terms yang sesuai untuk dorang. Sangat tak sesuai. Hahaha. Ouh! Kelas 1st? Mesti korang bayangkan aku seorang budak yang suka baca buku, yang duduk kat depan kelas, yang selalu angkat tangan nak bertanya atau jawab soalan, yang selalu dapat result yang baik setiap kali ujian atau exam? Tak. Tu bukan aku sama sekali. Sebab aku sangat lah malas nak belajar. Aku tak pernah dapat jawab setiap kali cikgu tanya aku soalan, dan aku selalu dapat no 1st dari belakang. Atau lebih tepat sekali, nombor last atau tercorot dalam kelas. Well. Korang boleh gelak. Sebab aku memang lah tak pandai mcm korang. Sampai sekarang pon aku belajar untuk setakat pass. Tak pernah dapat Dekan pon.

Apa yang aku nak cakap kat sini. Kita tak payah lah nak skema sangat dalam kehidupan ni. Macam aku. Sebagai pelajar, aku pelajar yang baik. Tapi bukan skema. Kenapa? Aku masih jugak buat kesalahan. Dan kesalahan yang aku biasa buat ialah selalu tak siap kerja dan selalu tak bawak buku g sekolah. Kalau masalah selalu tak bawak buku mase aku sekolah rendah dulu. Masa darjah satu. Setiap hari mesti ada jek buku yang aku tak bawak. Aku pon tak paham macam aku boleh tak bawak buku tu. Sedangkan arwah mak aku dah jadualkan buku aku siap2. Aku pon tak paham. Yelah. Masa tu aku mane reti nak jadual buku. Hahaha. Aku belajar jadual pon kak ngah aku yang ajarkan. Mase tu mak kat kg. Uruskan kenduri. Sebab mase tu arwah Atok Wak baru meninggal. So kak ngah yang take part jage aku jap sebelum mak aku balik. Dan masalah kerje sekolah tak siap tu sampai ke kolej masih tak ubah-ubah. Tak paham aku. Hahaha. Kat kolej tu barulah aku belajar sikit-sikit cmne nak break the rules. Antaranya, aku balik kolej selepas jam 7 malam. Sometimes. Hehehe.

Kesalahan yang terberat aku ialah, phone aku kene rampas dgn cikgu. Tu je kot rasanya kesalahan aku yang paling teruk. Lain tak pernah kot. Bagi aku, tak salah kot kalau korang nak langgar peraturan. From that, korang boleh menilai kehidupan. Boleh enjoy kehidupan yang org2 skema tak boleh rasa. Sebenarnya best tau break rules ni. Asalkan korang tak buat kesalahan yang terlalu berat seperti membunuh, dadah dan gejala sosial lain yang ada. Bagi aku tu bodoh. Kenapa? Kalau korang membunuh, at the end korang jugak yang mati kat tali gantung. Dadah pulak dah mcm sampah masyarakat. Dan satu lagi aku nak cakap. Sebelum nak buat sesuatu kenakalan tu, ingat balik muka-muka yang lahirkan korang, yang suapkan korang makan, yang jaga korang masa korang sakit, yang susah payah kerja siang malam nak bagi korang makan, yang tiap2 malam bangun malam buat solat tahajud yang mengaji yang berdoa sepanjang malam untuk kesejahteraan korang. Ingat balik muka-muka tu semua. Kalau korang sedar siapa mereka pada korang, jadi jangan pernah malukan dorang. Jangan pernah kecewakan mereka. Jangan pernah.


#Kadang-kadang dari kenakalan yang kita buat masa kat sekolah dulu lebih mengajar kita lebih 1001 pengajaran tentang kehidupan. Yang memberikan kita 1001 memories yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Ahad, 16 Jun 2013

Crazy Little Thing Called Love


Crazy Little Thing Called Love


Aku tak tahu kenapa. Tapi aku suka tengok cerita ni. Ulang banyak kali pon aku tak kisah.

Kenapa? Kat sini dia tunjukkan semangat seorang budak perempuan bernama Nam yang willing to do anything untuk tarik perhatian org yang dia suka. Lelaki yang dia suka adalah senior sekolah dia yang merupakan pemain bola sekolah dan juga jurugambar bernama Shone. Mempunyai 3 orang sahabat yang baik..

Aku suka semangat dia. Dia gunakan rasa cinta yang dia ada kearah kebaikan Di mana dia berusaha untuk capai sesuatu tu sampai berjaya. Dari pelajar yang selalu dapat No1 dari belakang bertukar kepada pelajar No1 dari depan. Daripada dia tak pandai berbuat sesuatu, dia berusaha keras hingga dia berjaya. Dan yang paling penting. Dia bertukar daripada budak perempuan yang tak cantik sampai jadi cantik. Semuanya kerana rasa cinta yang dia ada. Semangat yang dia ada.

Cuma, terlalu memendamkan perasaan kadang-kala membuatkan mereka tersalah langkah. Persaingan dalam percintaan tu selalu ada. Konflik dalam persahabatan pon selalu terjadi. Dalam lucu, ada sedihnya.

Apa pun. Aku tetap meminati semangat yang Nam ada.

Ahad, 9 Jun 2013

Assalamualaikum,


Pada usia 21 tahun ni, aku dah banyak menyaksikan perkahwinan kawan-kawan aku. Ramai jugak yang dah kawen. Adalah dalam tak sampai 10 org. Termasuk yang tak rapat dengan aku. Di usia 21 tahun. Ya aku tahu itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Tapi dah jodoh sampai awal, kenapa mesti tolak kan? Sampai bila nak bercouple kalau yang halal dah mampu. Betul tak? Belum lagi kawan-kawan aku yang dah bertunang. Stage pertama sebelum mendirikan rumah tangga. Sungguh. Aku turut bahagia dengan kebahagiaan dorang. Buka FB, kawan yang ini tunang. Buka Twitter, yang itu pulak bertunang. Baru tadi, sorang lagi kawan aku dah tunang. Alhamdulillah. Tahniah Piqa. BTW. Nanti kawin kau aku datang. Boleh kan? Lepas tu aku tengok diri aku sendiri. Aku pandang orang sekeliling aku. Masing2 bahagia dgn pasangan masing-masing. Ada jugak yang baru nak temui dorang punya soul mate. Ada yang dah rancang nak tunang. Ada jugak yang rancang nak kawin. And i'm here. Alone. 




Bukan tak nak cari. Bukan tak nak try cari lagi. Bukan jugak memilih. Cuma i'm just tired to try everything and anything. Chase the one who never worth for it. Penat. Aku dah penat untuk sakit hati. Penat untuk makan hati. Penat untuk kecewa. Penat untuk menangis walau sepayah mana aku cuba untuk bertahan untuk tidak menangis. Aku cuma penat. Tapi bila mana aku terpandang kawan-kawan aku yang dah tunang dan kawin ni, buat satu perasaan yang halus dalam hati ini. Dan ianya sangat menyesakkan dada aku. Cukup buat aku sesak nafas. Sukar untuk bernafas. Kenapa? Kerana aku juga ingin merasakan hal yang sama. Aku cemburu dengan rasa itu.




Tapi aku mulai sedar. Takda benda yang perlu dirisaukan. Bila tiba masanya nanti, aku juga akan merasakan bahagia yang sama. Cuma cepat atau lambat sahaja. Sekuat mana aku berharap dia menjadi jodoh aku, tapi memang bukan dia yang tertulis untuk aku, sehebat mana pon aku pertahankan. Dia takkan pernah jadi milik aku. Jika memang dia yang tertulis untuk aku, sejauh mana pon kami, sekuat mana pon dia tolak, buang aku dari hidup dia kami akan tetap bersama. 




Dan aku tahu, kalau bukan dia tercipta untuk aku, that's mean that Allah has planned the better planning to me. Kalau bukan dia tercipta untuk aku, bermakna bukan dia yang mampu melengkapi segala kekurangan aku. Yang mampu mencintai aku seadanya aku. Bukan dia. Dan aku redha dengan segala ketentuanNya. And its mean to that i am not good enough for him. Just know that. Ye. Aku tahu, aku bukan lah perempuan yang boleh dicategorikan sebagai perempuan baik2. Memang nampak baik jek. That'y Allah tak bagi aku dengan dia. Sebab aku jahat. Dan Allah bagi aku peluang untuk perbaiki diri aku untuk aku dapatkan yang terbaik untuk aku. Mungkin.




Tak dinafikan yang setiap perempuan jenis-jenis lelaki idaman mereka. Aku? Aku pon sama. Aku cuma mahukan seorang lelaki yang mampu menerima aku seadanya. Tidak sempurna. Tapi mampu menyempurnakan hidup aku. Saling melengkapi. Seperti yang pernah aku mention dalam entry aku yang lepas. Dan aku tak tahu yang aku mampu atau tidak untuk menanti saat itu tiba. Dan sekarang aku hanya menyerahkan 100% pada takdir aku. Kenapa? Kerana aku dah benar-benar pasrah. 

Ahad, 26 Mei 2013

SURAT UNTUK BAKAL SUAMI

Assalamulaikum,
Apa kabar bakal suamiku? Baik-baik sahaja hendaknya..

Maafkan aku.
Maafkan aku kerana tak mampu untuk menjadi yang sempurna. Tak mampu untuk berikan segalanya.
Tapi percayalah. Tatkala bibir melafazkan "Aku Terima Nikahnya" sayang dan cintaku hanya untuk awak seorang. Percayalah..

Bakal Suami,
Aku tak mencari seorang lelaki yang sempurna untuk hidup aku. Tapi aku mencari seorang lelaki yang mampu menyempurnakan kehidupan yang aku sendiri tak mampu untuk sempurnakan. Yang mampu menerima aku seadanya.. Aku sedar, aku bukanlah seorang wanita yang selayaknya menjadi seorang isteri. Maaf. 

Bakal Suami,
Aku menginginkan seorang lelaki yang mampu mencintai aku bukan sahaja ketika aku cantik. bahkan juga ketika aku comot. Aku menginginkan seorang lelaki yang mampu menerima segala kekurangan dan kelebihan yang aku ada.

I just want a Man that i can talk roughly, laugh loudly, talk everything, singing badly, crying sadly, anger madly, take care of me. Love me. Just that - ni ayat yang pernah aku post kat FB dulu.

Bakal Suami
Maaf, aku bukan mencari yang terlau sempurna. Aku cuma mencari seseorang yang mampu menerima aku seadanya.

Benar Bakal Suami.

Bakal Suami,
Maafkan aku, andai sebelum kita berkenalan, aku tak pernah memandang bahkan menegur mu. Itu semua kerana aku sudah penat untuk mencuba dan mencuba andai percubaan tu hanya membawa kepada kegagalan lagi.

Bakal Suami,
Andai nanti suatu ketika kau datang kerumah berjumpa Kakak Abang, aku harap kau dah betul-betul bersedia menerima segala kekurangan aku. Hanya itu harapan aku buat masa ini. 

Bakal Suami,
Apa pun. Impian kita tetap sama. Kita bina empayar bahagia. Yang dalamnya terisi dengan kasih sayang yang melimpah ruah untuk anak-anak kita nanti.. Yang CEO nya nanti seorang imam yang mampu mengimamkan kami ketika solat. Yang mampu memimpin kami ke syurga hakiki. 

Bakal Suami,
Aku mengharapkan kita akan kekal romantik walaupun usia kita sudah lanjut. Kita akan kekal mesra sakat menyakat dalam menceriakan suasana. Gelak tawa kita memenuhi ruang.. Kita BAHAGIA. SANGAT bahagia. 

Duhai Bakal Suami,
Aku berharap, kau sudi terima aku seadanya. Setia di sisi aku dikala senang mahupun susah. Mampu melindungi aku dari apa jua bahaya. Pimpin aku ke syurga. Sayangi dan Cintai aku sepenuh hati. Aku mahu jadi isteri solehah dan ibu mithali untuk keluarga kita. 

Salam Sayang untuk Bakal Suami Mithali ku.
<3


Ahad, 12 Mei 2013

Hari ni, semua mesej2 kau di inbox, sent item, segala-gala gambar kau di hp, di laptop.. segalanya. aku dah padam..

tu tandanya yang aku benar2 dah move on...

in done. with you or with others. im just done.

entry-entry lepas yang aku mention nama kau, biarkan lah dia. tu tanda kau pernah ada dalam hidup aku. Dulu. Dan bukan lagi sekarang dan akan datang. Lepas ni, entry2 aku tak kan pernah sentuh pasal kau lagi. cukup. cukup setakat ini.

aku padam semua tu bukan sebab aku dah jumpa pengganti kau. bukan. cuma aku dah cukup mampu untuk buang semua tu. nampak tak u're the worst time in my life?


sudahlah. cukup sampai sini.

Assalamualaikum.
HAPPY MOTHER'S DAY MAK..

sigh!!! *tarik nafas panjang-panjang..

well. aku dah takda mak lagi.. dah bertahun mak aku tinggalkan aku..
hari ni, memasing sebok wish happy mother's day, selamat hari ibu, blablabla,
you know what. its hurt! 


Untuk hadiah sempena hari ibu ni, ain hanya mampu sedekahkan alfatihah dan surah yasing untuk mak. hanya itu yang ain mampu mak.
HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME

err. its kind to late to wish. But, takpe kan? btw, happy belated birthday to me for the 21 years old. Yes. I'm old now. But so what? i'm just happy who really i am. not much!

Alhamdullilah, Allah bagi aku kesempatan untuk hidup selama 20 tahun, dan sepanjang 20 tahun tu, macam2 yang aku lalui. mcm2 yang aku rasa. macam2 yang aku belajar. macam-macam. 

Dan pada ulang tahun yang ke 21 tahun, aku berdoa kepada Allah, semoga iman aku bertambah tetap dari hari ke hari. semoga aku cepat dipertemukan jodoh yang sesuai untuk aku.. 

Dalam pada umur 21 tahun ni, aku mulakan kehidupan aku yang baru..

Sabtu, 30 Mac 2013



Its seems to be hard to do. But i'll try my best to let everything go. Whether a piece of love left, a piece of misses left, a piece of thought left, a piece of memories left, a piece of dream left. Everything! Everything! I'll make sure that 'a piece' of that will go without left. 

I'll make sure. 

Good Bye everything



Yes! Its time to say Good Bye :)
Now, i have reason to move on. I am ready to move. No need to cry anymore. No need. Just smile. Good bye for everything. Sekarang aku dah nampak bukti tu. Bukti yang buka mata hati aku untuk realize everything.

Sekarang aku dah bersedia. Betul-2 bersedia.

Jumaat, 29 Mac 2013

29 March 2013

Sekarang aku tengah sibuk kemas-kemas barang aku di bawak ke rumah sewa aku nanti.

Kehidupan aku bermula sekarang. Di mana aku harus belajar berdikari sendiri. Belajar untuk menguruskan kehidupan aku sendiri. Belajar mencari duit sendiri. Segalanya aku sendiri. Duduk jauh dari keluarga. Terasing di negeri sendiri. Tapi takpa. Aku di sana demi mencari pengalaman dan mencari rezeki yang halal untuk membantu keluarga aku.

Aku harus ingat!. Harus tetapkan pendirian sendiri agar menjadi kekuatan diri aku. Ingat yang aku di sana bukan untuk bermain-main. Tapi aku di sana untuk mencari rezeki. Aku diberi kebebasan untuk memilih corak kehidupan aku sendiri. Aku diberi kepercayaan untuk hidup di jalan aku sendiri. Dan aku harus buktikan yang aku boleh dipercayaai. Seperti dulu.

Betul kata Cikyah haritu. Kalau mak ada lagi. Mesti mak yang temankan aku duduk kat situ.

Mak, Ain dah habis belajar, dan Ain dah dapat keje. Ni kan yang mak nak tgk dulu kan? Ain dah buat mcm yang mak nak. Kenapa mak taknak tunggu Ain dulu? Tunggu sampai berjaya. Kenapa mak?

Kadang2 Ain terfikir. Ain sedih. Yang susah payah untuk Ain bukan mak lagi. Yang siapkan segala benda keperluan Ain, bukan mak lagi. Tangan yang Ain cium bukan mak lagi. Bukan mak lagi. Ain rindu mak.

Tapi takpa lah. Segalanya adalah takdir. Dan takdir yang Ain pilih sekarang ni ialah jalan hidup Ain yang sekarang ni. Hidup jauh dari keluarga banyak cabaran, banyak dugaan. Dan Ain harap Ain kuat dan tabah.

Rabu, 27 Mac 2013

boleh saya tanya, siapa perempuan yang awak rindu tu? siapa?
saya nak sangat tahu siapa perempuan yang bertuah tu sampai boleh buat awak rindu sangat-sangat tu?
bukan saya kan? ouh! saya tahu tu bukan saya.

tapi entah kenapa saya ni perasan sangat sebab hati saya sangat yakin perempuan itu adalah saya.
tapi saya masih rasional.. sebab saya masih ingt ape yang awak mention dlm twitter tempoh hari..
sebab itu saya katakan pada hati saya yang degil yang itu adalah perempuan yang awak sayang.
dan perempuan itu adalah bukan saya.. saya tahu itu..

tekad hati. saya ingin sangat pergi jauh-jauh. pergi tempat yang saya takkan pernah terjumpa awak lagi..
tekad hati. saya nak sangat lupakan awak. sebab saya taknak sakit lagi..
tapi, penat dah saya cuba, kalau pon boleh lupakan awak, ianya hanya untuk sementara..
penat dah saya cuba. penat sangat sebenarnya..

bila saya tahu yang awak takkan pernah sayangkan saya, sakit tu memang sakit sangat.
apatah lagi bila saya tahu kata-kata sayang awak tu hanyalah penipuan semata-mata. sakit tahu.
dan disebabkan sakit itu, saya nekad untuk lupakan awak.. tapi tak berjaya.
bila saya masih lagi kerap singgah ke FB awak ke Twitter awak..
selalu. selalu macam tu.

bila kita berselisih kereta masa kat kota hari tu, hanya Allah jek yang tahu perasaan saya masa tu.
saya bertanya pada Allah, kenapa Allah pertemukan saya dgn awak lagi walaupun saya hanya dpt pndang awak dari tepi. tapi saya tahu tu awak... saya tak tahu petunjuk ape yang Allah bagi.

sebenarnya bukan ni yang saya nak cakap.. bukan ni. saya nak cakap yang saya masih sayangkan dan rindukan awak lagi.. tapi seperti yang awak cakap dulu, untuk lupakan awak. ya. saya akan belajar untuk itu..

dan kalau semua kata-kata memang untuk saya,, maaf. saya tak pernah benci awak... tak pernah.
kalau awak kata awak rindukan saya. tp kenapa? bukan ke awak kata awak tak boleh nak sayangkan saya. tapi kenapa awak rindukan saya lagi? knp? knp buat saya pening? knp?

tapi entah lah.. mungkin saya silap di sini. semua kata-kata tu bukan untuk saya. bukan. bukan. bukan. bukan. bukan. bukan. bukan saya yang awak rindukan tu. bukan saya yang awak teringin nak dengar suaranya sebelum tidur,, bukan saya. bukan saya. bukan saya. bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

bodoh kau shaa. tu bukan kau lah. kenapa perasan sangat ni? dia takkan suka atau sayang kau lah. tlg lah bangkit shaa. tlg lah.. jgn bermimpi lagi shaa. please.. bangun untuk aku.. please..

huh! susah lah cinta ni. susah sangat. aku rasa masa aku kecewa dulu frust menonggeng, tak pernah lak aku rasa sesusah ni. tak pernah pulak aku rasa seberat ni rasa cinta ni? knp ek? ntah lah.. aku rasa mcm nak lari jek.. penat dah. penat. aku dah taknak rasa jatuh cinta lagi. bila dah jatuh, sakit dia bukan main. aku dah penat dah. luka yang ada ni pon sukar untuk aku ubat. tak mungkin lah aku nak simbah lagi luka ni dengan cuka? aww!

dear shaa. tlg lah jangan bermimpi lagi.
dear afiq. jgn risau, saya takkan bermimpi lagi. dan saya akan pergi macam yang awak nak tu.

Ahad, 10 Mac 2013

dah lah Afiq.. segalanya dah berakhir. tak payah lah kau nak salah kan diri kau sendiri. memang semua ni salah aku start kita kenal dulu Afiq. segalanya dah selesai. aku takkan tuntut pape lagi.. dan aku takkan pernah salah kan kau. memang salah aku. atas permintaan kau, aku akan lupakan kau.. aku cuma doakan kebahagiaan kau. semoga kau akan jumpa dgn seorang wanita yang boleh buat kau bahagia mcm yang kau nak dulu.. seikhlas hati aku doakan kau. semoga kau berbahagia. semoga kau berbahagia..

tak lupa jugak. aku nak ucapkan terima kasih untuk bahagia yang kau pernah bagi aku pada masa dulu. walaupun hanya untuk seketika.. 

terima kasih lagi untuk yang pernah dikasihi Afiq

Aishah

Sabtu, 9 Mac 2013

kusangkakan panas sampai ke petang. rupanya hujan ribut di tengah hari. itulah peribahasa yang boleh aku sampaikan waktu ni. tu yang aku rasa sekarang ni. perasaan yang selama aku tahan-tahankan. sakit. memang lah sakit. bohong lah kalau tak sakit.

bnyk sebenarnya aku nak cakap. tapi aku tak mampu nak kata banyak2.

kalau kau tahu kau tak boleh terima aku, kenapa kau datang balik masa mula-mula aku struggle nak lupakan kau dulu. kenapa? kenapa kau bagi balik harapan yang kau sendiri tahu kau tak mampu nak tunaikan harapan tu. kenapa kau buat mcm tu? aku nak tahu jawapan untuk soalan yang itu jek. yang lain aku taknak tahu. kenapa kau seksa aku macam ni? kenapa? 

dan sekarang macam biasalah. aku dipaksa untuk lupakan kau macam dulu. huh!! macam yang kau nak kan? ya aku akan tunaikan hasrat kau kali ni. aku tak benci kau. TAK PERNAH BENCI KAU pon. cuma... yang aku bencikan ialah DIRI AKU SENDIRI. aku cukup bencikan diri aku sendiri kerana cepat jatuh pada cinta yang sebenarnya tak ikhlas...

tapi tak pelah. aku dah lama sebenarnya terima keadaan tu. lama dulu. semua org tak tahu. 

sakit.. memang sakit. aku sakit sebab kau buat aku mcm ni twice!! rasanya kau ni tak sihat kot. patutnya kau  g buat check up mental kot bagus.. sakit mental mcm abg aku jugak agaknye kau ni..


Ya Allah. aku dah tak larat dah.. kenapa aku tak pernah dapat kebahagiaan mcm org lain? ape kesalahan yang aku buat dulu sampai aku dapat balasan mcm ni sekali? 

apa pun, aku tetap redha dan terima dgn hati yang terbuka. mungkin jodoh aku belum sampai lagi. mungkin juga Allah bagi aku peluang untuk menjadi baik untuk dapatkan yang terbaik? Wallahuallam. 

dan start sekarang, aku takkan lagi berkata tentang hati dan perasaan lagi. biarlah ini yang kali terakhir. lebih baik aku mencintai Allah, mencari redhaNya yang selama ini aku tinggalkan..

*untuk awak. sekali lagi saya kata kan. SAYA TAK PERNAH MEMBENCI AWAK. DAN SEPEMERGIAN SAYA INI, SAYA HARAP AWAK MENCAPAI KEBAHAGIAAN YANG AWAK NAK. ANDAI KITA TERSELISIH ATAU TERSEREMPAK DI MANA-MANA, BERJANJILAH DGN SAYA YANG AWAK AKAN TERUS BERPURA-PURA UNTUK TAK KENAL SAYA. DAN SAYA JUGA AKAN BERPURA-PURA UNTUK TAK KENAL AWAK. 

dan dari situ, akan buat saya lebih tenang.. 

salam sayang untuk yang pernah dikasihi Afiq..

Aishah...

Ahad, 13 Januari 2013

Permulaan sabar itu memang pahit , perit . But at the end sabar itu pasti akan muncul kemanisan nya :)

#copypaste Atiqah.

Sabtu, 12 Januari 2013

HATI, BERTAHANLAH

HATI,
bertahanlah.

HATI,
maafkan aku. kerana kau harus bertahan sekali lagi.

HATI,
maafkan aku. kerana kau harus tempuhinya lagi.

HATI,
kali ini aku harus bertahan. aku harus pertahankan. aku harus perjuangkannya

HATI..
maafkan aku jika sekali lagi dan berkali-kali lagi kau tersakiti.
kerana aku akan tetap berjuang demi nya..
kerana aku yakin yang perjuangan aku takkan sia-sia.

HATI..
maafkan aku..
tapi kau tetap harus bertahan sekali lagi.

Jumaat, 11 Januari 2013

MAAFKAN AKU HATI.

DEAR HATI,
maafkan aku. sekali lagi maafkan aku.

DEAR HATI.
bersabar lah. tabah lah. sekali lagi kau disakiti. 

maafkan aku Hati. andai kau menyumpah seranah pada aku. pada aku yang bertanggungjawab membiarkan sekali lagi kau disakiti. maafkan aku. menangislah kalau memang itu dapat melegakan kau duhai Hati. walaupun aku tahu sepicing pon air mata tu tak mampu nak merawat luka yang kau tanggung Hati. maafkan aku Hati. andai aku tak degil. kau takkan pernah terluka lagi duhai Hati. maafkan aku Hati. andainya aku tak turutkan kata hati aku waktu itu. kau takkan pernah tersakiti lagi Hati... maafkan aku duhai Hati. 

DEAR HEART PLEASE FORGIVE ME.

jika aku tak pilih dia. kau takkan tersakiti lagi Hati. Aku yang benar-benar bersalah//

DEAR EYES. PLEASE WIPE UP YOUR TEARS.

maafkan aku Mata. maafkan aku sekali lagi. kerana apa? kerana aku biarkan lagi air mata kau keluar. aku biarkan kau bazirkan air mata kau lagi. tapi hati aku dah tak mampu nak tahan segalanya. maafkan aku Mata maafkan aku. aku tak janji yang aku takkan biarkan air mata kau tumpah lagi. kerana aku pasti akan menangis lagi..


maafkan aku Hati dan Mata..