Crazy Little Thing Called Love
Kenapa? Kat sini dia tunjukkan semangat seorang budak perempuan bernama Nam yang willing to do anything untuk tarik perhatian org yang dia suka. Lelaki yang dia suka adalah senior sekolah dia yang merupakan pemain bola sekolah dan juga jurugambar bernama Shone. Mempunyai 3 orang sahabat yang baik..
Aku suka semangat dia. Dia gunakan rasa cinta yang dia ada kearah kebaikan Di mana dia berusaha untuk capai sesuatu tu sampai berjaya. Dari pelajar yang selalu dapat No1 dari belakang bertukar kepada pelajar No1 dari depan. Daripada dia tak pandai berbuat sesuatu, dia berusaha keras hingga dia berjaya. Dan yang paling penting. Dia bertukar daripada budak perempuan yang tak cantik sampai jadi cantik. Semuanya kerana rasa cinta yang dia ada. Semangat yang dia ada.
Cuma, terlalu memendamkan perasaan kadang-kala membuatkan mereka tersalah langkah. Persaingan dalam percintaan tu selalu ada. Konflik dalam persahabatan pon selalu terjadi. Dalam lucu, ada sedihnya.
Apa pun. Aku tetap meminati semangat yang Nam ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan