Selasa, 29 November 2011

memang cinta dan keinginan untuk memiliki adalh berbeza..
sungguh!! dia berbeza..
macam mana kau boleh kate kau sayang aku??
sedangkan aku hanya parasit dalam hubungan korang...
bagaimana aku ingin betray semua tu??
betray sebuah hubungan itu??
betray sebuah ikatan bernama teman..
sungguh!!
aku ta sekejam itu lah!!
apa yang kau harapkan untuk hubungan ini??
kita takda pilihan pon..
mungkin ada..
tapi hanya SATU!!
lets end this relationship..
sebab aku tak nak jadi manusia kejam sebab hancurkan 
hubungan yang kau bina lam dulu dengan dia..
aku tak nak..

maaf.. aku memang sengaja.
maaf lagi..
terus terang aku memang jeles yang teramat tg korang..
kenapa korang boleh sebahagia itu??
kenapa kenapa dan kenapa??
kenapa aku yang mesti sakit begini???
kenapa?? aku sakit..
aku sakit tgk korang bahagia..

Khamis, 24 November 2011

MEMALUKAN. =.=''

aku ta tahu kenapa aku sanggup buat perkara yang sangat3 memalukan macam tu??
plizzz.. kau deserve dpt yang lebih baik laa..
sumpah!!! malu gile td..
kantoi aku melihat dan mengendap.
dannn..
terhantuk besi...
adoi...
aku harap kau pergi dari hidup aku secepat yang mungkin!!
aku harap kau lupakan aku..
akhirnya ..
apa yang aku tunggu2 selama ni berakhir juga..
apa yang membuatkan kepala aku serabut hari2..
akhirnya tamat!!!
dan aku untuk pertama kalinya
tak berminat langsung nak balik rumah...
mak ... ain rindu mak..
ain nak balik.. mak nak masak lauk ape ek??
ain rindu nak makan lauk mak masak...
ain rindu mak...
balik lah mak... rindu mak.. sgt3!!!!

Isnin, 21 November 2011

Ahad, 20 November 2011

aku sedar.. aku jahat. dan kali ni bukti nye..
ape yang aku buat?????
tersenyum dibelakangnya.. sambil memandang dia.. 
kerana pasti 'sidia' takkan perasan..
bermesramesra yang hanya aku 
yang mengerti apa maknanya...
ya!!
hanya aku!!!
dan kalian percaya bukan 
bahawa aku memang jahat??????
dan trademark tu??
aku hampir lupakan trademark itu..

evil crown....
3 bulan 1 hari..
maaf mak.. ain terlupa..
maaf mak.. ain ta sengaja.. maafkan ain mak.. ain betul2 tak sengaja untuk terlupa benda ni..
maafkan ain mak.. tapi mak jangan risau.. mak sentiasa ada dalam hati ain..
maaf mak..
imissyousomuch!!!
happy besday kawan...
may ALLAH bless you..

hari besday DUA orang kawan aku.
BELLA
dan
SERIN.
happy besday sayang.
bella.. aku harap kau heppy sentiasa ok..
thanx sebab jadi kawan aku yek..
serin.. happy besday sayang.. walau apa pon kau kawan aku..
tlg jage fizi elok2 untuk aku eh!!
jgn gadoh2 dgn laila lagi.. pening aku.. haha

Sabtu, 19 November 2011

huh!!
dua lagu tu!!!
lagu tu kau bagi aku dulu..
tapi tadi...
kau bagi kat dia pulak..
SENTAP!!!
seriesly..
aku benci kau dari dulu......
tapi aku ..... SK
aku tahu aku tak da hak nak judged korang berdua..
sebabb..
aku sedar siapa aku di antara kaliann..
soo..
ta payah nak sibok2 bagi tahu aku mane korang pegi..
sebabb..
its annoying...
ahh!!
menangis lagi...
aku menangis lagi..
aku rindu........
aku nak balik rumah. tp...
takda sape2 kat situ....
dan akuu..
sangat rindu kan dia

Jumaat, 18 November 2011

LIFE'S A CLIMB, BUT THE VIEW IS GREAT




BUT THE MOST IMPORTANT THINGS IS..
JUST BE YOURSELF..

Khamis, 17 November 2011

maaf kawan.
aku bukan sengaja untuk berkata seperti tu..
tapi sungguh!!!
kau memang beruntung 
bila..
kau masih berpeluang untuk semua itu.
sedangkan aku..
bangun pagi lewat tiada lagi yang bising
malas kemas rumah tiada lagi yang bising.. aku kemas sorang2 sekarang
makan atau tak takda sape yang peduli
takda sape yang nak masakkan aku lagi..
dann
sungguh!!!!
kau sangat beruntung!!!!


mood : maaf kawan.. aku menitis air mata lagi
adakah umur yang menentukan kematangan seseorang??


19 TAHUN ni dah boleh kate dah besar ke??
kenapa aku rasa aku tak?
kenapa aku rasa masih anakanak kecil
yang kerdil
yang tak mampu lakukan sesuatu
yang lemah..
kenapa aku?
dah besar ke bila aku
setiap pagi terkialkial nak masak ape untuk sendiri makan??
setiap pagi pkir nak masak ape..
bila aku untuk pertama kalinya goreng ikan sendiri *terpaksa
bilaa...
uhhh!!
tu semua bukan dewasa.
aku belum dewasa lagi..
aku masih memerlukan dia... masih..
beza aku dengan orang lain??
aku takk...

aku ta mampu hadapi kehidupan ini
walau aku mungkin sudah dewasa..
dan aku miss her so much!!!
demm!!
CHANGED!!



hahahahaha.. lihat !! ni la keadaan katil aku..
tapi yang versi selepas raye hari tu.. 
dah zaman tok kadok..
tapi disebabkan NANA lah ni.. yang buat post pasal bilik dia
aku pon nak..
cuba lihat .. 
cadar nii.. aku pon ta expect cadar ni penah wujud.. aku hanya sedar
selepas aku kemas balik bilik aku sebelum aku balik kolej.
aku jumpa cadar ni kat dalam plastik yang pada mulanya aku ingt hnya baju2 mak aku..
dan aku tak pasti cadar ini untuk aku atau??
nampak baru lagi..
dia ada dalam bilik aku,
soo aku expect memang mak beli untuk aku.
cadar raye aku... nak tanya ponn
aku nak tanya sape lagi kann??
series cantik..aku suka..
dan sebenarnya kalau nak tahu..
cadar ni queen size..
gigih tak aku??
pasang dia kat single katil???
ta kesah lah kann?? yang penting aku suke..
><
alaaa.. aku rindu mak aku.... :(
rindu sangat..

mood : menitis airmata :(

p/s : cadar renyuk sikit.. dan bilik tidak sekemas mana..

Selasa, 15 November 2011

benar lah..
sepahitpahit kenangan
semanismanis kenangan
dia tetap kenangan.
yang akan buat kite ingt balik apa yang pernah kita lakukan satu masa dulu.
dan aku.
biar aku menangisnangis bila ingt kenangan ni
kenangan aku dan dia
aku ta kesah. sebab aku hanya dia dan kenangan dengan dia.
hanya itu..
apa lagi yang aku ada selain kenangan??
tak kan kenangan hanya tinggal kenangan??
takk.. ia masih tersimpan kemanisannya dan kepahitan yang dia simpan dulu
sepanjang hidup dengan aku..
bersama aku..
anak yang masih tak mengerti..
td berdiri..
termenung kat tempat sama
mcm malam tu
mase aku call dia malam tu...
mlm tu aku cakap aku nk g johor
dia cakap ok. elok2 jln
aku tanya dia sihat ta
dia cakap dia tak sihat sangat
semput dia kate
sesak nafas..penat angkat atap kat rumah jiran
aku cakap nape tak suruh ikin yang buat??
dia cakap ikin tak nak buat.
hmmm aku mengeluh..
aku suruh dia rehat2 jek kat rumah
tak payah buat keje
kan badannye tak sihat
aku cakap baru raye ta beli lagi
dia cakap beli je la baju..
dia pon tak sempat beli baju dia lagi.
dan hari ini..aku duduk kat tempat kat mana aku berdiri dulu
aku ingat lagi kali terakhir aku call dia
tu kali terakhir. bila esok pagi abang aku call cakap dia sakit..
dia sakit tenat..
kau tahu?? aku tak percaya dia sakit tenat sebab malam tadi aku cakap dengan dia elok lagi..
tak nampak pon macam dia tengah tenat..
takk. aku tak nampak
dan aku tak percaya.
aku tak percaya..bila aku jumpa dia aku nampak dia lemah..lemah sangat..
aku ingat dia sakit biase jek..
tapi..
tu kali terakhir dan masa tu
aku rase aku lah orang paling bodoh dalam dunia ni..
dan sekarang aku masih duduk lagi kat tempat yang sama..
aku rindukan dia..

Khamis, 10 November 2011

tadi ain g bp mak..
ain nampak bas express.. dlm tu ain nmpak ada dua orang budak lambai2 dari dlm bas tu..
ain tgk dia babai sape..
rupanya dia babai mak ayah dia mak..
time tu ain sebak gile mak..
ain fikir ain nak babai sape lagi??
ain tada mak lagi..
mak dah tinggalkan ain..
ain sedih mak...
ain tada sape2 nak babai lagi..
ain sedih mak..

Selasa, 8 November 2011

tadi.. sebelum g exam,
roomate aku call mak dia..
ttbe aku terasa macam lain sangat. mcm ada benda yang aku ta buat lagi.
kosong !!
aku ingat,.. mak aku tak call aku lagi..
dia tak call aku ckp jawab betol2 lagi.
dia ta..
mak.. kali ni ain exam rase lain sangat.. dulu mak selalu call ain mlm2 atau pagi..
kejut ain suruh belajar..
mak selalu bagi semangat. suruh belajar pandai2 semua tu..
tapi sekarang..
ain ta dga lagi benda semua tu..
ain rinduu..

segalanya tentang kau


Semalam kau telefon aku. Kau tanya aku nak couple dengan kau lagi tak, aku tanyakan tentang mia, bukan ke kau orang masih couple? Tapi kau cakap korang dah putus. Baru sehari korang putus. Kau kata lagi mia curang. Kau kata kau marah sangat, kau benci sangat. Aku terdiam mendengar cerita kau. Benarkah? Bukan kah mia amat sayang pada kau? Bukankah kau cinta pertama mia? Bukan kah mia tak nak kehilangan kau lagi? Aku semakin tak paham. Sepanjang malam itu kau ceritakan tentang mia, tentang kau, tentang hubungan korang yang kononnya sudah tak bahagia, tentang perasaan kau, tentang rasa kecewa kau, tak apa, aku sedia mendengar semua cerita kau satu persatu tanpa banyak memberikan komen. Aku sanggup bertahan melawan rasa mengantuk demi kau. Kau menangis dan aku pun menangis. Kita menangis bersama-sama dengan cerita sedih itu. Kita akhiri perbualan itu setelah kau penat dan rasa mengantuk, setelah kau rasa puas dan lega dangan meluahkan semua perasaan kau pada ku malam itu. Di akhir perbualan itu, kau tanya lagi pada aku sama ada nak couple dengan kau lagi atau tak, aku jawab beri aku sedikit masa untuk aku fikir buruk dan baiknya. Bukan aku tak sudi atau aku dah tak sayang kau lagi, tapi aku cuma perlukan masa untuk berfikir. Tapi kau jawab kau sanggup beri aku masa untuk itu, kau tak kisah akan tu. Kau kata lagi,, ambillah sebanyak mana masa yang aku nak asalkan jawapan itu adalah positif. Aku hanya tersenyum dan memberi salam sebelum mengakhiri perbualan itu.
         Pagi itu, satu mesej good morning datang dari kau. Aku terharu. Hari itu kita berhubung lagi, maksud aku kau hubungi aku lagi. Kita bercerita tentang kehidupan seharian masing-masing. Aku katakan padamu yang aku hidup sendirian semenjak kau tinggalkan aku setahun yang lalu. Kau hanya tertawa. Kau kata kau tak percaya, kau kata “ tak kan lah awak tak pernah couple lagi selepas kita putus dulu? Kan awak dah masuk kolej, tak kan tak ada sesiapa yang awak suka? Mesti banyak lelaki yang lebih hensem dari saya, awak tipu ni,” aku hanya ketawa. Dia jadi pelik kenapa aku tertawa. Buat apa aku bohong? Apa yang aku dapat kalau bohong? Aku dah agak kau tak kan percaya. Kau nak tahu kenapa? Aku tak pentingkan rupa yang hensem atau sebanyak mana harta dia, yang aku nak hanyalah kau, kau! Aku masih sayangkan kau, bagaimana aku boleh pura-pura sayangkan orang lain? Jujur, memang ada seorang dua yang nak couple dengan aku, tapi aku yang tak nak, sebab aku hanya nakkan kau.
         Malam itu kau telefon aku lagi, kita berbual-bual seperti biasa, dari hal semasa sampai ke kehidupan masing-masing. Aku kirimkan salam untuk makcik. Mak kau maksudnya. Kau kata kau rindukan aku, kau rindu nak kene marah dengan aku, rindu nak kene membebel dengan aku. Rindu dengan sikap tak kisah aku, rindu dengan sikap aku yang keanak-anakan, rindukan semuanya tentang aku dan tentang kita yang dulu. Aku tahu, kau masih mengharap tapi tak nak memaksa aku sebab kau dah bagi aku masa. Benarkah kau rindukan semua tentang aku? Bukan dulu kau sendiri yang kata kau bencikan segalanya tentang aku, kau bosan segalanya tentang kau, kau benci dengan sikap aku yang suka marah-marah, kau bosan dengan sikap suka membebel aku, kau bosan dengan sikap tak matang aku, kau rasa aku tak sesuai dengan kau. Aku masih ingat lagi setiap apa yang kau kata pada aku dulu. Kau kata mia lebih baik, dan kau kata lagi, kau dah lama sayang mia, sejak kita belum bertemu. Kau kenal mia sebelum aku, dan kini mia sudi couple dengan kau, dan pastinya kau takkan sia-siakan peluang yang ada untuk bersama-sama orang yang kau sayang. Atau....aku yang salah dengar? Tidak!! Aku yakin aku tak salah dengar.
         Hari minggu itu kita keluar bersama-sama, kau bawa kau tengok wayang, jalan-jalan dan makan. Aku sangat terhibur, aku merasa kalaulah masa terhenti seketika, hanya untuk kita berdua, alangkah indahnya. Masa tu, kau kata kau paling suka tengok cerita ganas, tapi mia pula suka tengok cerita romantik, kau kata, korang sering berbalah dalam memilih filem yang nak tengok. Akhirnya kau orang putuskan untuk pergi makan sahaja, tak jadi tengok wayang. Selalu begitu katanya. Hahah aku hanya ketawa sahaja, tak tahu apa yang perlu aku komenkan. Kita jalan-jalan lagi, kebetulan kita lalu depan kedai aiskrim. Aku ajak kau makan aiskrim dan kau bersetuju, kau kata dah lama tak makan aiskrim dengan aku, kau kata lagi, kau masih ingat lagi yang aku suka sangat makan aiskrim, terutamanya perisa strawberry. Oh! Ingat lagi kau rupanya. Kita sambung berjalan-jalan sambil makan aiskrim, kau cerita lagi yang mia tak suka makan aiskrim, takut gigi rosak katanya. Aku tersenyum Cuma. Kau cuba bandingkan aku dan mia. Tentulah kami berbeza, bagai langit dan bumi, hahaha,,. Petang itu, kau bawa aku ke pantai, pun kau kata, aku ingat lagi yang aku suka pantai, kau kata, kau masih ingat lagi segala kenangan-kenangan indah kita dulu, dan kau beria-ia ingin buatkan aku gembira macam dulu lagi. Simpan kenangan kita.  Kita jalan tepi pantai, main air, aku percikkan air laut pada kau dan kau pun sama, akhirnya kita sama-sama basah kuyup, aku gembira. Memang aku dah lama tak pergi pantai, sejak kita berpisah, aku sendiri dah lupa pada apa yang aku suka dulu. Setelah penat main air, kia duduk di atas batang kayu yang sudah patah, tanpa sedar kau kata mia tak suka pantai, takut gelap katanya. Ah! Mia lagi. Sebelum maghrib, kita pulang, kau hantar aku balik ke rumah. Dalam perjalanan, kau kata kau sangat gembira hari ini, kau kata lagi, kau dah lama tak segembira ini. Bohonglah, kau tak pernah bahagia dengan mia ke? Ah tak pula aku tanyakan itu, biarlah, aku malas nak hancurkan mood gembira dia itu.
         Kira-kira sudah seminggu kita berhubung, tapi aku sedar aku masih belum buat keputusan, sedangkan aku masih tak tahu apa keputusan yang bakal aku buat. Dan aku juga percaya, lambat laun kau pasti akan bertanya tentang itu. Tepat sekali telahan aku itu, malam itu kau ajak aku makan malam bersama di luar, aku hanya mengenakan t-shirt berwarna kesukaan ku, merah dan seluar jeans longgar. Tepat pukul 8 malam, kau sampai di depan rumah aku, kau pakai t-shirt putih tanpa kolar dengan sedikit corak abstrak warna merah. Hmm, t-shirt yang pernah aku hadiahkan pada kau dulu sempena hari lahir kau dulu. Baju kesukaan kau katanya. Malam itu, kau bawa aku ke tempat kegemaran kita dulu. Malam itu terasa sedikit kelainannya, sedikit romantik dengan sebatang lilin di tengah dan meja yang di tempah di hujung dan jauh dari orang ramai, dari meja ini, kita boleh tengok laut dengan jelas. Selepas makan, kau tanya aku tentang keputusan aku. Dan aku hanya diam.
“ sarah, saya rasa masa yang saya bagi sudah cukup untuk awak buat keputusan, dan saya harap awak sudi kembali pada saya. “
“ shah, mungkin awak marah dengan apa yang bakal cakap ni,tapi saya nak awak tenang dan cuba fahami saya”
“ maksud awak, awak tak sudi nak kembali pada saya? Begitu?”
“ look, dengar sini, kalau awak tanya soalan ni setahun dulu, dengan senang hati saya terima, kerana saya sayang awak, bukan maksud sekarang saya dah tak sayangkan awak, sampai sekarang pun rasa sayang saya pada awak tak pernah kurang sedikit pun. Tapi..”
“ tapi apa sarah? Apa? Kan senang awak cakap awak tak sayang saya lagi dari awal? Kan senang, tak payahlah kita bazirkan masa keluar bersama. Tak kan awak tak terkesan langsung dengan apa yang saya dah lakukan untuk awak seminggu ni? Saya dah threat awak dengan sangat baik dengan harapan awak sudi kembali pada saya. Tapi apa? Apa balasan yang saya dapat?  Awak ingat saya apa? Tempat awak nak bermain? Macam tu? Awak sia-siakan peluang ni, peluang awak tak dapat dulu, bukankah awak nak kita kembali bersama dulu? Kenapa?”
Aku terpempan mendengar kata-kata kau, kau tak pernah cakap dengan aku dengan suara macam tu dulu, kau tak pernah marah aku dulu, kau tak pernah tengking aku dulu, tak pernah herdik aku macam ni sekali, kau malukan aku depan orang ramai. Kenapa shah? Dan,,, aku ni nampak macam terhegeh-hegeh dengan cinta kau sangat ke shah?
“ awak tak pernah macam ni dulu,”
“maksud awak?”
“ awak tak pernah marah saya dulu, awak tak pernah tengking saya, tak pernah herdik saya macam ni sekali,buat saya malu depan orang ramai, awak dah berubah, memang semua orang berubah, tapi kenapa sampai macam ni sekali awak berubah? Saya tak boleh terima ni, awak tak ikhlas shah, dari dulu awak tak pernah ikhlas dengan saya.awak Cuma jadikan saya medium untuk balas segala apa yang mia buat kat awak. Awak bencikan dia, awak marahkan dia, tapi saya yang awak maki, saya yang awak lepaskan segalanya. Awak kata awak sayang saya dan menyesal tinggalkan saya dulu sebab mia, awak kata awak nak mulakan hidup baru, buka buku baru dengan saya, tapi apa yang saya perasan, sepanjang kita keluar, awak asyik berkata tentang mia, semua mia, mia itu, mia ini, awak ingat saya tunggul? Tak ada perasaan? Sampai saya terfikir saya yang bermimpi yang awak nak couple dengan saya. Kalau betul awak nak kita couple balik, kenapa awak tak cuba untuk jaga hati saya? Awak sendiri tahu yang saya cukup terluka dengan apa yang awak buat pada saya dulu, kalau saya terima awak sekarang, mungkin suatu hari nanti awak tinggalkan saya lagi macam dulu, demi mia, dan saya kehilangan lagi,dan tentu itu sangat tidak adil untuk saya. Saya tak nak couple yang hanya nak buat saya sakit hati. Saya tak nak kecewa lagi, saya cukup serik dengan semua tu. Awak sedar tak yang awak tak ikhlas dengan saya?? Sedar tak yang awak tak adil dengan saya?”
Aku tak mampu lagi untuk menahan air mata dari terus menitis. Aku menangis lagi. Puas rasanya dapat luahkan perasaan macam ni, lega rasanya dada aku ni, aku menangis dan menangis lagi di hadapannya. Aku dah tak peduli lagi apa yang orang lain akan cakap, aku tak peduli tu, kerana ini masalah aku, kehidupan aku. Shah ku lihat sedang terkulat-kulat di depan aku, mungkin masih tak percaya tentang apa yang aku katakan tadi atau rasa bersalah. Akhirnya dia menghulurkan tangan mengelap air mata aku. Sama seperti yang pernah dia lakukan dulu, ketika aku sedih. Dan aku rasa tenang di perlakukan seperti itu, terasa macam aku dilindungi, rasa selamat. Tapi,, adakah dia ikhlas? Aku minta maaf dan segera berlalu, aku pinta agar tidak menghantar aku pulang untuk hari ni, biarlah aku tenang dulu. Aku minta dia fikirkan dulu sedalam-dalamnya tentang apa yang dia inginkan sebenarnya, aku atau mia. Dan kalau mia, aku ikhlas untuk mengalah, kerana bagi aku, cinta tak boleh dipaksakan. Aku akan rasa gembira jika dia pun gembira. Senyuman shah sudah cukup untuk aku rasa tenang dan yakin yang shah bahagia. Dan jika dia tetap memilih aku, aku minta dia benar-benar ikhlas terhadap aku kerana aku pernah terluka dengan perbuatan dia suatu ketika dulu. Aku tunggu keputusan kau. Apa pun keputusan yang kau buat, aku terima dengan reda dan ikhlas... dan pastinya kisah ini ada sambungannya...

Ahad, 6 November 2011

kau jelez??
aku benci doee.. aku geli kat kau doe..
sumpah!!!

Jumaat, 4 November 2011

tibe2 aku rasa menyampah dgn kau..
muak rasanya.. hahahaha
dan aku baru sedar yang aku ada habit nudah bosan kat laki2
jahat kan aku??
ta kesah lah kan..
mungkin sebab aku masih berharap pada dia..
ntah la.. mungkin aku memang begini..
sumpah.. aku geli gila kat kau.
mak..
hari ahad nanti hari raya haji..
tapi mak takda. lain rasanya..
pastu selasa depan ain da exam..
pon rase lain sebab mak takda..
mak takda nak bagi ain semangat lagi..
ain rindu mak sangat2...
kalau masa kembali semula..
banyak benda ain nak buat
banyak benda ain nak cakap..
tapi.....
tu pon kalau masa kembali semula.
bila ain berpeluang ada mak lagi...
ain anak mak yang jahat.
ain rindu kat mak sangat2..
:(

Khamis, 3 November 2011

ain rindu kat mak..
lagu ni dan doa ain tujukan untuk mak..
DAN