Rabu, 26 Disember 2012

Assalamualaikum mak. maafkan ain sebab dah lama tak jenguk mak. maafkan ain dah lama tak berbual ngn mak dlm blog ringkas ini. maafkan ain.
baru kali ini ain merajinkan tangan untuk mercerita dgn mak mlm ni. ain nak cerita dgn mak puas2. cerita yang tak pernah ain buat dgn mak dulu. ain tak pernah kongsi cerita dgn mak dulu kan? ain tahu.. tapi hari ni ain nak kongsi cerita dgn mak.

untuk pengetahuan mak, abg farid dah selamat kawen. dia dah selamat berumah tangga. dah ada tanggungjawab sendiri. bini dia org nogori. hidayah nama dia. alhamdulillah. dia baik orgnye. insyaallah agamanya kuat. mak jgn risau. abg farid dah berubah sekarang, berubah seperti yang mak nak dulu. berubah sebab apa? ain sendiri tak tahu, ape sebabnya tak perlulah kita pertikaikan. asalkan dia dah berubah. sungguh! sebak bila ain dpt tahu yang abg farid ada jumpa mak sehari sebelum dia g nikah tu. sebak!. ain sebak mak. nyaris ain tak nangis hari tu. kenapa? entah? mgkin sebab dia masih ingt mak. dia mintak restu mak sebelum kawen.. mesti dlm hati dia sedih kan mak? dia kawen. tapi mak tak sempat nk tgk dia kawen kan? sedih. memang sedih. dari abah ada, sampai mak ngn abah dah takda. baru skang jodoh dia sampai.. tapi. betul kata Afiq, dah jodoh dia sampai lambat, ape lagi yang boleh dikata. cuma perasaan terkilan tu tetap ada. mak nak tahu tak? abg farid buat kelakar mase nikah hari tu. mlm tu kak ida ada ckp nak buat air yasin tak? nak tenangkan hati. tp dia degil. bila kitorang suruh prctice akad, dia kate tak payah. nnt ikut jek apa yang dia kadi tu cakap. last2! ape yang dah jadi. lebih EMPAT KALI AKAD!! lawak2. belum lagi. mase pakaikan gelang, dia boleh pulak cium tgn bini dia. melawak ape abg farid tu? =.="
sangat lawak memang.. ahad ni long buat kenduri kecik2 untuk sambut menantu.. dgar2 belah pmpn tu nak dtg satu bas! masak2 nak masak nt. ahahahaha. 

mak,, ain rindukan mak. kalau mak ada lagi. mesti mak yang paling bising + risau pasal majlis tu kan? mesti punya. mesti mak yang paling semangat sebab dia nak kawen kan? mesti punya.. ape pon. ain tahu mak masih boleh tgk dia di alam sana...

babai mak..
Assalamualaikum.

Jumaat, 21 Disember 2012

result untuk sem ni dah keluar.
syukur,, walaupon tak banyak,
ada sikit peningkatan..
dan alhamdulillah aku lulus..

Khamis, 20 Disember 2012

Ya Allah. kau jadikan dia sebagai jodoh terbaik untukku Ya Allah. Kau panjangkan jodoh kami Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk mencipta kebahagiaan Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk saling mengasihi Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk mencipta rumah tangga yang indah Ya Allah.

<3 Afiq
20.12.2012
what a nice date.
thanks to come to mylive again..

Ya Allah. terima kasih kerana 
kembalikan dia pada aku Ya Allah.
terima kasih kerana berikan cintanya 
padaku kembali Ya Allah.
aku tak pernah bermimpi yang hari ini adalah harinya,
tapi aku sangat bersyukur kerana dia menjadi milikku 
lagi.

sudah berkali aku katakan, sudah banyak kali aku cuba. dan sebanyak itulah aku tak berjaya untuk lupakan kau. hingga waktu ini pon aku tak mampu. maaf. kali ini dan sampai bila-bila pun aku taknak lupakan kau. kenapa? sebab nama kau dah pun melekap dalam hati aku semenjak kali pertama kau datang dalam hidup aku.
dan terima kasih kerana kau sudi sambut kembali cinta aku kali ini.

terima kasih.

Isnin, 17 Disember 2012

Bila aku tengok siapa diri kau, siapa family kau,
Semuanya membuatkan aku rasa better to leave now.
Kenapa ?
Semuanya menyebabkan aku semakin yakin yang kita memang tidak ditakdirkan bersama.
Bersabar. Memang aku sedang bersabar menanti jodoh yang tepat untuk aku.
Tapi kadangkala kesabaran tu hampir tipis.
Tapi aku cuba cekalkan hati lagi.
Bersabar selagi mana aku harus bersabar?
Kenapa tak cuba solat istikharah?
Aku ada sebab aku yang tersendiri

#masih tertanya-tanya siapa jodoh yang tercipta untuk aku nanti..

Ahad, 16 Disember 2012

HIM/
budak gemok, nescafe prince, MR.A, 
and
else..

Ahad, 9 Disember 2012

dulu, kau pernah suruh aku lupakan kau.
aku cuba. walaupun susah.
dah akhirnya aku berjaya tetapkan hati aku untuk terima kenyataan yang kau memang bukan tercipta untuk aku.
aku tetapkan hati aku untuk lupakan segalanya tentang kau sejurus aku keluar dari kolej hari itu.
walaupun aku tak berjaya sebab kau sering kali muncul dalam khayalan aku mahupun mimpi aku.
tapi tak apa. sebab aku rasa mungkin itu untuk permulaan.
aku tetapkan hati lagi.
tapi bila kau datang hari itu, kau tanya aku dah ada pengganti ke.
kau kata lagi yang kau masih mencari seseorang.
dan sebab itu kau tanya aku sama ada aku dah ada pengganti atau belum.
masa tu, aku sedar mungkin aku ada harapan lagi,
kita masih ada harapan lagi untuk hubungan itu.
tapi,, apa yang aku sangka, bukanlah seperti apa yang aku harapkan.
aku salah lagi dalam membuat tangganpan.
bila akhirnya kau lenyap lagi macam selalu.
kau tinggalkan aku lagi dengan harapan tu.
mungkin kerana aku yang bersalah sebab jawab dengan nada yang seperti itu
menyebabkan kau tawar hati kembali.
mungkin,
ya mungkin.
dan kini aku tetapkan hati lagi
yang kita memang tidak selayaknya bersama..

aku tetapkan hati lagi walaupun perit.
macam waktu mula-mula aku buat dulu.

Ahad, 2 Disember 2012

i have a man in my mind.
the person who i just can't let him go.
the person who came when the heart is struggling to forget everything. when the heart is hurt by someone else that do not appreciate the meaning of love.
the person who in a second success to enter in my heart again.
the person who cured the wound in my heart.
the person who know how to fight with and at last give the winning to me.
the person who able to make the face being red when the name is called, when she see him in far.
yes ! the person is you.
i guess i can easily move on. but its hard to move on when your name is still in my heart..

Jumaat, 30 November 2012

Janji. Ah!
Senang bukan untuk memungkir janji.
Dan kalau ada org yang tak pandai untuk tepati janji.
Orang itu adalah aku.
Ya. Aku lah orangnya.
Kenapa? Sebab aku dah mungkir janji untuk melupakan segalanya. Untuk move on.
Aku mungkir janji bila dia muncul lagi dalam mimpi aku. Dia hidup dalam bayangan aku.
Dia.. Ah dia...

Selasa, 13 November 2012

since my feet step away from this college ,, i'll keep the promise. i'll keep that promise..

no more your name. no more your face. no more your picture. no more hope.
i'll shut my mouth from talking about you and your name again.

and you . don't worry, you'll never see my face, even hear my name again..
i'll keep that promise.

i'm done chasing..
aku munngkin tak sehebat orang lain. aku mungkin tak seberjaya macam orang lain untuk dibanggakan.


tapi Mak, Ain janji Ain akan berjaya dengan cara Ain sendiri..

Selasa, 6 November 2012

FINAL

akhirnya kini tiba masanya di penghujung semester.

tiba masa untuk final..
pagi tadi mula sebenarnya. dengan soalan susah kalah soalan add math mase spm aku dulu.
ape nak jd nnt pon tak tahu lah..
ape pon aku dah buat yang terbaik untuk diri aku sendiri.
tetibe terfikir pasal ni pulak..
rasenye dah 3 kali final mak tak wish aku good luck.
rasenye dah 3 kali final mak tak call aku pagi2, kejut aku pagi2 suruh solat ngn g study..
lame dah rase nye..
sedih. sebak. menangis.
aku ingat lagi mase dulu.
aku sering kali tak bagi tahu mak aku bile aku exam..
aku selalu buat macam tu.
mesti mak selalu kecik hati ngn aku kan?
selalu punya..
lagi2 bila mak tahu pasal tu dari org lain..
aku rasa kalau mak tak kuat,,
mesti mak dah nangis kan? tabahnya mak aku ..
tapi aku ada sebab kenapa aku tak bagi tahu mak bila aku exam.
kenapa? sebab nnt mak suruh aku belajar. sedangkan aku malas belajar.. nanti mak tak kasi aku tgk tv, sedangkan aku suke tgk tv. lagi2 cite cartoon. bila dah exam. nnt mak tunggu keputusan aku.
dan aku selalu takut nak bagi tahu mak result aku.
kenapa? sebab aku tahu result aku selalu teruk. selalu gagal dulu.
aku taknak mak kecewa. aku taknak mak marah aku dulu..
tapi mase spm, result aku teruk jugak. tapi mak tak marah pon. aku pon pelik mase tu..
mungkin mak sedar, benda dah lepas dah tak boleh nak ubah lagi.
dan aku tahu, impian mak aku selepas tu ialah hantar aku masuk KPM ni.
ye. aku masuk ikut kehendak dia..

semesta pertama masa exam mak call aku subuh2. aku demam mase tu. mak kate jgn lupe makan ubat.
mak kate lagi jgn tdo lmbat. nnt tak focus jawab exam. mak kate lagi jgn lupe solat..
semesta kedua mak tak cakap banyak. mak cakap belajar pandai-pandai.
jd macam nana. 4flat kat kolej dia. mak cakap macam tu. betul. mak cakap mcm tu.

tapi mak tak tahu yang aku pernah plan nak quit college sebab takut aku fail subjek OM ngn akaun.
aku takut mak kecewa lagi.. tp aku tak jd sebab taknak susahkan mak..
semester ketiga mak langsung tak cakap pape.. aku tgk roommate aku call mak dia..
tapi aku tak tahu nak call sape..
lepas tu baru aku sedar yang aku tak berpeluang nak dengar semua tu lagi..
lepas tu aku sedar yang sebenarnya setiap kemarahan dia, bebelan dia sebenarnya sumber semangat aku..
aku hanya sedar selepas itu..

dan sekarang..
aku masih tak dapat dengar semua tu lagi..

Isnin, 5 November 2012


masih lagi kau.
yang mampu buat aku dpt scan di mana pon kedudukan kau.
kau lah lelaki itu..

Sabtu, 3 November 2012

 

FAREWELL DINNER JUL-DEC 2012

Ingat lagi tak pic ni? Ingat lagi tak bile kite take this photo? ingat lagi kan??
This is the last pic of our memories. ni jek yang terakhir. since ni lah detik-detik terakhir aku kat sini.
lepas ni, jangan kan muka aku, nama aku pon kau takkan dengar lagi.
lepas ni, aku akan betul2 tunaikan janji aku dulu..
keep that promise,
stay away and lets forget everything..
aku akan pergi jauh dari hidup kau
meskipun jarak itu tidaklah terlalu jauh..
dan aku berharap yang kita takkan pernah jumpa lagi..
aku harap kau takkan pernah muncul dlm hidup aku lagi..

tolong lupakan aku.
aku akan pergi jauh-jauh dari hidup kau..

entry khas untuk dia teman terbaik aku.

kakak..
ingat tak lagi macam mana kita boleh serapat ini?
ingat tak?
aku ingat lagi.
waktu tu aku dan kau sama-sama alone kat sini.
sama-sama takda sape2 kat sini..
waktu tu aku pernah plan nak quit college sebab mungkin result aku teruk . dan kau pon same.
tapi kita same2 tak jadi quit..
start dari tu, kite jadi rapat hari demi hari.. masa tu aku ada kau jek, dgn bella ngn aqila...

kakak,
kau ingat lagi tak malam tu?
malam yang aku kehilangan segalanya??
ingat lagi tak?
masa tu aku dah takda sesiapa lagi dah.
dunia aku gelap, dunia aku malap..
kau kat sebelah tenangkan aku..
kau kat sebelah diam-diam bgtahu syafiq ngn budak2 ni,
kau kat sebelah yang peluk aku.
kau kat sebelah yang tenangkan aku..

malam tu, aku rasa macam nak jerit kuat-kuat..
biar satu dunia tahu.
malam tu, aku rasa macam aku lah orang yang paling bodoh dalam dunia ni.
aku lah orang yang bodoh tu..
sumpah kakak!
kalau aku tak pilih keputusan tu..
aku takkan menyesal seumur hidup macam ni..
sumpah!

kakak..
terima kasih sebab jadi kawan aku yang paling baik..
terima kasih sebab anggap aku kakak kau..
walau aku tak sebaik orang lain.
aku selalu marah2 kau,
aku selalu pukul2 kau,
aku selalu abaikan kau,
aku selalu buat kau kecik hati..
aku selalu buat kau sakit hati..

tapi kau selalu baik dgn aku,,
kau selalu ada masa masa terburuk aku,
kau yang selalu ada.

cuma aku yang takda mase kau perlukan bahu untuk menangis.
kenapa?
sebab aku rasa roommate kau yang baik ada.
aku rasa dia boleh jaga kau..

aku ni jahat kan?
kau boleh kate aku jahat bape banyak kali pon yang kau nak..
aku akui yang aku jahat..

so.. aku harap kau dapat lupakan aku nnt.
lupakan segala tentang memories yang kita ada.
kenapa? sebab aku taknak kau ingat kau ada kakak yang jahat..
aku taknak..

tlg jgn bersedih...
tlg jgn nangis..
tlg sapu air mata tu...
tlg jgn nangis..
demi aku..
akhirnya, segala kekusutan untuk asgnment dah berakhir. hanya tinggal untuk final jek

bila duduk depan lappy ni, macam2 idea dtg mencurah2..
tapi aku tak tahu nak start yang mana dulu..
aku tak tahu..


dan akhirnya aku putuskan untuk ceritakan tentang memories..

Rabu, 31 Oktober 2012

betullah..
kita takkan pernah ada jawapan yang terbaik atau sebab terbaik untuk kenapa kita sayang atau cintakan seseorang tu.
boleh aje aku bagi sebab. dan sebab tu jugak nnt yang buat aku benci kat orang tu.

betul!

puas jugak aku fikir kenapa aku boleh suka dia?
kenapa aku boleh suka dia dalam jangka waktu yang TERAMAT singkat!

betul!

dia masih lagi guy yang mampu buat jantung aku mengepam darah selaju lajunya kalah monorel yang laju tu kalau berselisih, ternampak dia, even sekali imbas.
yang mampu buat aku berpaling muka balik ke arah dia..

masih lagi dia.
masih lagi dia yang mampu buat muka aku semerah-merah tidak bila nama dia disebut depan aku.
kelakar kalau ingat balik

betul! 
itu semua betul! 

dia masih lagi guy yang mampu buat aku jatuh cinta untuk kedua kali, ketiga kali, keempat kali
dan kali ke..kali yang dah tak boleh dikira..

dia jugak guy yang berjaya buat aku menggelabah tak kira masa dan tempat.
dia lah orang tu.
masih lagi dia.

dia jugak guy buat aku sanggup buang semua rasa-rasa yang aku pendam dulu..
sanggup aku buang..
dia jugak guy tu.

tapi itulah kenyataan yang sebenar..
keep missing my nescafe prince..

tapi bila kenang balikk.
aku sedar, aku tak layak untuk rasa semua tu..
pungguk takkan jalan seiring dengan merak kayangan..

Khamis, 25 Oktober 2012

AKU NAK EXTEND

putus cinta?
semua orang pernah putus cinta. aku pon.
semua org pernah rasa sakitnya putus cinta
semua pernah rasa sakitnya cinta beralih arah..
aku pernah. aku pernah rasa semua tu.
tapi extend belajar sebab putus cinta, aku tak pernah.
sebab aku rasa itu gila.
ya! gila. sebab aku susah2 sambung belajar, tak kan aku nak extend semata2
insan yang not worth for it.

bila kita menghukum. dia rasa kita tak memahami perasaan dia.
dia kata kita tak rasa sakit yang dia rasa.
siapa kate? semua orang pernah rasa tu.
aku pernah! berapa kali aku kecundang dalam cinta.
hingga sampai tahap aku taknak kenal lagi apa itu cinta.
tapi, aku tak terasa nak extend pon!

kau mungkin kata aku tak memahami.
ok! aku faham. ni tentang hati dan perasaan.
tapi. cinta dan perasaan itu memang tak boleh dipaksa.
memang!
kau mungkin akan kata aku tak pernah rasa bagaimana rasa sakitnya ditinggalkan.

kau salah. aku pernah rasa semua tu.
kau ada family lagi kan? kau ada parents lagi kan?
bagaimana kalau parents kau tinggalkan kau?
if kalau kau dah takda. aku rasa hidup pon taknak lagi.
itu lah yang aku rasa. masa aku tahu mak aku dah takda kat dunia ni lagi,
dunia aku gelap! malap! aku tak nampak ape dah. dunia aku kosong.
sekosong kosongnya. aku pernah doa supaya Allah tarik nyawa aku mase tu jugak.
sebab aku rasa aku tak mampu hidup tanpa dia. dan memang betul. aku tak mampu hidup tanpa mak aku..
tak sempurna, ouh! aku ingt lagi kau bahan aku sebab aku takda mak ayah lagi. tapi aku tak kisah.
sebab aku tahu kau macam mana.

kau buat semua ni untuk apa sebenarnya?
untuk tagih simpati? kau salah, sebab takda sape yang nak simpati kat kau..
mungkin ada.
siapa?
aku! aku lah orang yang simpati itu.
sebb tu lah aku buat entry KHAS untuk kau.

KHAS untuk kau yang extend tu.

Jumaat, 19 Oktober 2012

i'm missing the old time when i always update some entry. talking about nonsense all the time. 
yess! i miss that time.

the time passing so fast. and i still here.
still in my lovely bed. feel sleepy, and do not know what to do.

EVEN! the assignment is calling me to do.
but, i'm still choose laying in my bed..

without notice. my tears slowly down. i don't know why.

i miss my mom. :(




Sabtu, 13 Oktober 2012

hahahaha smile smile. aku dah uninstall google chrome and install pada yang baru.
kenapa ? ini semua disebabkan browser amende ntah semak kat google aku tuh! bodoh tol!
at last aku decide buat mende tuh!

tak lupe juga aku ada ubah google theme supaya nampak lagi menarik..
aku tukar jd gmbar the smurf! nampak comel.. hehe



comel kan? aku pon tak tahu cartoon ni pasal ape.. hehehe

Jumaat, 28 September 2012

Ekspedisi Ke Sungai Lembing

Actually, ekspedisi ni dah lame dah. Tapi aku yang baru nak update.. Jauh? Agak lah. Kitorang travel by group. Tapi sendiri-sendiri jek. Takda siapa yang guide. Berani mati tak?? hahaha Don't worry, ktorang bergerak dalam 5 orang. 3 orang lelaki dan 2 perempuan. Atas urusan ape? Untuk assignment matter jek. Subjek MPW. (sejarah)

Kitorang gerak pada hari khamis petang 30/8/2012. Sempat lagi singgah rumah Akmal.Sampai kat homestay kitorang malam, pukul 10.45 malam. PUNG PANG PUNG PANG sedar-sedar dah pukul 11.30 malam. Tetibe jek si Epul ajak Shoot malam tu gak. Sambutan 31 0gos. Kitorang pon tak sangka nak shoot malam tu gak. 

Mule-mule sampai kitorang nampak Kg. Sungai Lembing ni macam pekan kecil yang macam takda pape. Rupenye meriah jugak malam tu sambutan orang kampung kat situ. Siap bakar mercun merdeka gitu.. Hahaha. Mesti uolss. tertanya-tanya Sungai Lembing kat mana dan ape yang ada kat situ kan?? Sungai Lembing ni 40 Km dari bandar Kuantan. Ape yang ada? Macam-macam ada.. Salah satunya ialah Muzium Sungai Lembing.

31 Ogos 2012
Kitorang g Muzium Sungai Lembing sebagai lokasi pertama. Muzium ni cerita tentang sejarah perlombongan bijih timah yang terbesar di Malaysia atau Pahang Consolidated Company Ltd (PCCL). Menarik dalam muzium ni sebab dia tunjukkan proses mase dlm lombong tu.

1.MUZIUM SUNGAI LEMBING

Lepas tu kitorang shoot lak gi Jambatan Gantung Kolong Pahat. Jambatan ni jambatan tertua kat Sungai Lembing ni. Berusia lebih 100 tahun. Tali yang digunakan untuk buat jambatan tu ialah bekas kabel ape ntah kat lombong tu. HEHE

2. JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT.

Lepas tu kitorang g merayap masuk hutan lak. SI ROY lah ni dok mengada. tengah hari buta merayap dalam hutan. Nasib lah takda benda buruk yang berlaku. Dah penat-penat berjalan, kitorang g cari makan. Rehat-rehat jap pastu gerak g cari Gua Charas lak. Aku ingat Gua Charas ni gua ape lah. Ingat best sangat. Rupanya, panjat punya panjat, kitorang jumpa tempat Sleeping Budha. Pulakk. Aku ingt gua ni menarik. Rupanya tempat orang-orang Budha buat upacara. Bayangkan lah.. masuk2 jek nampak org india dlm tu. DAN! ONLY us jek yang ada dalam gua tu. Nampak tak peliknye kat situ. Only us is MALAY people. So sadd. BTW, kitorang teruskan jugak masuk sampai dalam dan tgk ape yang ada. Dapat gak jumpa SLEEPING BUDHA yang dicari tu. tapi kitorang tak amek po gambar dia.

tapi.. ada tapi nya.
3. GUA CHARAS
kami masih lagi sempat snap pic depan pintu gua ini.. HEHEHE

Pada sebelah malamnya pulak, kitorang pergi ke Teluk Cempedak atas cadangan HANIM sebab dia kate tempat tu best. Banyak lampu-lampu. Teluk Cempedak ni pantai yang ada kat Kuantan lah. Banyak gerai-gerai yang jual souvenir. 

4. TELUK CEMPEDAK

Tu kisah hari pertama kitorang. Ini kisah hari hedua kitorang lak. 1 SEPTEMBER 2012. Malam tu, kitorang plan, esok pagi nak naik Bukit Panorama. Sebab nak tengok mtahari terbit pagi-pagi. Kitorang punya lah bangun SEAWAL 5.30 pagi. Sebab nak panjat bukit yang aku katakan tu. Tapi Si Roy ni lah bangun lambat. Jadi kitorang gerak 6.30 pagi. Tapi apa yang dinamakan sebagai bukit tu bukan lah seperti bukit yang disangkakan. Indah kabar dari rupa. Kenapa? Kita kene panjat tangga untuk naik ke bukit tu. Tapi panjat punya panjat tetap tak sampai-sampai. Ok. Aku cakap bukit tu sebenarnya gunung! GUNUNG!! Tinggi OK! Nak mati aku panjat gunung tu. Series aku cakap. Gunung tu tinggi. Roy awal-awal dah surrender. Aku pon hampir2 surrender. Tapi disebabkan bantuan dan semangat yang Akmal bagi. Aku sampai jugak. Tapi aku lah yang last sampai. Epul dialah yang paling awal sampai sane. Niza lak kalau bukan disebabkan Epul tak bawak camera, aku rasa dia pon tak sampai puncak tu. Tapi series aku kata. Aku taknak naik BUKIT tu lagi. Series penat woii. Mane tak nye. Aku ni dah la da lame tak wat keje2 cmtu. Bangun2 tdo terus panjat gunung. Dengan tak buat stretching. Nak jadi pon aku ta tahu lah. Yang paling kelakar bila aku jatuh tergelincir mase nak turun gunung tu. HAHAHAHAHA. tak boleh kata ape dah. KETAWA jek boleh. KELAKAR ok.

5. BUKIT PANORAMA
akhirnya!!!

si gile ni boleh pulak jatuh time2 camni

ni salah satu pemandangan dari atas gunung tu.

Sebelum balik Johor, kitorang pergi ke lokasi terakhir yang berubah di saat-saat akhir. Mula2 nak g kolam air panas. Tapi tukar g Air Terjun Sungai Pandan lak..

6. AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

Tu jek lokasi-lokasi yang sempat kitorang jalan. Seronok sebenarnya berjalan ni. Walaupon penat. Banyak karenah dan ragam kawan-kawan masa kat luar. Sekaligus merapatkan silaturrahim sesama kita. Cheeewaah. hehehe. 

Akhir sekali wabillahitaufikwalhidayah.. assalamualaikum.....
daaa semua..


info Sungai Lembing : (wikipedia) http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing


Selasa, 25 September 2012






baru jek nak post semua pic kau
tup2 kau onl. 
teros chat aku. haha
neves mak..

aku tak tahan dah nih! rase mcam nak jerit2 jek! tak tahan weyy.

tolonglaaaa.. aku nak tempat LI sekarang jugak!!! kenapa taknak bg peluang kat aku ni??
kenapa???

Sabtu, 22 September 2012

Rasa macam sedikit terubat perasaan rindu yang aku tanggung hampir 2 minggu aku tak dpt tgk muka dia.. 

Bila aku nampak muka dia, hati aku terus jek loncat2 tak henti. Bila aku dengar suara dia, tengok cara dia cakap dengan confident kat depan, cukup buat tenung dia lama2.

Bila aku nampak dia tersenyum, cukup buat aku tersenyum balik. Bila aku tengok dia ketawa, cukup buat ketawa lagi.

Bila aku nampak dia berlari-lari anak tadi, cukup buat aku rasa dia sangat comel dengan cara dia sendiri..

Dia berjalan ke hulu ke hilir, dari sudut mana pon aku masih boleh cam di mana dia berada. Aku tengok jek dia lama-lama. Dan aku malu sendiri bila dia perasan yang aku tenung dia.

Ouh!! Aku betul2 rindukan dia. Sungguh!! Aku cukup rindukan dia.. 

Jumaat, 21 September 2012

tak tahu lah mengapa ye. bila aku fikirkan pasal dia jek. aku jadi rasa warm jekk. ke aku yang lebih2 ni?
sudah! sudah! jgn berangan lagi..
stop it please...
time to sleep. gud nite sayang..

Isnin, 17 September 2012

semakin hari, semakin aku rasa yang aku dah tak boleh tengok kedua-duanya sekali.. ya!! aku sakit hati tengok kedua-duanya sekali.. sangat!! aku tak tahu kenapa aku mesti ada perasaan macam ni. tolong jauhkan aku dengan perasaan ini.. aku tak sanggup lihat dia terluka,

biarlah aku saja yang terluka..

Isnin, 3 September 2012

baru kini aku sedar yang langit berbeza dengan bumi.
langit takkan jln seiring dgn bumi..
kalau di tanya siapa sang bumi itu. aku lah bumi itu.
dan kalau bagai pungguk rindukan si bulan,
tentulah aku lah si pungguk tak sedar diri itu..
aku lah dia!!

kau kata kau takkan mencari cinta lagi. kau tunggu jek sesiapa yang dtg nnt..
konon mcm kau lah Muhammad, dan aku lah Khadijah. tapi aku Aisyah.
kau tunggu org yang dtg merisik kau??
maaflah, kalau kau tunggu org yang dtg merisik kau, aku bukanlah orang itu.
sebab aku pon sedang redha dengan takdir tentang siapa jodoh aku nnt..
maaf! walaupon aku tahu kau tidak berharap untuk aku jadi jodoh kau nnt.

sebab itu aku ajarkan hati untuk terima kenyataan yang kita memang tada jodoh untuk bersama..
betul! kita bagaikan langit dan bumi yang takkan pernah berjalan seiringan..
sebab itulah!!

kau kata kau serik ditinggalkan.. tapi siapa yang ditinggalkan sebenarnya ni?
aku kan??
maaf, aku bukan bermaksud untuk mengungkit atau apalahh.
maaf kalau aku cakap yang kau memang nafikan ape yang kau rasa
atau aku yang perasan.
terus terang aku cakap aku marah bila kau acap kali cakap aku ramai peminat sebab aku ramai kawan lelaki..
PEMINAT dan KAWAN LELAKI adalah dua benda yang sangat berbeza! tolong lah faham..
aku marah bila kau kate ramai org minat aku sedangkan aku tak tahu org tu wujud ke tidak..
aku marah! tapi kau tak pernah mengerti..

maaf. aku menulis di blog usang ni bukan untuk mengutuk atau ape.
cuma sekadar meluahkan perasaan yang tak terluahkan pada org lain..

jadi andai satu hari nnti si Nescafe Prince terbaca entry aku yang satu ini, aku nak minta maaf siap2.
aku cuma sekadar meluahkan perasaan.

Isnin, 30 Julai 2012

Makk.. ain penat dalam mencari siapa bakal imam ain nanti.
ain penat mencari siapa bakal teman hidup ain nanti.
boleh tak kalau ain tanak semua tu?
boleh kan??

Khamis, 26 Julai 2012

Aku tak tahu kenapa. Tak tahu kenapa cepat sangat air mata aku tumpah td. Aku tak tahu kenapa aku sakit sangat tadi. Aku tak tahu.. Aku lari-lari cepat masuk toilet! Buka air kuat-kuat! Aku diri diam-diam. Aku nangis... Setitik.. Dua titik.. Aku kesat balik air mata tu. Aku tahan nafas. Aku hembus kuat-kuat! Aku kena kuat! Aku kena terima hakikat! Aku kena! Aku keluar toilet. Aku kuatkan semangat! Buat macam biasa. Its time to leave. Aku katakan pada diri aku sendiri. Aku katakan pada diri aku, Aku Takkan Mencari Cinta lagi.. Aku penat! Penat sangat sebenarnya.. Tapi aku tak mampu untuk buat apa2 lagi. Aku harap lepas ni aku berjaya buang dia jauh-jauh dari aku. Aku takkan menoleh ke belakang lagi lepas ni. Biarlah! Biar aku paksakan hati ni. Biar dia sakit. Biar.
Raya aku pada kali ini.

Huh! Raya tunda? Huh! Kalaulah boleh terjadi, aku sanggup! Tak terungkap dengan kata-kata apa yang aku nak cakap tentang perasaan aku ni. Terasa hidup aku kosong! Sangat tak bermakna lagi. Terasa raye aku kali ni tak membawa apa-apa makna lagi. Tak bersemangat macam dulu lagi dah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku ceritakan satu persatu, rasanya air mata aku yang akan mengalir dulu. Kini aku tak se excited puasa macam dulu-dulu. Tak bersemangat nak beli baju raya kasut raya macam dulu. Tak nak balik rumah masa puasa pertama. Aku taknak dah lagi benda tu semua. Kenapa? Aku rasa hidup aku cukup kosong! Aku tak tahu macam mana nak ungkapkan. Aku sedih! Aku pilu! Aku rindu! Aku menangis..

Kalau lah aku boleh undur balik masa. Aku nak lagi rasa semua tu. Aku nak semua tu lagi. Tapi kini, aku rasa macam nak raye sorang-sorang jek kat sini. Sumpah! Aku perit! Perit sangat.. 

Maafkan aku bagi sesiapa yang terbaca blog aku ni. 

Selasa, 24 Julai 2012

Akhirnya cita-cita aku pada hari pertama puasa tercapai. Awal-awal lagi aku niat, pada satu Ramadhan nanti aku nak bacakan Yassin untuk dia. Lantaran sesuatu penghalang yang menghalang aku, terpaksa aku tunda hingga ke hari ini. Sebak rasa hati ketika melafazkan satu persatu ayat dalam Surah Yasin tersebut. Serak suara aku ketika aku. Tapi aku kawal sebaik mungkin agar rakan sebilikku tak sedar apa yang berlaku. Selama ini aku ego. Aku ego untuk mengakui betapa lemahnya aku dalam dunia ini. Tapi aku sedar untuk kelemahan itu. Aku atasi kelemahan itu dengan berubah! Ya! Aku janji untuk belajar untuk berubah!

Dalam diam, aku cuba kumpulkan kembali kekuatan diri yang kadangkala hampir tipis! Dalam sedar tak sedar, terasa baru semalam aku kehilangan dia. Dalam tak sedar, dia telah lama meninggalkan aku sendiri. Aku kuat! Aku tabah! Pada kasarnya sahaja. Tiap kali aku merinduinya. Aku pejamkan mata. Pejam mata rapat-rapat. Aku tak biar air mata tu jatuh lagi. Tapi tiap kali itu, tiap kalinya aku gagal simpan air mata tu.

Cinta yang tak pernah aku ungkapkan dulu, masih kekal dalam hati. Dan aku tahu dia juga cintakan aku pada sejak aku muncul dalam hidup dia sedari dulu hingga kini. Maafkan aku andai aku tak cukup kuat! Maafkan aku andai satu hari nanti, aku tersungkur angkara rindu yang teramat. Maafkan aku andai satu hari nanti, janji yang aku metrai, tak pernah aku tunai. 

Maafkan aku. 

Alfatihah untuk dia yang aku cinta. Selamat Menyambut Ramadhan. Ramadhan juga yang saksikan kepergian kau dari hidup kami semua.

Sabtu, 21 Julai 2012

Aku tak pasti ape yang membelenggu fikiran aku akhir-akhir ini. Yang pasti, mood selalu tak baik.. Aku sendiri tak tahu kenapa.. 

Hah! Satu keluhan berat aku lepaskan! Cuba lepaskan sesuatu yang membebankan fikiran aku. Tanpa aku sendiri tahu ape punca dan sebabnya.
 
Hari ini Ramadhan pertama. Dan aku tak rasa sesuatu yang dinamakan excited untuk puasa macam orang lain. Dan kali ni aku putuskan untuk tidak balik ke rumah. Sebab nothing at home. Puasa aku kali ni tak bermakna apa-apa pon. Sebab orang lain sambut puasa dengan mak dorang. Aku? Aku takda sape-sape dah. Aku rindukan mak aku. Lama rasanya aku tak jumpa dia lagi..

Khamis, 19 Julai 2012

Malam td aku mimpi dia.. Aku rindu dia.. Dalam mimpi tu dia kate dia lapar.. Dalam mimpi tu kitorang makan same-same kat kedai. Dalam mimpi tu aku jumpa dia. Dalam mimpi tu.. Arghh! kalau aku tak kawal emosi aku ketika itu! Sudah pasti aku akan menangis menjerit-jerit di tengah-tengah malam. Itu sudah pasti.. Aku rindukan dia. Bukan aku menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma aku belum cukup kuat untuk semua itu. Seringkali aku mengalirkan air mata sebelum tidur. Di kala bilik gelap. Di saat yang lain sedang tenggelam dengan mimpi masing-masing. Aku pula, sukar melelapkan mata. Masih terngiang-ngiang segala yang berlaku dulu. Rasa menyesal yang masih menebal. Rasa ingin mati yang kadang kala menghasut diri. Cukup! Aku tak kuat lagi. Apatah lagi dah nak masuk bulan puasa. Sedih bila aku bayangkan aku tak dapat sambut puasa bersama-sama lagi.. Bila setiap pagi raya tak da lagi orang yang nak jerit-jerit panggil nama aku suruh bangun. Dah takda lagi dah.. Aku sedih!

Alfatihah untuk emak.. 

Rabu, 18 Julai 2012

Dalam sesak kat cafe nak beli makan. Aku nampak dia dari jauh. Aku tengok je dia sampai dia betul betul berada depan mata aku. Aku senyum padanya. Senyum yang semanis mungkin. Tapi dia berhenti betul betul depan aku. Dia pandang aku. Tepat kat muka aku. Tapi muka dia series! Dan aku pandang dia balik. Kenapa? Aku salah ke? 


" Kau kenapa?" aku tanya.
" Kau senyum kat aku ke?"
" Yelah. Kenapa pulak?"
" Series kau senyum kat aku tadi?"
" Yelah!. Takkan aku senyum dekat peti sejuk belakang kau tuh!"

Kau menjerit tiba tiba. " Yes!! Perempuan kat depan ni betul betul kat aku lah. Aku ingat mimpi tadi."

Dan sebenarnya ini semua memang hanya mimpi...

Berbalik kepada entri yang lepas. Gambar kat atas aku tunjukkan Status Fb Si Dia. Aku tak tipu kan? Pada siapa dia tujukan status ni? Aku atau orang lain? Kalau orang lain, siapa orang tu? 

Aku cuba untuk memandang dia dan tersenyum. Tapi aku tak mampu untuk merenung mata dia langsung! Yang aku mampu hanya memandang dia dari jauh..

Selasa, 17 Julai 2012

Cik Bulan? siapa Cik Bulan? Aku ke? Ouch! Perasan lah pulak kan? Tapi nak buat mcm mane? Seriously. Siapa Cik Bulan tu? Aku nak tahu sangat. Siapa yang kau kata bagai langit dengan bumi tu? Adakah kau sedang bercakap tentang perhubungan ni yang masih tak nampak di mana penghujungnya?? Begitu? Kalau betul aku bukan yang terbaik untuk kau. Baiklah. Aku yang akan pergi dari kau. Tapi apa yang aku nampak, kau seolah-olah lari dari kenyataan. Kau tipu diri kau sendiri. Kau tipu aku. Series! Bukan senang aku nak lupakan kau. Bukan senang. Dan jika kau pon begitu. Kenapa kita tak bina balik hubungan tu? Kenapa kau mesti lari? Kenapa kau mesti buat aku macam ni? 

Series! Sampai sekarang aku masih terfikir-fikir, adakah masih ada sekelumit rasa sayang kau untuk aku? Masihkah? Kadangkalanya, aku rasa macam ada. Tapi aku cepat-cepat tolak. Sebab aku rasa kau berjaya lupakan aku. Macam mana aku nak buat?

Tadi aku bace status Fb kau. Kau tulis macam ni:_

"pk panjang hari ini..soo, dpt conclusion bulan jauh di langit, masakan boleh bersama dan rapat dgn bumi, cam langit ngn bumi..hahaha..xabs2 cite sal bulan..jst doakan yg terbaik tuk cik bulan.. =)"

Siapa Cik Bulan yang kau cakap tu? Aku ke? Aku tak larat dah nak nangis lagi. Untuk berharap apatah lagi.

Tadi Kak Kina cakap nak kenalkan aku dengan kawan dia. Aku? Sedang berfikir-fikir lagi. Patut ke tak aku terima. Aku takut aku yang sakitkan hati orang tu. Aku takut aku yang kecewakan orang tu. Sebab sekarang aku memang dah tak berminat dengan siapa-siapa lagi selain Dia. Sebab aku kenal siapa aku. Aku kenal bagaimana aku. Aku takut aku yang salahkan dia nanti. Arghh! Aku sendiri. Dan tak tahu nak buat macam mana lagi.. 

Aku serahkan segalanya kepada Allah. Dia jek yang tahu yang terbaik untuk aku.

" Ya Allah. Berikanlah jodoh yang terbaik untuk aku"

Isnin, 16 Julai 2012

mungkin aku tak patut buat mcam tu kat dia.. apa yang aku buat kat dia mungkin menyebabkan dia rasa yang aku bencikan dia.. tapi aku tak tau mcm mana nak act normal kat dia.. macam mana aku nak tegur dia mcm biasa.. aku tak tahu,, dulu pernah la sekali dua dia tegur aku. tapi aku buat mcm tu kat dia.. mungkin tu yang dia tak tegur aku lagi kot..
kenapa ada bulan jatuh ke riba bagai ni.. kau tak payah tunggu dia jatuh pon.
kalau kau memang boleh afford benda tu..
dan aku masih lagi menanti untuk itu..

Sabtu, 14 Julai 2012

sedar tak sedar lebih kurang seminggu lagi jek nak puasa kan??
bila dengar nak puasa jek! aku rasa mcm lain sikit..
aku sedih bila nak puasa ni.. sedih sangat! bila aku sedar aku tak dapat sambut puasa sama sama dia lagi..
aku sedih bila ingat semua benda tu. aku sedih. bergenang air mata aku. aku tahan mata aku untuk tidak menangis. aku tak nak tengok orang orang sekeliling aku sedih. apatah lagi bersimpati. aku tak nak semua tu..
aku nak tunjuk kat dorang. yang aku masih lagi Aishah yang kuat. yang tabah. tapi.. bila aku terfikir benda ni.
cukup buat dada aku perit! cukup perit! kali ni masih! raya aku masih tak bermakna all over in my life! aku tak sanggup nak sambut raya. tak sanggup! aku sedih! and.. whenever someone says: "Don't cry" i always cry harder.

apa lagi yang aku mampu lakukan? aku ingat lagi kali terakhir aku sambut puasa bersama dia dulu. aku hanya sempat sahur untuk terakhir kalinya dengan dia. aku tak pernah sempat untuk buka puasa dgn dia lagi.. itu yang terakhir kalinya.. aku.. aku menyesal kerana jarang balik rumah.. aku. argh! sukarnya nak cakap! aku sedih! dan kali ni, raya aku benar benar tiada makna lagi.. aku tak tahu mcm mana aku nak hadapi semua ni..
dan aku benar benar rindukan dia...

Ahad, 8 Julai 2012

ok.. bukan senang untuk aku buat keputusan ni..
bukan senang untuk aku lupakan dia sedangkan dia berada di hadapan aku
bukan senang untuk aku pura pura untuk tidak melihat sedangkan mata aku tetap mencari cari.
bukan senang untuk aku tidak menyebut nama dia, sedangkan hati aku sendiri menyebut nama dia..
 semua nya bukan senang!

Jumaat, 25 Mei 2012

selamanya sayang

yess! were done our SEM 4 stories.. with alotofmemories..

thankyou for every one that always together with me. always gave an encourage and support me..
that always understand me, thank alot..

this is my roomate for this semester.. thanks alot mydear.


bella, leha ngan kakak syakila. hehehe ^^v

this is the name our batch.. love you jugak!!
mira
tiqa
niza
aiai
ana
nik
anim
ada
nani
yana
kina
fazrin
aqilah
ain
ex roomate khaisar
ex roomate kak kina
paah
rau

roy
balbal
syafiq
haziq
amal
imal
zul
zahim
ujey
epul
amin
ipin
man
uzair
din
fendi
kam
wan

tu jela kott. ke ada lagi..
juga kpd name2 yang ta disebut..
THANKS ALOOTTTT.
love u all.

dan tak sangat dilupakan ialah!!!!!


KEPADA AWEK CANTIK INI..
terima kasih banyak2 selama ini sudi jdi kawan terbaik aku
bila aku sorang2 kat sini.
dia jek yang ada kat sebelah aku..
dia jek yang ada..
aku sayang kawan aku yang sorang ni sangat2!!
kakak.. aku mintak maaf kalau aku
ada buat silap kat kau..
buat kau sedih ke..
buat kau sakit hati ke..
buat kau kecik hati ke..
sorryyy..
aku tahu aku selalu marah2 kau..
sorry.
kakakkk..
kau tahu kan aku sayang kau sangat2??
jgn tinggalkan eh kakak!!
tau3!!
SAYANG KAKAK GEMOK KETAT!!

tak lupa jugak kepada datin..
maaf sebab kacau hak kau dulu..
maaf sangat2!
Ahkirnya!! berakhir sudah Karnival Progam Siswa Niaga (PSN)..

tahniah kepada setiap anggota yang telah bertungkus lumus menjayakan segalanya..
tahniah kepada group yang menang pertandingan itu!..
cabaran?? memang banyak cabaran yang terpaksa dihadapi..
termasuk aku.
kembara usahawan yang aku sertai benarbenar menguji kesabaran aku.
hampir menitis air mata aku bila mendapat barangan tersebut!
dalam hati berbisik "mustahil boleh laku"
kenapa negatif? belum cuba belom tahu kan?
hahahaha kakak2 tak paham kan?
tu bukan kain baju yang kite boleh persuade org untuk beli..
bukan satu barang yang boleh kita reka2 setiap advantages dia..
tu bukan semua tu!!
bukan !
tu barang yang orang akan cari bila tiba musim dia.
tambah lagi dengan customer yang kurang disebabkan weekdays..

ok. lupakan semua tu!
yang penting kita dah buat yang terbaik..
tahniah juga kepada kolej sendiri yang mendapat tempat untuk setiap pertandingan
kecuali pertandingan kategori aku. maaf!

ouh! i miss my friends.. bila dpt jumpa lagi ek??
ada jodoh jumpa lah kita lagi. okeh!

Jumaat, 11 Mei 2012

maaf
kiranya aku mengasingkan diri kau..
kerana kau yang mulakan dulu..

Khamis, 10 Mei 2012

pilihan ibubapa biasa yang terbaik..
ibubapa biasa akan pikirkan yang terbaik untuk anak-anak dorang

even perkara yang paling kecil pon,
mcm sarung bantal aku..
dia akan pilih warne merah kegemaran aku,
corak bebear kegemaran aku,
yang lembut dan sejuk,
sematamata aku nak masok kolej..
dan ianya jadi feveret aku sampai skang.
bila ingt benda paling kcik tu jek cukup buat aku nak mengalir air mata..

tiada sape yang inginkan kehilangan secepat ini.
apatah lagi aku..
sungguh! aku ta sangka aku akan kehilangan secepat ini.
ah ! sungguh! aku rindukan dia..

Khamis, 3 Mei 2012

kehilangan satu persatu.
dulu, sentiasa berempat,
tak lame dulu tinggal bertiga.
sekarang tingal berdua..

bukan tak sedih! tapi aku dah lelah untuk menangis..
bukan tak punya perasaan, cuma aku ingin tunjukkan yang aku kuat!

aku kuat bila kalian kuat. aku takkan menangis bila korang tak menangis!
jadi tolong. jangan menangis lagi.
pleasee.. untuk aku.. please jgn nangis lagi...

sangat sakit. sangat perit! ya! aku tahu tu..
aku pernah kehilangan dlu. dan aku tahu sakitnya bagaimana..
dia salah satu harta yang aku ada..

bila dah macam ni. tolong lah jgn saling menyalahkan..
dah memang ini takdir yang dijanjikan..
tolong.. belum pon lame dia tinggalkan kita..
kenapa mesti berbalah??

aku tahu erti penyesalan.
aku kenal erti kesalan..
aku aku setiap orang masing2 ada dosa yang dibuat padanya.
sepatutnya kita berdoa supaya dia mengampunkan kita sebelum pergi.
kenapa mesti seksa dia lagi?? kenapa??
seperti yang kita tahu, dia pergi seorang diri,
tanpa ada seorang pon peneman di sisi..
kita tak tahu kesakitan yang dia rasakan ketika itu.
jadi. kenapa kita mesti tambahkan lagi seksaan dia?
dia yang berhadapan soalan2 malaikat maut seorang diri,
jd tlg jgn seksa dia lagi..

dalam pada ni. macam-macam benda berlaku..
kadang aku sendiri hampir rebah.
aku sendiri tak kuat..

raya pada tahun ini betul2 tak membawa apa2 makna lagi..

mood : sedekah alfatihah buat nenda tercinta yang baru pergi meninggalkan kami semua.
semoga segala amalan mu yang menolong kamu di sana..

Sabtu, 28 April 2012

reading an old conversation between me and you..
ouh! imissyou..

betullah! sekali kau lepaskan apa yang kau ada atau sayang.
kau takkan dapat dia balik..

Sabtu, 21 April 2012

aku pernah mimpi. satu malam tu rumah aku sangat terang.
ramai sangat kat rumah aku mase tu.
rumah aku penuh dgn sedara mara. jiran2 aku pon ada.
sampai sedara jauh aku yang tak rapat yang tak pernah dtg rumah aku pon ada.
aku pelik..
aku nak bangun. tp aku ta mampu.
aku cuba cari mak aku. tapi tak jumpa..
yang aku nampak semua orang muka suram jek.
semua tga bace yasin...
aku pelik! aku cari mak aku lagi.
tp tak jumpa juga.
tetibe aku nampak mak aku terbaring kat ruang tamu. serba putih.
mak aku ke tu?? aku tak pasti sebab aku tak mampu nak bangun.
aku tersedar bile aku terdengar announcement dari masjid kampung aku pg tu.
aku keliru dgn ape yang aku dgar? knp nama mak aku yang disebut??
mak aku ada lagi lah.. belom balik dari masjid lagi..
aku bgn. kpale aku berat.. tp aku cuba juga.
tiba kat ruang tamu. aku nampak mak tgh baring.
aku pelik.. aku cuba ingat balik..
puas aku perah otak.
tap!! aku ingat..
baru aku ingat.
baru aku sedar..
mak aku dah takda..
aku dah takda mak lagi..
air mata aku menitis lagi..
mak dah tinggalkan aku..


mood : aku rindu mak aku. aku ingat dia mase tgh test td..

Jumaat, 20 April 2012

contest si baju merah


hello readers. kali ni aku join contest again.. sangat menarik kali ini..
*opss!! mlm ni aku ada test tp msih sempat join contest ek? hebat! * klik ***** untuk join..


ok. aku join contest ni pon sebb pmilik blogger tu dgn aku minat bnd yang sama.. *minat kaler merah*

knp aku suka warna merah??]
* ta tahu knp - ni jek yang menarik pd pndgn mata aku (haha)
* merah cantik
* ada makna tersendiri warna ni pada diri aku - so meaningful. 
   - tanda berani - aku cr keberanian dr warna ni
   - garang - sebab aku memang grang pon (kwn2 aku tanak kawan aku sebab aku grang sangat)
   - bawang merah/jahat - percaya tak aku jahat??. ta percaya dah.. hhuuhuhu
   - dari warna ni aku cari ketabahan, kekuatan, kesungguhan yang ada kalanya aku hampir2 hilang jati
     diri. hampir2 tersungkur di medan peperangan hidup aku. hampir rebah. kerana aku sendirian di sini.. 
     bila aku lemah. 

DONE !!!

tag to :

Khamis, 19 April 2012

dear bintang :
benar aku akui. kadangkadang rasa rindu itu selalu menjelma..
benar,, aku merindui setiap ketika kita bersama dulu..
untuk memberi harapan. aku tak mampu lagi..
aku sudah serik untuk memiliki sesuatu yang bukan milik aku.
aku sudah serik untuk sakit hati lagi.
aku serik!!
nmpk tol ingt kau.
belajar pasal airport ingt kau..
dga lagu tu ingt kau.. tgk bintang nmpk kau..
tp rasa rindu dan sayang yang masih tersimpan tu
masih tak dapat menangkis rasa sakit yang kau buat pada aku dulu..


dear ex :
benar! saya masih berharap lagi.
perkara ini benar..
ntah kenapa saya masih berharap..
saya masih suka tgk awak dari jauh..
saya masih suka berharap dpt tgk awak hari2
even dari jauh pon..
saya masih suke semua tuh!!
berharap awak milik saya lagi..

Selasa, 17 April 2012

First Blog Giveaway: Guestbook


join giveaway lagi..
ya! aku tahu aku salah!
asignment melambak tapi masih lenggang kangkong
join giveway..
tapi hadiah dia menarik lah.. 
*guess book*
boleh buat album kawen,,
buku skrap
album gambar biase pon boleh.

aku nak kawen ke??
ouh tidak..
calon pon ntah wujud ntah tidak.
harapkan sijil kawen jek tergantung kat dinding..
kot2 lepas dip sampai jodoh aku..
kan dah jimat satu cost..
ta payah buat album kawen lagi..
*betol ta?*
if dapat lah kan..

*ouh ya! sape2 yang berminat nak join boleh klik banner untuk T&C <3

Sabtu, 14 April 2012

mula mencari sebuah penawar..
jelas! bukan kau tercipta untuk aku..
jelas!! tak pernah terpancar keikhlasan dalam diri kau..
biar aku yang fly away and away..
biar aku simpan dalam2 rasa ini..
biar aku kunci rapat2 hati ini..
agar tidak mudah menerima kehadiran anasir2 jahat yang mampu merosak hati ini.
yang mampu merobek ketulusan hati ini..
yang mampu membiarkan air mata ini terus dan terus jatuh mengalir lagi..
biarlah ..
biarlah aku kunci hati ini rapat-rapat...
biar tiada apa lagi yang mampu menyusup masuk lagi...
aku penat!! aku lelah!!
kali ini aku benar benar tekad!!!
akan aku asah hati ini agar setajam belati.. yang mampu menangkis
anasir jahat yang lain..
aku tekad!!
sebab aku memang nak kau jekk!!!

Jumaat, 13 April 2012

semua orang balik..
aku jek yang tak balik..
even yang jauh pon degil nak balik jugak..
aku yang dekat pon malas nak balik..

tapi aku nasihatkan..
even jauh.. balik lah..
sebab.. bile kite dah terpisah jauh..
kau takkan jumpa lagi apa yang kau nak jumpa,,
kau takkan dapat makan lagi ape yang kau nak makan dulu..
kau takkan..
macam aku..
aku begitu liat untuk balik rumah dulu..
alasan?? :
1. takda kepentingan kat rumah
2. sengaja nak lari daripada masalah..

dan sekarang aku benarbenar dikejauhan..
aku jauh dari dia.. jauh sangat..
*menitis air mata
aku nak jumpa dia lagi.. dah lama dia tak masuk mimpi aku lagi..
aku nak makan masakan dia lagi.. dah lama dia tak masak untuk aku lagi..
aku rindukan segalanya..
ya! segalanya.. aku nak sangat..

tapi aku tak boleh..

Rabu, 11 April 2012

KONTEST- DIA DIHATIKU, DIA IDAMANKU


lelaki idaman::
tak banyak yang aku minta.
cukup sekadar sudi menjadi imamku
untuk sebuah masjid yang bakal aku bina nanti..
aku tak perlu risau tentang yang lain2..
kerana setiap apa yang ALLAH katakan adalah benar!!
jika seseorang itu benarbenar menjaga solatnya 
tanpa ada kepincangan..
segalanya akan sempurna..
lelaki yang beriman pasti menjaga akhlak pada orang tuanya
*terbukti!!
lelaki yang beriman tak mudah untuk naik angin
* terbukti lagi.
lelaki yang beriman walau apa pun kerja yang dilakukan 
dan pastinya halal..
susah takkan pernah terasa..
kerana,, selagi kita ingat ALLAH dan meminta pertolongan dariNYA,,
insyaallah.. ALLAH tunaikan.
betoll??

jadi aku tak perlu risau tentang yang lainlain..
jika aku yakin dia seorang yang betolbetol
menjaga agamanya..

lelaki yang gagal menjaga agamanya...
bagaimana nak jaga isteri dan keluarga bukan??

* tak lupa doa setiap hari agar SI PENGGEMAR NESCAFE memang 
tercipta untukku. dan semoga dia terbuka hati 
untuk terima ku seadanya..

tags too


mata..
puas sudah aku pujuk.
puas sudah aku ajar.
puas sudah aku berusaha..
tapi masih tak mampu untuk berhenti daripada terus memandang dia dari jauh..

kerana hanya itu jek yang aku mampu lakukan ketika ini..
untuk menegur.. aku sendiri tidak punyai kekuatan itu..
dalam malas2 nak buat blog..
aku skroll kan cursor ke bawah sambil2 tgk blog sape yang tga padat skang ni..
dalam banyak2// satu blog ni menarik minat..
blog seorang rakan baik ku.. credit to myramora ..
benarlah!!! segala yang tertulis di LUHMAHFUZ menjadi sebahagian rahsia terbesar ALLAH S.W.T
termasuklah jodohmu sendiri..
aku sendiri tertanyatanya siapa jodoh ku nanti..
siapa??
aku sendiri telah penat berharap..
aku serahkan segalanya pada takdir yang telah tertulis untuk aku sendiri..
aku yakin akan takdir yang terbaik untuk aku.. sebaikbaik perancangan ALLAH
aku takut untuk berharap.. bermimpi pon aku seram.. andai dia bukan jodoh terbaik untukku nnti..

andai ditakdirkan sejurus selepas diploma aku akan bernikah..
sijil kursus perkahwinan ini sedia aku tayangkan..
bukti aku menerima sahaja apa ketentuan ALLAH.. 
untukku..

Isnin, 9 April 2012

everybody..
im done with my kursus pre-perkahwinan aku pada hari semalam??

ya!! aku nak kawen da!!
seriesly!! aku memang nak kawen dah..

cumanya aku takda calon2 lagi..huhu
aku penat dah kali ni..
aku tak larat lagi berharap pada siapa-siapa lagi..
siapun jodoh ku nt.. aku terima dgn seadanya..
aku harap aku dpt bersabar sampai tiba bila masanya nnt..

Sabtu, 7 April 2012

pertama : ptg td saya jumpa awak kat pasar.. saya suka+tak suka+nak jumpa lagi+++
kedua : ptg td lepas mkn saya on9 dan saya jumpa status awak tertlis
hari ni sy jmp seseorg yg tlh mencuri hati sy dan mmbuat jntung sy berdegup kencang...=)"
"bile agknye dpt jmp dy lagi..berbunga2 hati nih...nape slame ni ak xpna nmpk dy kat kolej ye...hahahahahah..."


pertama kali saya bace saya rase nak terjerit!!
sebab??  saya rasa tu mcm untuk saya,, tp pada masa yang sama saya rasa tu bukan untuk saya!!


saya bace status kedua awak..
tu menambahkan lagi rasa2 yang membuatkan saya rasa status tu bukan untuk saya!
sebab??? td kt DK kite terserempakkan?? kat cafe sebelum ni.. awak tak pernah nakmpak saya ke??
kenapa saya yang selalu nmpk awak??
ouh ya!! malam semalam kan saya ada kat surau jugak!! saya nampak awak dgn jelas! saya berdiri di depan awak.. kenapa awak ckp awak tak nampak saya kan??

see?? status bukan untuk saya kan??
SEDIH!!!


sudahsudah!!! berhenti berharap..
lupakan saja dia..
kalau dia ditakdirkan untuk menjadi jodoh terbaik aku,,
aku terima seadanya,,
jika tidak... jgn biarkan aku memandang wajahnya lagi..

Jumaat, 6 April 2012

aku teringat lagi pada si Penggemar Nescafe itu..
bukan kamu !
tapi kamu !
ya, kamu yang di hujung sana..
aku rindu pada kamu lha awakk..
tp.. saya rasa kite memang tak sepadan..
:)
awak terlalu baik.. dan saya jahat untuk awak..

Selasa, 3 April 2012

tolong pliss!!
tolong jangan kau buai hati dan perasaan aku lagi pada kali ini..
kerana kalau aku jatuh lagi kali ini..
aku betulbetul mati..
dan aku taknak!!
aku taknak mati seperit ini!!
aku taknak mati sesakit ini...

tlg la..
aku tak boleh macam dulu..
kita tak boleh macam dulu..
aku taknak kau sakit dgn katakata aku lagi..
dan aku pon taknak sakit lagi
pada akhirnya nnt..
aku taknak..

aku terima kau bila kau benar2 memang milik aku sorang..
bukan orang lain lagi..

Isnin, 2 April 2012

ok!!
aku sedar..
dalam diam aku masih berharap yang aku masih boleh melihat wajahnya..
even dalam 1sec pon!!
ya!! aku admit tuu!
aku masih berharap pada malam ini di kafe..
di antara kawan2 kau..
ada kau terselit kat situ..
dan aku berterima kasih pada Allah kerana diberi kesempatan untuk nampak muka kau..
dalam perjalanan pulang, kita terserempak di satu sudut perjalanan..
aku tersenyum dalam kegelapan malam..

benarlah!! mulut kate lain
hati kate lain.
mak..
ain patah hati lagi..
ain disakiti lagi..
ain gagal lagi..
ain kecewa lagi..
lagilagi ain..
ain penat mak..
terlalu penat untuk semuanya mak..
ain cuma harapkan yang terbaik jek..
bila dah melibatkan soal hati..
aku jadi penat.
aku lelah untuk itu..
dan kali ni aku benarbenar pasrah dgn takdir aku..
berharap terlalu lebih pon tak guna jugak
kalau akhirnya aku juga yang makan hati...
sungguh!
aku percaya ALLAH sedang menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk aku.
walaupon aku bukan hambaNya yang terbaik di atas muka bumi ini...
aku cuma mampu untuk menunggu..
kerana untuk berharap,,,
aku tak mampu lagi..
sungguh!
aku tak mampu lagi.

Ahad, 1 April 2012

"ad yg lbeh bek dari ak...mngkin ak bkn yg trbek tuk dy.."


"ak da cuba da...tp xbole..mmg xbole..ak xtaw nape..bukan ak nak tipu..tp mmg da xbole..xkan nak paksa2..ak manusia biasa jgk..maaf..ak da cuba...tp mmg xbole..maaf sgt2..."


ni status awak satu pagi tu..
selepas mimpi yang saya dpt mlm tu.. ni satu lagi perkara yang buat saya sakit satu hari ni..
dulu awak janji kan bahagia untuk saya..
tapi awak sendiri yang mungkirinya..
sungguh! 
lebih baik kita tidak saling mengenali
daripada
aku dipaksa untuk melupakan kau..
sumpah! itu lagi sakit!!


bagaimana aku nak menghadapi harihari akan datang??
bagaimana aku nak face keadaan ni sepanjang aku kat sini??
aku harap aku kuat!


dan cukuplah!!
ini yang kali terakhir!
aku berhenti berharap..
yup!!! aku nekad untuk tidak berharap apaapa lagi..
ok!!! time tu terima kenyataan..
memang pahit untuk ditelan..
memang sukar untuk diterima..
tapi aku harus kuatkan semangat untuk terima segalanya..
tiada yang paksa kau masuk dlm kehidupan aku..
kau yang datang sendiri.
kau yang bagi aku harapan..
kau segalanya..
ok.. biar aku yang pergi jauh.
aku yang akan buat segalanya macam dulu..
waktu kita tak pernah kenal dulu..
waktu kita tak pernah bertegur dulu..
ya! aku yang akan pergi jauh2 dari kehidupan kau..
sakit.. memang sakit. tapi aku penuhi juga permintaan kau..
aku ikut juga keinginan kau..
sedikit pendapat mengatkan supaya aku bersabar dengan karenah kau.
mungkin satu hari nanti kau akan berubah..
tapi tak mudah kan??
untuk mendekati kau pon aku tak mampu
apatah lagi untuk bersabar??
lagi lah payah..
lebih baik tak payah mengenali
daripada aku harus dipaksa untuk melupakan..
kan itu lebih sakit??

Sabtu, 31 Mac 2012

aku hanya cuma mampu memandang dari jauh..
niat jauh di dalam sudut hati ingin bertanya khabar..
tp..
lidah aku kelu untuk berbicara..
jauh lagi memandang bertentang mata..
aku tak beranii..
sedaya upaya aku cuba mendekati.
tapi,,
hati kuat mengatakan dia memang menjauhkan diri dari aku,,
maaf..
kerana aku pernah masuk dalam kehidupan kau..
tp..
aku tak berniat..

fine.. aku tak kacau hidup kau lagi..
aku berhenti berharap..
sungguh! aku sakit hati dengan ini..
dalam sedar aku masih merindui..
dalam samar aku mengingati..
tanpa sedar aku mulai membenci dalam sayang.