Selasa, 6 November 2012

FINAL

akhirnya kini tiba masanya di penghujung semester.

tiba masa untuk final..
pagi tadi mula sebenarnya. dengan soalan susah kalah soalan add math mase spm aku dulu.
ape nak jd nnt pon tak tahu lah..
ape pon aku dah buat yang terbaik untuk diri aku sendiri.
tetibe terfikir pasal ni pulak..
rasenye dah 3 kali final mak tak wish aku good luck.
rasenye dah 3 kali final mak tak call aku pagi2, kejut aku pagi2 suruh solat ngn g study..
lame dah rase nye..
sedih. sebak. menangis.
aku ingat lagi mase dulu.
aku sering kali tak bagi tahu mak aku bile aku exam..
aku selalu buat macam tu.
mesti mak selalu kecik hati ngn aku kan?
selalu punya..
lagi2 bila mak tahu pasal tu dari org lain..
aku rasa kalau mak tak kuat,,
mesti mak dah nangis kan? tabahnya mak aku ..
tapi aku ada sebab kenapa aku tak bagi tahu mak bila aku exam.
kenapa? sebab nnt mak suruh aku belajar. sedangkan aku malas belajar.. nanti mak tak kasi aku tgk tv, sedangkan aku suke tgk tv. lagi2 cite cartoon. bila dah exam. nnt mak tunggu keputusan aku.
dan aku selalu takut nak bagi tahu mak result aku.
kenapa? sebab aku tahu result aku selalu teruk. selalu gagal dulu.
aku taknak mak kecewa. aku taknak mak marah aku dulu..
tapi mase spm, result aku teruk jugak. tapi mak tak marah pon. aku pon pelik mase tu..
mungkin mak sedar, benda dah lepas dah tak boleh nak ubah lagi.
dan aku tahu, impian mak aku selepas tu ialah hantar aku masuk KPM ni.
ye. aku masuk ikut kehendak dia..

semesta pertama masa exam mak call aku subuh2. aku demam mase tu. mak kate jgn lupe makan ubat.
mak kate lagi jgn tdo lmbat. nnt tak focus jawab exam. mak kate lagi jgn lupe solat..
semesta kedua mak tak cakap banyak. mak cakap belajar pandai-pandai.
jd macam nana. 4flat kat kolej dia. mak cakap macam tu. betul. mak cakap mcm tu.

tapi mak tak tahu yang aku pernah plan nak quit college sebab takut aku fail subjek OM ngn akaun.
aku takut mak kecewa lagi.. tp aku tak jd sebab taknak susahkan mak..
semester ketiga mak langsung tak cakap pape.. aku tgk roommate aku call mak dia..
tapi aku tak tahu nak call sape..
lepas tu baru aku sedar yang aku tak berpeluang nak dengar semua tu lagi..
lepas tu aku sedar yang sebenarnya setiap kemarahan dia, bebelan dia sebenarnya sumber semangat aku..
aku hanya sedar selepas itu..

dan sekarang..
aku masih tak dapat dengar semua tu lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan