Khamis, 19 Mei 2011

mahu balik suda,

akhirnya tamat lah paper terakhir aku. : subjek : finance..
maka berakhirlah juga semester aku pada sem ini. dan maka berpisahlah aku dengan kawan2 aku buat sementara. dan berpisahlah aku dengan ex roomate aku sem lepas. KAK YANA, KAK LELA SERTA KAWAN2 NYA. mereka akan menamatkan pengajian dan akan pergi ke latihan industri pilihan masing2.
tak lupa juga kepada romate aku sekarang KAK AINAA serta kawan2 nya yang lain, selamat maju jaya okeh!!
heee.. da lah, nak sambung kemas bilik, huu
nak balik sudah,, :)
MACAM MANA AKU NAK DOAKAN KEBAHGIAAN DIA SEDANGKAN AKU TAK RELA DIA BERSAMA DENGAN INSAN LAIN???

BAGAIMANA AKU NAK TERSENYUM SEDANGKAN AKU TAHU DIA BAHAGIA DENGAN INSAN LAIN??

KENAPA MESTI AKU YANG KAU TINGGALKAN??

AKU BENCI.

Rabu, 18 Mei 2011

KAU BAHAGIA
AKU MASIH JUGA BEGINI..

Selasa, 17 Mei 2011

tapi tetap!!!!

aku tetap tak dapt lupakan kau!!
aku masih tak boleh terima dia dengan orang lain
aku tetap tak boleh terima dia cakap dia sayang perempuan tu..
aku benci sangat bila dia TETAP ingat tentang peristiwa yang paling aku nak sangat10x lupakan.
aku tetap benci bila dia tetap ingat benda tu.
aku benci bila aku MENANGIS PADA HARI INI

ingat lagi ke??

ouh!! kau ingat lagi tarikh ni ek?? 17 MEI
tarikh ni sgt bermakna bagi aku. dan bila kau ingat lagi tarikh ni buat aku sgt2 terharu.
satu hari ni aku berfikir yang kau akan lupakan tarikh ni.
today is meaning when i know he remember for it.
asalkan dia ingt lagi
tapi kenapa mesti aku yang dipersalahkan untuk perpisahan ini. aku yang ditinggalkan.
kau yang memilih dia dari aku.
AHHH!! ta kisahlah kan.
yang penting kau ingt tarikh ni.
bila tanya aku marah kau lagi ke tak. tu semua benda yang aku tak nak ingat lagi.
aku cuma nak pndang kehadapan je. dan tentang hati dan perasaan aku pada kau. biarlah masih macam dulu.
maaf kan aku sebab aku tak sanggup nak lupakan kau.

thanx for being her frens??

SHE SAID THAT THANX FOR BEING HER FRENS..
SHE SAID THAT SHE'LL PEACEFULL WHEN IM HERE/THERE
SHE SAID THAT SHE HAPPY FOR BEING MY FRENS


BUT SHE NEVER KNOW THAT SHE IS THE MOST PERSON THAT I HATE!!! 
GOSH!!! I NEVER WANT THAT FEELING...
I WOULD LIKE TO BEING THE SINCERELY FRENS..

Isnin, 16 Mei 2011

looking for the day after today..

17 MEI ...
this date sangat bermakna bagi aku. setiap tahun aku menantikan tarikh bersejarah ni.
sudah 3 tahun lamanya. kalau dikira2 darab bahagi bagai sume tu. cukup lah 3 tahun hubungan ni.
tapi jangan salah sangka. dari 3 tahun, tinggal 1 tahun sengah jek hubungan ni sanggup bertahan, selebihnya hari2 aku menanti, meratap, mengenang, membenci, merindu, mencintai, menyesali, mengingati, keliru, segalanya lah.

rasa ini masih tetap sama seperti dulu. tak pernah berkurang. namun kehidupan ini menuntut aku agar terus bertahan. jangan mudah mengalah dengan kekalahan ni. mencintai tak mesti memilikikan?? sekian lama aku cuba untuk pupuk rasa ini, terima kenyataan yang dia bukan milik aku lagi. bukan sekejap masa aku sendiri. tiada siapa yang sanggup bertahan seperti aku. setahun sengah memendam rasa. itu belum masuk lagi hari2 akan datang. aku sendiri pon tak pasti sampai bila aku mampu bertahan. aku mungkin seorang yang tabah. tapi aku tak setabah dia. tak setabah insan2 lain. sampai bila aku sanggup memendam rasa ini. aku ikhlas ke untuk segalanya?? aku pon tak pasti kenapa. tapi aku masih mengharapkan sesuatu pada hari ini. ahh!! ni cuma keinginan aku jek. tak mungkin lah dia ingat dengan tarikh ni. ta mungkin sebab dia kan ada orang yang tersayang.. ahhh!!! biarlah!! aku tak nak berharap apa2 lagi untuk hari ini.

note : maaf lah sebab masih ingat lagi dengan tarikh ni. masih lagi guna password ni. masih lagi berharap. masih lagi dengan semua perasaan ini.

Ahad, 15 Mei 2011

kurang ajar ek??

benci betul aku kat kau.. aku buka lagu time tu lah kau nak buka lagu kuat2!! lempang gak! sudah kukatakan... dia tu scandal kau jek.. yang kau nak rungsing2 sangat tu nape?? pening lah dengan kau nih.. tak paham aku lah.. aku sebok rungsing pasal exam, kau semakkan otak kau dengan masalah scandal kau yang BODOH tuh!!! wth!!! kan!!! tengok aku dah mencarut kat sini... bengong tul!! and plisssh!!! tolong jangan serabotkan otak aku dengan mulut kau yang sebok mengeluh tu. cam h**** ! maaf ok!! aku penat tengok kau. dan kau punye pasal regarding kau punye scandal tu!! macam tak da masalah lain!! penatlah aku macam nih!! aku nak bersuara kau tu senior aku.. dari dulu aku rimas dengan kau. yang sibok berskyping nan jantan mane2 ntah. oh gosh!! aku tak selesa ok!! tak selesa bila kau berbual2 kuat2 nan dia, tergedik2!! hey!! aku ta jeles,.. tp camon lah. org lain pon ada pkwe gak.. tapi ta da lah macam kau. yang hanya berscandal jek. huhu.. maaf lagi.. yela,, aku bukan apa. kau berwebcam dgn dia, tentulah aku rimas bila kau hanya berkemban !! oh gosh!!! lom lagi bila kau halakan laptp kat tga2 yang buatkan dia boleh nmpak aku. aku rimas lah.. pergerakan aku macam terbatas,. ta kan lah aku nak bertudung dlm bilik aku malam2 bute. tak la kot.. haish!! aku bukan macam kau ok!! cop!! dan satu lagi.. bila dah berscandal mana ada yang jujur .. jangan lah kau berharap sesuatu pada nama 'scandal' tu ok!! hohohohoho. ter'emo' lak.. nih semua penangan business law yang memningkan otak aku disamping mood nak baca law tak kunjung tiba walaupon paper dia adalah ESOK !! 16 MAY 2011!! oh gosh!!! mati lah saya, hihihi
sudah2!!! penat aku macam ni.
aku nak sambung study  meghafal section2 yang ada beserta kes yang terlibat itu!!
(berharap jadi lawyer ok) tak mungkin rasanya.. huhuuu
da,....

p/s : dia buka lagu kuat2 lah!! sakit telinga ni dengar... tapa2. tinggal lagi 4 hari sebelum aku tinggalkan dia..
huhu

sumpah aku geli!!

KAU DENGAN BUDAKBUDAK KAU SAMA JEK!!! TAK PERNAH SETIA!!!! SOOO... APA NAK HERAN LAGI... AKU PON TAHU KAU MACAM MANA

Sabtu, 14 Mei 2011

kau kenapa???

kau marah aku ke?? aku ada buat salah ke?? kenapa sekarang susah sangat kau nak tegur aku?? sedangkan dulu kita sangat rapat .. bukan ke kita sahabat ?? bukan ke kita dulu ponteng ceramah agama ramai2 pastu kita sama2 lepak kat balkoni bilik aku . tutup semua lampu dan kipas sebab takot ada rush!! kita masing2 nangis luahkan masalah masing2 .. kita selalu samasama dulu.. tapi sekarang... kau lebih rapat dengan dorang sume.. tinggal aku sorang2 kat sini. kalau aku masuk bilik kau pon aku cakap nan aqilah jek. kenapa ya ??? aku ada buat salah ke ?? sebab aku selalu kuatkan suara kat kau ke?? kalau sebab tu, maaf lah. aku bukan sengaja. kau pon tahu kan yang suara aku ni kuat.. maaflah.. tapi aku betul2 rasa terpinggir..

tapi series... aku dapat rasa yang kau benci aku.. yang kau tak suka aku. baiklah.. kau benci aku kan?? aku pon ta tahu kenapa.. apa pun,. maaf lah...

TERIMA KASIH~~~

ok,, aku ngaku..

ok,, baiklah,aku ngaku sampai sekarang aku masih ta dpt lupakn dia, tak dpt buang perasaan aku kat dia, tak dapt menghentikan jari dan tangan aku dan mata aku dari stalk fb dia selalu. semua nya lah... aku ta dapat elakkan diri dari tgk gmbr2 dia kat fb.. aku semakin rindu pada dia, aku benci dengan semua perempuan yang dia ada sekarang

aku takda masalah ke??

kan dah cakap.. ta ya nak sibok2 cari scandal ramai2.. ta da masalah cari masalah. dia cuma scandal aje okeh!! bila dah macam ni mule lah kau nak bising2,. hey!! ingat dia hanya scandal kau jek okeh!!!! bila dah mcam ni mula lah kau nak nangis, nak ngamuk sakan, hey.. kau sepatutnya sekarang tumpukan pada exam je ok!! sekarang kau tga tahun akhir yang lagi seminggu jek kau kat sini.. macam2 lah masalah kau nih, penat lah aku macam ni.

tapi,,, ada orang tanya aku dulu, aku ni tak da masalah ke?? yeke aku tak da masalah?? sebab tak pernah nampak aku nangis?? sebab tak pernh nampak aku marah?? sebab hanya nmpak aku ketawa je ke?? ta kan lah aku tak ada masalah,, aku cuma suka lari dari masalah.. dan masalah aku semuanya berada di rumah.. sebab tu lah korang tak nampak aku selalu balik rumah even rumah aku dekat tambahan pula kita dibenarkan balik setiap minggu..mesti korang pelik kan??
ta pe lah,,jangan pelik2,, masalah aku biarlah aku tanggung sorang.. jgn risau pasal aku..

Khamis, 12 Mei 2011

untuk yang kesekian kali..

untuk yang kesekian kalinya aku tgk muke kau,,aku buka page kau,, aku like status kau, aku comment status kau, aku comment gambar kau. dan jelaslah kini. aku tak suka kau lagi. ye! aku yakin yang aku tak suka kau. maaf sebab pernah tersuka kat kau sebelum ini. even dalam tempoh yang singkat. aku tak suka kau. aku yakin. kenapa?? hati aku dah jemu untuk semua tu,,

sejarah hidup aku..

untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku dan sejarah peperiksaan aku, aku keluar dewan awal. aku pon ta tahu la dimana yang senangnya dan dimana susahnya. tp aku tengok memang senang. sebab dia keluar apa yang aku belajar malam tadi.. tapi aku takot jek lau ada careless yang tak disengajakan.. memandangkan carry mark aku untuk subject ni sangat rendah.. kalau aku tak dapat capai target juga, memang IMDEAD!! IMNOTALIVE anymore..... dan bermula lah sejarah hitam dalam hidup aku... aku tak sanggup memegang TITLE itu... tolong lah jangan kau HUKUM aku sebegitu berat.. tolong lah.. TUHAN ,,ku mohom pada mu... (tadah tangan,,muka tunduk ) penuh syahdu..


ingin nangis rasanya... =.=''

Selasa, 10 Mei 2011

music widget index..

hahahaha
akhirnya sudah selesai proses mnukarkan lagu dalam belog terchenta ini..
berkat rakan karib saya yang terbaik yang baru dikenali beberapa bulan ini di ''laman sosial''
encik @ahmad alaz.. terima kasih lagi sekali,, HEHEHEHEHE..
lps ni cnfem2 lah kepada sesiapa yang yang jiwa kental kapas akan menangis melalak baca kisah aku yang penoh emosi
ibarat kate encik ahmad alaz td.. lagu ''perpisahan ini'' nyanyian aizat amdani dan 1st edition sgt sesuai dgn belog saya ini..hahaha
kekecewaan
kekeliruan
mcm2
kecelaruan
mcm2 lah.. semua ada,, hehehe
TERIMA KASIH YEK AWAK <3 <3 hehe
sayang awak ketad2..

Ahad, 8 Mei 2011

terasa ingin menangis

aku semakin terasa ingin menangis bila semua nya mengatakan tentang dia,...
tentang orang yang dia sayang..
aku pon ada orang yang aku sayang sangat dalam hayat aku ni...
cuma sayang aku tak pernah terungkap dalam erti kata apa pon..

aku cuma nak cakap,, aku sayangkan dia..... sayang dia yang teramat sangat..
mungkin aku tak pernah ungkap aku sayang dia _tapi aku sayang dia sepanjang hidup aku.
mungkin aku bukan anak yang terbaik _ tapi aku cuba buat yang terbaik
mungkin aku selalu kasar _ tapi sedang mencuba untuk berlembut sehabis mungkin
mungkin aku selalu buat dia nangis atau sedih _ tapi aku tak nak dia nangis, sungguh
mungkin aku pernah buat dia rasa penat sangat dengan aku _ aku bukan sengaja
mungkin aku selalu buat2 tak tahu tentang semuanya _ tapi aku juga sedang berfikir bagaimana nak selesaikan semuanya..
mungkin aku dia pernah kecewa dengan aku
dan
mungkin aku bukan anak yang baik..
maafkan saya ..

akhirnya..

akhirnya aku dah jumpa roomate aku,, ayu,,eca hanis,,, dan mariam,,
satu2nye kawan baik aku yang tinggal sekarang.. aku harap tiada sebarang permasalahan diantara kami...
aku harap sgt2 sebab aku tiada siapa2 lagi kat sini..

Sabtu, 7 Mei 2011

dah gila agaknye aku ni..

aku rasa aku dah gila. bila aku sendiri chating dalam fb bersama orang yang sepatutnya aku benci dan jadi musuh ketad aku.. cube bayangkan!! dia insan yang aku benci kini sedang chat dengan aku..hahaha
DAN bertanyakan tentang seseorang yang aku tak nak ingat lagi.. haish!!!! mungkin aku dan dia boleh jadi kawan baik... macam aku dan MEEN... sampai boleh jadi adik beradik yang terangkat lah kan,..
haha......
ta pe lah... aku ni kan baik orangnye... apa salahnya lupakan kisah lama..bina hidup baru, dan aku pon sedang membina hidup baru gax nih.. tak pelah kan,, dia budax2 lagi,.. orang tga bahagia, kenapa mesti cemburu dgn kehidupan orang lain?? kan?? kepada awak,, saya doakan awak bahagia yek...

dan kepada awak,,harap awak bersabar dengan perangai dia yek,,, very complicated.

susah kan kehidupan macam ni??

macam2 lah kehidupan ni. aku penat dah dengan kehidupan ni.
ni lah MALAYSIA.. ada je yang nak gaduh.. penat lah aku..
aku memang tak kesah untuk segalanya.. kenapa mesti ada yang tak puas hati??
kawan2 satu kelas pon nak gaduh.. aku tak suke lah bila jadi macam ni..

Jumaat, 6 Mei 2011

saya penat tunggu awak..

saya penat la tunggu awak pada malam ini.. saya on9 awak tak on9.. saya on9 awak awak tros offline..
sedih saya.. malam ni saya nak study... saya nak chat nan awak sejap. sebab saya takut saya rindu kat awak. tapi awak takda. takpe lah... saya sedar saya siapa di sini.. hehehehe..

tak mungkin awak akan suka saya dan mungkin juga awak ada awek kan?? tak mungkin lah orang macam awak tak da awek kan?? tak pe lah.. saya tak nak berharap lagi..

dan pliss jgn buat saya makin suka kat awak sebab saya takut saya sayang kat awak nanti.. maaf ye.
sebab saya suka awak diam2

maaf ye...

Khamis, 5 Mei 2011

tak da sape lagi yang berharap..

takda sape lagi yang berharap..
aku dah tetapkan hati agar relakan perpisahan tu...
andai ada jodoh,, bertemua juga nanti,, andai tak da, pasti ada yang terbaik untuk aku..

tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah aku sudah terminat kepada insan bernama MOHD ARDIAN SHAH..
aku sendiri pon tak tahu kenapa,, hahaha,,
ntah lah.. dia bekas PIP kat tempat aku dulu, tapi sumpah ek,, aku tak pernah perasan dia,, aku pon tak ingat dia pernah ada ke kat sini dulu,,haha
gila memang gila. kenapa ek?? tapi aku ni jgn percaya sgt,, suka dan minat tu tak kan lama,, contohnye dia lah.. aku pernah minat gak nan dia sebelum ni,, kat fb gak,, tp sekejap jek,, bila kitorang chat balik tadi tu yang buat aku minat dia balik. adeh.. yang bukan2 jek aku ni,,hahahaha.. merepek2..
sudah lah.. dia tak kan boleh terima macam mana aku lah,,,, jgn berharap apa2 lagi..
HAHAHA
kpd MOHD ARDIAN SHAH,, even name awak same mcm nama saya,, jgn cuba2 buat saya suka kat awak eh!!! pening saya nnt..
hahahaha

Isnin, 2 Mei 2011

30 miscalls????

bagi aku 30 miscall cukup banyak bagi aku... perasaan aku?? sedih, gembira, terkilan, terharu bercampur aduk.
aku betul2 ta sangka yang dia akan ingt besday even dia bukan orang pertama yang wish.. aku tak kisah dia orang ke berapa pon,, yang penting dia tetap ingat aku. yang aku terkilan yang amat sangat ialah fhone aku pada ayu. dan aku tak tahu la yang dia call aku,, bayangkan 30 MISSCALL??? hebat beb!!!! tapi di sebabkan aku ta jawab call dia, dia anta mcg kat aku,, series beb!! aku menangis... series,, aku terharu sangat, yela,, tahun lepas dia tak ingat pon, aku yang call dia. dia cakap dia terlupa.. baik lah... kali ni aku tak nak berharap pape lah.. so aku biar je fhone tu ayu amek, ta sangka pulak....
pastu aku buka facebook aku, ada mcg.. dari dia juga... dia wish kt ctu gak!!! aku nangis lagi..
aku terharu sangat sebab dia sudu ingat aku!! kat dalam tu dia ada kasi video sekali,, lagu awan nano, HAFIZ AF7.. sebelum ni aku tak pernah dga pon lagu tu,, bukan tak pernah,, tp jarang dan tak tahu lagu tu pasal apa. rasanya tak perlu kot aku paste kat sini mcg dia. over la plak t kan.. hahahaha. tapi sumpah!!! aku terharu yang teramat sangat..

"awak!! percaya lah,,saya tak pernah lupakan awak pon!! terima kasih sekali lagi sebab ingat saya lagi. saya rindukan awak.. apa pon yang terjadi, awak tetap penting dalam hidup saya "

saya rindukan awak, "