Khamis, 3 Mei 2012

kehilangan satu persatu.
dulu, sentiasa berempat,
tak lame dulu tinggal bertiga.
sekarang tingal berdua..

bukan tak sedih! tapi aku dah lelah untuk menangis..
bukan tak punya perasaan, cuma aku ingin tunjukkan yang aku kuat!

aku kuat bila kalian kuat. aku takkan menangis bila korang tak menangis!
jadi tolong. jangan menangis lagi.
pleasee.. untuk aku.. please jgn nangis lagi...

sangat sakit. sangat perit! ya! aku tahu tu..
aku pernah kehilangan dlu. dan aku tahu sakitnya bagaimana..
dia salah satu harta yang aku ada..

bila dah macam ni. tolong lah jgn saling menyalahkan..
dah memang ini takdir yang dijanjikan..
tolong.. belum pon lame dia tinggalkan kita..
kenapa mesti berbalah??

aku tahu erti penyesalan.
aku kenal erti kesalan..
aku aku setiap orang masing2 ada dosa yang dibuat padanya.
sepatutnya kita berdoa supaya dia mengampunkan kita sebelum pergi.
kenapa mesti seksa dia lagi?? kenapa??
seperti yang kita tahu, dia pergi seorang diri,
tanpa ada seorang pon peneman di sisi..
kita tak tahu kesakitan yang dia rasakan ketika itu.
jadi. kenapa kita mesti tambahkan lagi seksaan dia?
dia yang berhadapan soalan2 malaikat maut seorang diri,
jd tlg jgn seksa dia lagi..

dalam pada ni. macam-macam benda berlaku..
kadang aku sendiri hampir rebah.
aku sendiri tak kuat..

raya pada tahun ini betul2 tak membawa apa2 makna lagi..

mood : sedekah alfatihah buat nenda tercinta yang baru pergi meninggalkan kami semua.
semoga segala amalan mu yang menolong kamu di sana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan