Rabu, 26 Disember 2012

Assalamualaikum mak. maafkan ain sebab dah lama tak jenguk mak. maafkan ain dah lama tak berbual ngn mak dlm blog ringkas ini. maafkan ain.
baru kali ini ain merajinkan tangan untuk mercerita dgn mak mlm ni. ain nak cerita dgn mak puas2. cerita yang tak pernah ain buat dgn mak dulu. ain tak pernah kongsi cerita dgn mak dulu kan? ain tahu.. tapi hari ni ain nak kongsi cerita dgn mak.

untuk pengetahuan mak, abg farid dah selamat kawen. dia dah selamat berumah tangga. dah ada tanggungjawab sendiri. bini dia org nogori. hidayah nama dia. alhamdulillah. dia baik orgnye. insyaallah agamanya kuat. mak jgn risau. abg farid dah berubah sekarang, berubah seperti yang mak nak dulu. berubah sebab apa? ain sendiri tak tahu, ape sebabnya tak perlulah kita pertikaikan. asalkan dia dah berubah. sungguh! sebak bila ain dpt tahu yang abg farid ada jumpa mak sehari sebelum dia g nikah tu. sebak!. ain sebak mak. nyaris ain tak nangis hari tu. kenapa? entah? mgkin sebab dia masih ingt mak. dia mintak restu mak sebelum kawen.. mesti dlm hati dia sedih kan mak? dia kawen. tapi mak tak sempat nk tgk dia kawen kan? sedih. memang sedih. dari abah ada, sampai mak ngn abah dah takda. baru skang jodoh dia sampai.. tapi. betul kata Afiq, dah jodoh dia sampai lambat, ape lagi yang boleh dikata. cuma perasaan terkilan tu tetap ada. mak nak tahu tak? abg farid buat kelakar mase nikah hari tu. mlm tu kak ida ada ckp nak buat air yasin tak? nak tenangkan hati. tp dia degil. bila kitorang suruh prctice akad, dia kate tak payah. nnt ikut jek apa yang dia kadi tu cakap. last2! ape yang dah jadi. lebih EMPAT KALI AKAD!! lawak2. belum lagi. mase pakaikan gelang, dia boleh pulak cium tgn bini dia. melawak ape abg farid tu? =.="
sangat lawak memang.. ahad ni long buat kenduri kecik2 untuk sambut menantu.. dgar2 belah pmpn tu nak dtg satu bas! masak2 nak masak nt. ahahahaha. 

mak,, ain rindukan mak. kalau mak ada lagi. mesti mak yang paling bising + risau pasal majlis tu kan? mesti punya. mesti mak yang paling semangat sebab dia nak kawen kan? mesti punya.. ape pon. ain tahu mak masih boleh tgk dia di alam sana...

babai mak..
Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan