dulu, kau pernah suruh aku lupakan kau.
aku cuba. walaupun susah.
dah akhirnya aku berjaya tetapkan hati aku untuk terima kenyataan yang kau memang bukan tercipta untuk aku.
aku tetapkan hati aku untuk lupakan segalanya tentang kau sejurus aku keluar dari kolej hari itu.
walaupun aku tak berjaya sebab kau sering kali muncul dalam khayalan aku mahupun mimpi aku.
tapi tak apa. sebab aku rasa mungkin itu untuk permulaan.
aku tetapkan hati lagi.
tapi bila kau datang hari itu, kau tanya aku dah ada pengganti ke.
kau kata lagi yang kau masih mencari seseorang.
dan sebab itu kau tanya aku sama ada aku dah ada pengganti atau belum.
masa tu, aku sedar mungkin aku ada harapan lagi,
kita masih ada harapan lagi untuk hubungan itu.
tapi,, apa yang aku sangka, bukanlah seperti apa yang aku harapkan.
aku salah lagi dalam membuat tangganpan.
bila akhirnya kau lenyap lagi macam selalu.
kau tinggalkan aku lagi dengan harapan tu.
mungkin kerana aku yang bersalah sebab jawab dengan nada yang seperti itu
menyebabkan kau tawar hati kembali.
mungkin,
ya mungkin.
dan kini aku tetapkan hati lagi
yang kita memang tidak selayaknya bersama..
aku tetapkan hati lagi walaupun perit.
macam waktu mula-mula aku buat dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan