Khamis, 26 Julai 2012

Raya aku pada kali ini.

Huh! Raya tunda? Huh! Kalaulah boleh terjadi, aku sanggup! Tak terungkap dengan kata-kata apa yang aku nak cakap tentang perasaan aku ni. Terasa hidup aku kosong! Sangat tak bermakna lagi. Terasa raye aku kali ni tak membawa apa-apa makna lagi. Tak bersemangat macam dulu lagi dah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku ceritakan satu persatu, rasanya air mata aku yang akan mengalir dulu. Kini aku tak se excited puasa macam dulu-dulu. Tak bersemangat nak beli baju raya kasut raya macam dulu. Tak nak balik rumah masa puasa pertama. Aku taknak dah lagi benda tu semua. Kenapa? Aku rasa hidup aku cukup kosong! Aku tak tahu macam mana nak ungkapkan. Aku sedih! Aku pilu! Aku rindu! Aku menangis..

Kalau lah aku boleh undur balik masa. Aku nak lagi rasa semua tu. Aku nak semua tu lagi. Tapi kini, aku rasa macam nak raye sorang-sorang jek kat sini. Sumpah! Aku perit! Perit sangat.. 

Maafkan aku bagi sesiapa yang terbaca blog aku ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan