Dalam diam, aku cuba kumpulkan kembali kekuatan diri yang kadangkala hampir tipis! Dalam sedar tak sedar, terasa baru semalam aku kehilangan dia. Dalam tak sedar, dia telah lama meninggalkan aku sendiri. Aku kuat! Aku tabah! Pada kasarnya sahaja. Tiap kali aku merinduinya. Aku pejamkan mata. Pejam mata rapat-rapat. Aku tak biar air mata tu jatuh lagi. Tapi tiap kali itu, tiap kalinya aku gagal simpan air mata tu.
Cinta yang tak pernah aku ungkapkan dulu, masih kekal dalam hati. Dan aku tahu dia juga cintakan aku pada sejak aku muncul dalam hidup dia sedari dulu hingga kini. Maafkan aku andai aku tak cukup kuat! Maafkan aku andai satu hari nanti, aku tersungkur angkara rindu yang teramat. Maafkan aku andai satu hari nanti, janji yang aku metrai, tak pernah aku tunai.
Maafkan aku.
Alfatihah untuk dia yang aku cinta. Selamat Menyambut Ramadhan. Ramadhan juga yang saksikan kepergian kau dari hidup kami semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan