Khamis, 19 Julai 2012

Malam td aku mimpi dia.. Aku rindu dia.. Dalam mimpi tu dia kate dia lapar.. Dalam mimpi tu kitorang makan same-same kat kedai. Dalam mimpi tu aku jumpa dia. Dalam mimpi tu.. Arghh! kalau aku tak kawal emosi aku ketika itu! Sudah pasti aku akan menangis menjerit-jerit di tengah-tengah malam. Itu sudah pasti.. Aku rindukan dia. Bukan aku menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma aku belum cukup kuat untuk semua itu. Seringkali aku mengalirkan air mata sebelum tidur. Di kala bilik gelap. Di saat yang lain sedang tenggelam dengan mimpi masing-masing. Aku pula, sukar melelapkan mata. Masih terngiang-ngiang segala yang berlaku dulu. Rasa menyesal yang masih menebal. Rasa ingin mati yang kadang kala menghasut diri. Cukup! Aku tak kuat lagi. Apatah lagi dah nak masuk bulan puasa. Sedih bila aku bayangkan aku tak dapat sambut puasa bersama-sama lagi.. Bila setiap pagi raya tak da lagi orang yang nak jerit-jerit panggil nama aku suruh bangun. Dah takda lagi dah.. Aku sedih!

Alfatihah untuk emak.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan