Mule-mule sampai kitorang nampak Kg. Sungai Lembing ni macam pekan kecil yang macam takda pape. Rupenye meriah jugak malam tu sambutan orang kampung kat situ. Siap bakar mercun merdeka gitu.. Hahaha. Mesti uolss. tertanya-tanya Sungai Lembing kat mana dan ape yang ada kat situ kan?? Sungai Lembing ni 40 Km dari bandar Kuantan. Ape yang ada? Macam-macam ada.. Salah satunya ialah Muzium Sungai Lembing.
31 Ogos 2012
Kitorang g Muzium Sungai Lembing sebagai lokasi pertama. Muzium ni cerita tentang sejarah perlombongan bijih timah yang terbesar di Malaysia atau Pahang Consolidated Company Ltd (PCCL). Menarik dalam muzium ni sebab dia tunjukkan proses mase dlm lombong tu.
1.MUZIUM SUNGAI LEMBING
Lepas tu kitorang shoot lak gi Jambatan Gantung Kolong Pahat. Jambatan ni jambatan tertua kat Sungai Lembing ni. Berusia lebih 100 tahun. Tali yang digunakan untuk buat jambatan tu ialah bekas kabel ape ntah kat lombong tu. HEHE
2. JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT.
Lepas tu kitorang g merayap masuk hutan lak. SI ROY lah ni dok mengada. tengah hari buta merayap dalam hutan. Nasib lah takda benda buruk yang berlaku. Dah penat-penat berjalan, kitorang g cari makan. Rehat-rehat jap pastu gerak g cari Gua Charas lak. Aku ingat Gua Charas ni gua ape lah. Ingat best sangat. Rupanya, panjat punya panjat, kitorang jumpa tempat Sleeping Budha. Pulakk. Aku ingt gua ni menarik. Rupanya tempat orang-orang Budha buat upacara. Bayangkan lah.. masuk2 jek nampak org india dlm tu. DAN! ONLY us jek yang ada dalam gua tu. Nampak tak peliknye kat situ. Only us is MALAY people. So sadd. BTW, kitorang teruskan jugak masuk sampai dalam dan tgk ape yang ada. Dapat gak jumpa SLEEPING BUDHA yang dicari tu. tapi kitorang tak amek po gambar dia.
tapi.. ada tapi nya.
3. GUA CHARAS
kami masih lagi sempat snap pic depan pintu gua ini.. HEHEHE
Pada sebelah malamnya pulak, kitorang pergi ke Teluk Cempedak atas cadangan HANIM sebab dia kate tempat tu best. Banyak lampu-lampu. Teluk Cempedak ni pantai yang ada kat Kuantan lah. Banyak gerai-gerai yang jual souvenir.
4. TELUK CEMPEDAK
Tu kisah hari pertama kitorang. Ini kisah hari hedua kitorang lak. 1 SEPTEMBER 2012. Malam tu, kitorang plan, esok pagi nak naik Bukit Panorama. Sebab nak tengok mtahari terbit pagi-pagi. Kitorang punya lah bangun SEAWAL 5.30 pagi. Sebab nak panjat bukit yang aku katakan tu. Tapi Si Roy ni lah bangun lambat. Jadi kitorang gerak 6.30 pagi. Tapi apa yang dinamakan sebagai bukit tu bukan lah seperti bukit yang disangkakan. Indah kabar dari rupa. Kenapa? Kita kene panjat tangga untuk naik ke bukit tu. Tapi panjat punya panjat tetap tak sampai-sampai. Ok. Aku cakap bukit tu sebenarnya gunung! GUNUNG!! Tinggi OK! Nak mati aku panjat gunung tu. Series aku cakap. Gunung tu tinggi. Roy awal-awal dah surrender. Aku pon hampir2 surrender. Tapi disebabkan bantuan dan semangat yang Akmal bagi. Aku sampai jugak. Tapi aku lah yang last sampai. Epul dialah yang paling awal sampai sane. Niza lak kalau bukan disebabkan Epul tak bawak camera, aku rasa dia pon tak sampai puncak tu. Tapi series aku kata. Aku taknak naik BUKIT tu lagi. Series penat woii. Mane tak nye. Aku ni dah la da lame tak wat keje2 cmtu. Bangun2 tdo terus panjat gunung. Dengan tak buat stretching. Nak jadi pon aku ta tahu lah. Yang paling kelakar bila aku jatuh tergelincir mase nak turun gunung tu. HAHAHAHAHA. tak boleh kata ape dah. KETAWA jek boleh. KELAKAR ok.
5. BUKIT PANORAMA
akhirnya!!!
si gile ni boleh pulak jatuh time2 camni
ni salah satu pemandangan dari atas gunung tu.
Sebelum balik Johor, kitorang pergi ke lokasi terakhir yang berubah di saat-saat akhir. Mula2 nak g kolam air panas. Tapi tukar g Air Terjun Sungai Pandan lak..
6. AIR TERJUN SUNGAI PANDAN
Tu jek lokasi-lokasi yang sempat kitorang jalan. Seronok sebenarnya berjalan ni. Walaupon penat. Banyak karenah dan ragam kawan-kawan masa kat luar. Sekaligus merapatkan silaturrahim sesama kita. Cheeewaah. hehehe.
Akhir sekali wabillahitaufikwalhidayah.. assalamualaikum.....
daaa semua..
info Sungai Lembing : (wikipedia) http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan