Semalam kau telefon aku. Kau tanya aku nak couple dengan kau lagi tak, aku tanyakan tentang mia, bukan ke kau orang masih couple? Tapi kau cakap korang dah putus. Baru sehari korang putus. Kau kata lagi mia curang. Kau kata kau marah sangat, kau benci sangat. Aku terdiam mendengar cerita kau. Benarkah? Bukan kah mia amat sayang pada kau? Bukankah kau cinta pertama mia? Bukan kah mia tak nak kehilangan kau lagi? Aku semakin tak paham. Sepanjang malam itu kau ceritakan tentang mia, tentang kau, tentang hubungan korang yang kononnya sudah tak bahagia, tentang perasaan kau, tentang rasa kecewa kau, tak apa, aku sedia mendengar semua cerita kau satu persatu tanpa banyak memberikan komen. Aku sanggup bertahan melawan rasa mengantuk demi kau. Kau menangis dan aku pun menangis. Kita menangis bersama-sama dengan cerita sedih itu. Kita akhiri perbualan itu setelah kau penat dan rasa mengantuk, setelah kau rasa puas dan lega dangan meluahkan semua perasaan kau pada ku malam itu. Di akhir perbualan itu, kau tanya lagi pada aku sama ada nak couple dengan kau lagi atau tak, aku jawab beri aku sedikit masa untuk aku fikir buruk dan baiknya. Bukan aku tak sudi atau aku dah tak sayang kau lagi, tapi aku cuma perlukan masa untuk berfikir. Tapi kau jawab kau sanggup beri aku masa untuk itu, kau tak kisah akan tu. Kau kata lagi,, ambillah sebanyak mana masa yang aku nak asalkan jawapan itu adalah positif. Aku hanya tersenyum dan memberi salam sebelum mengakhiri perbualan itu.
Pagi itu, satu mesej good morning datang dari kau. Aku terharu. Hari itu kita berhubung lagi, maksud aku kau hubungi aku lagi. Kita bercerita tentang kehidupan seharian masing-masing. Aku katakan padamu yang aku hidup sendirian semenjak kau tinggalkan aku setahun yang lalu. Kau hanya tertawa. Kau kata kau tak percaya, kau kata “ tak kan lah awak tak pernah couple lagi selepas kita putus dulu? Kan awak dah masuk kolej, tak kan tak ada sesiapa yang awak suka? Mesti banyak lelaki yang lebih hensem dari saya, awak tipu ni,” aku hanya ketawa. Dia jadi pelik kenapa aku tertawa. Buat apa aku bohong? Apa yang aku dapat kalau bohong? Aku dah agak kau tak kan percaya. Kau nak tahu kenapa? Aku tak pentingkan rupa yang hensem atau sebanyak mana harta dia, yang aku nak hanyalah kau, kau! Aku masih sayangkan kau, bagaimana aku boleh pura-pura sayangkan orang lain? Jujur, memang ada seorang dua yang nak couple dengan aku, tapi aku yang tak nak, sebab aku hanya nakkan kau.
Malam itu kau telefon aku lagi, kita berbual-bual seperti biasa, dari hal semasa sampai ke kehidupan masing-masing. Aku kirimkan salam untuk makcik. Mak kau maksudnya. Kau kata kau rindukan aku, kau rindu nak kene marah dengan aku, rindu nak kene membebel dengan aku. Rindu dengan sikap tak kisah aku, rindu dengan sikap aku yang keanak-anakan, rindukan semuanya tentang aku dan tentang kita yang dulu. Aku tahu, kau masih mengharap tapi tak nak memaksa aku sebab kau dah bagi aku masa. Benarkah kau rindukan semua tentang aku? Bukan dulu kau sendiri yang kata kau bencikan segalanya tentang aku, kau bosan segalanya tentang kau, kau benci dengan sikap aku yang suka marah-marah, kau bosan dengan sikap suka membebel aku, kau bosan dengan sikap tak matang aku, kau rasa aku tak sesuai dengan kau. Aku masih ingat lagi setiap apa yang kau kata pada aku dulu. Kau kata mia lebih baik, dan kau kata lagi, kau dah lama sayang mia, sejak kita belum bertemu. Kau kenal mia sebelum aku, dan kini mia sudi couple dengan kau, dan pastinya kau takkan sia-siakan peluang yang ada untuk bersama-sama orang yang kau sayang. Atau....aku yang salah dengar? Tidak!! Aku yakin aku tak salah dengar.
Hari minggu itu kita keluar bersama-sama, kau bawa kau tengok wayang, jalan-jalan dan makan. Aku sangat terhibur, aku merasa kalaulah masa terhenti seketika, hanya untuk kita berdua, alangkah indahnya. Masa tu, kau kata kau paling suka tengok cerita ganas, tapi mia pula suka tengok cerita romantik, kau kata, korang sering berbalah dalam memilih filem yang nak tengok. Akhirnya kau orang putuskan untuk pergi makan sahaja, tak jadi tengok wayang. Selalu begitu katanya. Hahah aku hanya ketawa sahaja, tak tahu apa yang perlu aku komenkan. Kita jalan-jalan lagi, kebetulan kita lalu depan kedai aiskrim. Aku ajak kau makan aiskrim dan kau bersetuju, kau kata dah lama tak makan aiskrim dengan aku, kau kata lagi, kau masih ingat lagi yang aku suka sangat makan aiskrim, terutamanya perisa strawberry. Oh! Ingat lagi kau rupanya. Kita sambung berjalan-jalan sambil makan aiskrim, kau cerita lagi yang mia tak suka makan aiskrim, takut gigi rosak katanya. Aku tersenyum Cuma. Kau cuba bandingkan aku dan mia. Tentulah kami berbeza, bagai langit dan bumi, hahaha,,. Petang itu, kau bawa aku ke pantai, pun kau kata, aku ingat lagi yang aku suka pantai, kau kata, kau masih ingat lagi segala kenangan-kenangan indah kita dulu, dan kau beria-ia ingin buatkan aku gembira macam dulu lagi. Simpan kenangan kita. Kita jalan tepi pantai, main air, aku percikkan air laut pada kau dan kau pun sama, akhirnya kita sama-sama basah kuyup, aku gembira. Memang aku dah lama tak pergi pantai, sejak kita berpisah, aku sendiri dah lupa pada apa yang aku suka dulu. Setelah penat main air, kia duduk di atas batang kayu yang sudah patah, tanpa sedar kau kata mia tak suka pantai, takut gelap katanya. Ah! Mia lagi. Sebelum maghrib, kita pulang, kau hantar aku balik ke rumah. Dalam perjalanan, kau kata kau sangat gembira hari ini, kau kata lagi, kau dah lama tak segembira ini. Bohonglah, kau tak pernah bahagia dengan mia ke? Ah tak pula aku tanyakan itu, biarlah, aku malas nak hancurkan mood gembira dia itu.
Kira-kira sudah seminggu kita berhubung, tapi aku sedar aku masih belum buat keputusan, sedangkan aku masih tak tahu apa keputusan yang bakal aku buat. Dan aku juga percaya, lambat laun kau pasti akan bertanya tentang itu. Tepat sekali telahan aku itu, malam itu kau ajak aku makan malam bersama di luar, aku hanya mengenakan t-shirt berwarna kesukaan ku, merah dan seluar jeans longgar. Tepat pukul 8 malam, kau sampai di depan rumah aku, kau pakai t-shirt putih tanpa kolar dengan sedikit corak abstrak warna merah. Hmm, t-shirt yang pernah aku hadiahkan pada kau dulu sempena hari lahir kau dulu. Baju kesukaan kau katanya. Malam itu, kau bawa aku ke tempat kegemaran kita dulu. Malam itu terasa sedikit kelainannya, sedikit romantik dengan sebatang lilin di tengah dan meja yang di tempah di hujung dan jauh dari orang ramai, dari meja ini, kita boleh tengok laut dengan jelas. Selepas makan, kau tanya aku tentang keputusan aku. Dan aku hanya diam.
“ sarah, saya rasa masa yang saya bagi sudah cukup untuk awak buat keputusan, dan saya harap awak sudi kembali pada saya. “
“ shah, mungkin awak marah dengan apa yang bakal cakap ni,tapi saya nak awak tenang dan cuba fahami saya”
“ maksud awak, awak tak sudi nak kembali pada saya? Begitu?”
“ look, dengar sini, kalau awak tanya soalan ni setahun dulu, dengan senang hati saya terima, kerana saya sayang awak, bukan maksud sekarang saya dah tak sayangkan awak, sampai sekarang pun rasa sayang saya pada awak tak pernah kurang sedikit pun. Tapi..”
“ tapi apa sarah? Apa? Kan senang awak cakap awak tak sayang saya lagi dari awal? Kan senang, tak payahlah kita bazirkan masa keluar bersama. Tak kan awak tak terkesan langsung dengan apa yang saya dah lakukan untuk awak seminggu ni? Saya dah threat awak dengan sangat baik dengan harapan awak sudi kembali pada saya. Tapi apa? Apa balasan yang saya dapat? Awak ingat saya apa? Tempat awak nak bermain? Macam tu? Awak sia-siakan peluang ni, peluang awak tak dapat dulu, bukankah awak nak kita kembali bersama dulu? Kenapa?”
Aku terpempan mendengar kata-kata kau, kau tak pernah cakap dengan aku dengan suara macam tu dulu, kau tak pernah marah aku dulu, kau tak pernah tengking aku dulu, tak pernah herdik aku macam ni sekali, kau malukan aku depan orang ramai. Kenapa shah? Dan,,, aku ni nampak macam terhegeh-hegeh dengan cinta kau sangat ke shah?
“ awak tak pernah macam ni dulu,”
“maksud awak?”
“ awak tak pernah marah saya dulu, awak tak pernah tengking saya, tak pernah herdik saya macam ni sekali,buat saya malu depan orang ramai, awak dah berubah, memang semua orang berubah, tapi kenapa sampai macam ni sekali awak berubah? Saya tak boleh terima ni, awak tak ikhlas shah, dari dulu awak tak pernah ikhlas dengan saya.awak Cuma jadikan saya medium untuk balas segala apa yang mia buat kat awak. Awak bencikan dia, awak marahkan dia, tapi saya yang awak maki, saya yang awak lepaskan segalanya. Awak kata awak sayang saya dan menyesal tinggalkan saya dulu sebab mia, awak kata awak nak mulakan hidup baru, buka buku baru dengan saya, tapi apa yang saya perasan, sepanjang kita keluar, awak asyik berkata tentang mia, semua mia, mia itu, mia ini, awak ingat saya tunggul? Tak ada perasaan? Sampai saya terfikir saya yang bermimpi yang awak nak couple dengan saya. Kalau betul awak nak kita couple balik, kenapa awak tak cuba untuk jaga hati saya? Awak sendiri tahu yang saya cukup terluka dengan apa yang awak buat pada saya dulu, kalau saya terima awak sekarang, mungkin suatu hari nanti awak tinggalkan saya lagi macam dulu, demi mia, dan saya kehilangan lagi,dan tentu itu sangat tidak adil untuk saya. Saya tak nak couple yang hanya nak buat saya sakit hati. Saya tak nak kecewa lagi, saya cukup serik dengan semua tu. Awak sedar tak yang awak tak ikhlas dengan saya?? Sedar tak yang awak tak adil dengan saya?”
Aku tak mampu lagi untuk menahan air mata dari terus menitis. Aku menangis lagi. Puas rasanya dapat luahkan perasaan macam ni, lega rasanya dada aku ni, aku menangis dan menangis lagi di hadapannya. Aku dah tak peduli lagi apa yang orang lain akan cakap, aku tak peduli tu, kerana ini masalah aku, kehidupan aku. Shah ku lihat sedang terkulat-kulat di depan aku, mungkin masih tak percaya tentang apa yang aku katakan tadi atau rasa bersalah. Akhirnya dia menghulurkan tangan mengelap air mata aku. Sama seperti yang pernah dia lakukan dulu, ketika aku sedih. Dan aku rasa tenang di perlakukan seperti itu, terasa macam aku dilindungi, rasa selamat. Tapi,, adakah dia ikhlas? Aku minta maaf dan segera berlalu, aku pinta agar tidak menghantar aku pulang untuk hari ni, biarlah aku tenang dulu. Aku minta dia fikirkan dulu sedalam-dalamnya tentang apa yang dia inginkan sebenarnya, aku atau mia. Dan kalau mia, aku ikhlas untuk mengalah, kerana bagi aku, cinta tak boleh dipaksakan. Aku akan rasa gembira jika dia pun gembira. Senyuman shah sudah cukup untuk aku rasa tenang dan yakin yang shah bahagia. Dan jika dia tetap memilih aku, aku minta dia benar-benar ikhlas terhadap aku kerana aku pernah terluka dengan perbuatan dia suatu ketika dulu. Aku tunggu keputusan kau. Apa pun keputusan yang kau buat, aku terima dengan reda dan ikhlas... dan pastinya kisah ini ada sambungannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan