Ahad, 30 Jun 2013

DON'T FOLLOW THE RULES

Assalamulaikum.

Bagi aku, kehidupan ni tak perlulah terlalu skema sangat. Terlalu mengikut buku. Follow the rules from A to Z. Tak perlu kot. Tapi tu yang aku buat dari dulu. Seingat aku dulu, aku tak pernah atau jarang buat kesalahan yang boleh dikatakan berat yang boleh masuk bilik disiplin. I guess. Yelah. Dulu aku tak pernah datang lewat g sekolah. Tak pernah ponteng kelas. Belum pernah lagi panjat pagar sebab nak balik awal. Meniru masa exam. Kalau setakat nak tanya jawapan masa exam ni pon aku belajar masa kat kolej lah. Tak pernah pulak aku kurang ajar dgn cikgu. Errmm. Ape lagi ek term kesalahan yang biasa student buat? Bergaduh? Aku tak pernah cari masalah atau musuh masa zaman sekolah dulu. So takda sebab untuk aku bergaduh kat sekolah.

Yelah. Since darjah 1 lagi aku duduk kelas 1st yang semuanya budak2 baik. "skema" tu rasanya bukan terms yang sesuai untuk dorang. Sangat tak sesuai. Hahaha. Ouh! Kelas 1st? Mesti korang bayangkan aku seorang budak yang suka baca buku, yang duduk kat depan kelas, yang selalu angkat tangan nak bertanya atau jawab soalan, yang selalu dapat result yang baik setiap kali ujian atau exam? Tak. Tu bukan aku sama sekali. Sebab aku sangat lah malas nak belajar. Aku tak pernah dapat jawab setiap kali cikgu tanya aku soalan, dan aku selalu dapat no 1st dari belakang. Atau lebih tepat sekali, nombor last atau tercorot dalam kelas. Well. Korang boleh gelak. Sebab aku memang lah tak pandai mcm korang. Sampai sekarang pon aku belajar untuk setakat pass. Tak pernah dapat Dekan pon.

Apa yang aku nak cakap kat sini. Kita tak payah lah nak skema sangat dalam kehidupan ni. Macam aku. Sebagai pelajar, aku pelajar yang baik. Tapi bukan skema. Kenapa? Aku masih jugak buat kesalahan. Dan kesalahan yang aku biasa buat ialah selalu tak siap kerja dan selalu tak bawak buku g sekolah. Kalau masalah selalu tak bawak buku mase aku sekolah rendah dulu. Masa darjah satu. Setiap hari mesti ada jek buku yang aku tak bawak. Aku pon tak paham macam aku boleh tak bawak buku tu. Sedangkan arwah mak aku dah jadualkan buku aku siap2. Aku pon tak paham. Yelah. Masa tu aku mane reti nak jadual buku. Hahaha. Aku belajar jadual pon kak ngah aku yang ajarkan. Mase tu mak kat kg. Uruskan kenduri. Sebab mase tu arwah Atok Wak baru meninggal. So kak ngah yang take part jage aku jap sebelum mak aku balik. Dan masalah kerje sekolah tak siap tu sampai ke kolej masih tak ubah-ubah. Tak paham aku. Hahaha. Kat kolej tu barulah aku belajar sikit-sikit cmne nak break the rules. Antaranya, aku balik kolej selepas jam 7 malam. Sometimes. Hehehe.

Kesalahan yang terberat aku ialah, phone aku kene rampas dgn cikgu. Tu je kot rasanya kesalahan aku yang paling teruk. Lain tak pernah kot. Bagi aku, tak salah kot kalau korang nak langgar peraturan. From that, korang boleh menilai kehidupan. Boleh enjoy kehidupan yang org2 skema tak boleh rasa. Sebenarnya best tau break rules ni. Asalkan korang tak buat kesalahan yang terlalu berat seperti membunuh, dadah dan gejala sosial lain yang ada. Bagi aku tu bodoh. Kenapa? Kalau korang membunuh, at the end korang jugak yang mati kat tali gantung. Dadah pulak dah mcm sampah masyarakat. Dan satu lagi aku nak cakap. Sebelum nak buat sesuatu kenakalan tu, ingat balik muka-muka yang lahirkan korang, yang suapkan korang makan, yang jaga korang masa korang sakit, yang susah payah kerja siang malam nak bagi korang makan, yang tiap2 malam bangun malam buat solat tahajud yang mengaji yang berdoa sepanjang malam untuk kesejahteraan korang. Ingat balik muka-muka tu semua. Kalau korang sedar siapa mereka pada korang, jadi jangan pernah malukan dorang. Jangan pernah kecewakan mereka. Jangan pernah.


#Kadang-kadang dari kenakalan yang kita buat masa kat sekolah dulu lebih mengajar kita lebih 1001 pengajaran tentang kehidupan. Yang memberikan kita 1001 memories yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan