Ahad, 9 Jun 2013

Assalamualaikum,


Pada usia 21 tahun ni, aku dah banyak menyaksikan perkahwinan kawan-kawan aku. Ramai jugak yang dah kawen. Adalah dalam tak sampai 10 org. Termasuk yang tak rapat dengan aku. Di usia 21 tahun. Ya aku tahu itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Tapi dah jodoh sampai awal, kenapa mesti tolak kan? Sampai bila nak bercouple kalau yang halal dah mampu. Betul tak? Belum lagi kawan-kawan aku yang dah bertunang. Stage pertama sebelum mendirikan rumah tangga. Sungguh. Aku turut bahagia dengan kebahagiaan dorang. Buka FB, kawan yang ini tunang. Buka Twitter, yang itu pulak bertunang. Baru tadi, sorang lagi kawan aku dah tunang. Alhamdulillah. Tahniah Piqa. BTW. Nanti kawin kau aku datang. Boleh kan? Lepas tu aku tengok diri aku sendiri. Aku pandang orang sekeliling aku. Masing2 bahagia dgn pasangan masing-masing. Ada jugak yang baru nak temui dorang punya soul mate. Ada yang dah rancang nak tunang. Ada jugak yang rancang nak kawin. And i'm here. Alone. 




Bukan tak nak cari. Bukan tak nak try cari lagi. Bukan jugak memilih. Cuma i'm just tired to try everything and anything. Chase the one who never worth for it. Penat. Aku dah penat untuk sakit hati. Penat untuk makan hati. Penat untuk kecewa. Penat untuk menangis walau sepayah mana aku cuba untuk bertahan untuk tidak menangis. Aku cuma penat. Tapi bila mana aku terpandang kawan-kawan aku yang dah tunang dan kawin ni, buat satu perasaan yang halus dalam hati ini. Dan ianya sangat menyesakkan dada aku. Cukup buat aku sesak nafas. Sukar untuk bernafas. Kenapa? Kerana aku juga ingin merasakan hal yang sama. Aku cemburu dengan rasa itu.




Tapi aku mulai sedar. Takda benda yang perlu dirisaukan. Bila tiba masanya nanti, aku juga akan merasakan bahagia yang sama. Cuma cepat atau lambat sahaja. Sekuat mana aku berharap dia menjadi jodoh aku, tapi memang bukan dia yang tertulis untuk aku, sehebat mana pon aku pertahankan. Dia takkan pernah jadi milik aku. Jika memang dia yang tertulis untuk aku, sejauh mana pon kami, sekuat mana pon dia tolak, buang aku dari hidup dia kami akan tetap bersama. 




Dan aku tahu, kalau bukan dia tercipta untuk aku, that's mean that Allah has planned the better planning to me. Kalau bukan dia tercipta untuk aku, bermakna bukan dia yang mampu melengkapi segala kekurangan aku. Yang mampu mencintai aku seadanya aku. Bukan dia. Dan aku redha dengan segala ketentuanNya. And its mean to that i am not good enough for him. Just know that. Ye. Aku tahu, aku bukan lah perempuan yang boleh dicategorikan sebagai perempuan baik2. Memang nampak baik jek. That'y Allah tak bagi aku dengan dia. Sebab aku jahat. Dan Allah bagi aku peluang untuk perbaiki diri aku untuk aku dapatkan yang terbaik untuk aku. Mungkin.




Tak dinafikan yang setiap perempuan jenis-jenis lelaki idaman mereka. Aku? Aku pon sama. Aku cuma mahukan seorang lelaki yang mampu menerima aku seadanya. Tidak sempurna. Tapi mampu menyempurnakan hidup aku. Saling melengkapi. Seperti yang pernah aku mention dalam entry aku yang lepas. Dan aku tak tahu yang aku mampu atau tidak untuk menanti saat itu tiba. Dan sekarang aku hanya menyerahkan 100% pada takdir aku. Kenapa? Kerana aku dah benar-benar pasrah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan