Sabtu, 3 Ogos 2013

Buat Hari Ini. Takut Tiada Lagi Hari Esok

Hari ini. Actually bukan hari ini. Tapi dulu lagi. Dari dulu lagi aku belajar sesuatu. Aku belajar sesuatu tentang kehidupan. Pada aku dulu, kalau tak sempat buat hari ini masih ada lagi hari esok. Sedangkan hari esok belum tentu ada. Sedangkan belum tentu peluang tu ada. Belum tentu.

Pada aku dulu. Kalau aku terlupa salam tangan mak, aku beranggapan masih ada lagi hari esok untuk aku buat sedemikian. Tapi hari esok tu bukan lagi untuk aku. Sebab hari itu adalah hari terakhir untuk aku. Itulah yang kali terakhir. Itu lah kali dan peluang terakhir untuk aku. Itulah yang terakhir.

Pada hari ini. Saat aku tenung skrin laptop ini. Mengenang setiap memori-memori lama. Setitik air mata menitis di atas meja kecil ini. Aku seka. Aku tahan. Aku tarik nafas. Berharap takkan ada lagi air mata yang jatuh. Berkali-kali aku ulang benda yang sama.

Aku ingat lagi hari terakhir aku dapat cium tangan dia untuk hari terakhir. Aku ingat lagi. Masa tu aku ingat ada lagi hari esok untuk aku. Rupanya takda. Kalau aku tahu, tak mungkin selangkah aku pergi. Tak mungkin. Kalau aku tahu dia yang akan melangkah jauh. Kalau aku tahu. Tapi aku tak tahu. Dan aku menyesal sekarang.

Bila terkenang memori dulu-dulu. Aku banyak sakiti hati dia. Aku banyak buat dia terasa hati. Aku banyak.

Rasanya aku tak mampu untuk menaip untuk entry kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan