Rabu, 3 Julai 2013

KAHWIN

AKU TERIMA NIKAHNYA

Assalamualaikum. Selamat malam. 

Malam ni aku amek mood sikit nak update entry baru. Tajuk KAHWIN.

Tolong jangan ingat aku. Jauh lagi tu.. 

Bagi aku, perkahwinan ni sangat penting. Sangat-sangat-sangat penting. Its not about pentingnya Kahwin. Tapi perkahwinan tu merupakan perkara penting. Paham tak? Ke tak paham? Yelah. Dia penting sebab benda ni bukan perkara yang boleh bawak main-main. Sekali seumur hidup. Tu pon kalau jodoh panjang sampai akhir hayat. Jangan ingat kahwin ni senang tau. Kau kene rancang dari segi kewangan sampailah majlis tu tamat. Semuanya kene rancang. Bukan pakat main aci redah je. Bukan. Cuma bezanya betapa simplenye majlis korang hingga ke betapa vogue nye majlis korang. Even majlis yang paling simple pon payah jugak tau. Semua tu tetap memerlukan duit. 

Ok. Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.

Aku percaya. Dan aku sangat yakin. Setiap orang mesti ada wedding dreams memasing kan. Mesti punya. Sebab aku pon ada. Even majlis aku lebih simple dari korang punya majlis. Tapi dah cukup memadai. Bagi pendapat korang lah. Korang nak terus nikah atau ikut adat siap ada merisik dgn tunang dulu? Kebanyakkan nye mestilah nak ikut adat. Merisik dgn tunang dulu kan? Manis sikit kata org.. Dan bagi korang, pertunangan tu harus dihebahkan atau dirahsiakan? Bagi aku ni pilihan masing-masing. Boleh nak rahsiakan. Boleh jugak nak hebahkan. Tak salah semua tu. Sebab kalau aku pon, aku nak rahsiakan dulu. Yang tahu cuma sedara dekat dengan kawan rapat jek. Buat apa nak meriah sangat kan? Tunang je pon. Cukup keluarga aku, keluarga tunang dan jiran kiri kanan ni. *Elak buah mulut. Tapi. Ada tapi lagi. Bukan ni yang aku nak cerita. Ada sorang akak tempat aku kerja ni. Baru jek tunang ahad lepas. Dia punya nak rahsia ni, sampai membe tempat kerja pon tak boleh tahu. Ok. Itu aku considerate lagi. Sebab aku pon akan buat benda yang sama nanti. Ni sampai tarikh perkahwinan dia pon dia taknak bagi org kilang tahu. Ya aku tahu ni baru lagi. Aku paham. Tapi gaya dia cerita, dia macam taknak satu pon org tahu yang dia nak atau dah kahwin nanti. Dah dia pon tak kisah even membe2 dia tak dtg majlis dia nanti. Eh kalau macam tu kau nikah jelah. Tak payah nak ada sanding, kemah bagai. Tak payah. Habis cerita. Time tu jangankan membe kilang, orang kampung pon tak tahu kau dah kawen. Pathetic kan? SANGAT!!

Belum lagi cerita pasal tarikh kawin tu. Tarikh kawin pon belah lelaki yang buat keputusan. Takda perbincangan dua pihak yang nk kawin tu lgsg. Dan pihak lelaki pilih tarikh yang time tu shipment tengah banyak. Dapat bayangkan mcm mana kau nanti? Terkejar sana sini nak siapkan sebelum kau kahwin. Dapat tak bayangkan? Kan ke dah susahkan diri kau sendiri. Then bila aku cakap, bincang lah balik. Dia kata. Biar jelah. Daripada tak kawin langsung. Aku? Ouh. Diam jelah. Tuan badan dah cakap mcm tu. No. Its not about tak kawin lgsg. Kalau dah jodoh cepat lmbt kawin jugak kan? Paham. Idea budak kecik macam aku ni memang tak boleh guna pakai. So aku diam jelah sepanjang lunch tu. Takda benda yang menarik boleh aku sampuk. Yang akak sorang ni backup aje lah akak tu. Sokong aje lah semua. Dorang kan most same age.

Series la. Nak kawen ni bukan senang ek? Dia nak buat majlis ni hujung tahun ni. Lagi bape bulan jek tinggal. Banyak benda yang nak kene buat ni. Tapi..

Tapi kesimpulannya bukan aku yang nak kawin dan idea budak kecik mcm aku ni memang tak boleh pakai. Ok. That's all. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan