Sabtu, 9 Mac 2013

kusangkakan panas sampai ke petang. rupanya hujan ribut di tengah hari. itulah peribahasa yang boleh aku sampaikan waktu ni. tu yang aku rasa sekarang ni. perasaan yang selama aku tahan-tahankan. sakit. memang lah sakit. bohong lah kalau tak sakit.

bnyk sebenarnya aku nak cakap. tapi aku tak mampu nak kata banyak2.

kalau kau tahu kau tak boleh terima aku, kenapa kau datang balik masa mula-mula aku struggle nak lupakan kau dulu. kenapa? kenapa kau bagi balik harapan yang kau sendiri tahu kau tak mampu nak tunaikan harapan tu. kenapa kau buat mcm tu? aku nak tahu jawapan untuk soalan yang itu jek. yang lain aku taknak tahu. kenapa kau seksa aku macam ni? kenapa? 

dan sekarang macam biasalah. aku dipaksa untuk lupakan kau macam dulu. huh!! macam yang kau nak kan? ya aku akan tunaikan hasrat kau kali ni. aku tak benci kau. TAK PERNAH BENCI KAU pon. cuma... yang aku bencikan ialah DIRI AKU SENDIRI. aku cukup bencikan diri aku sendiri kerana cepat jatuh pada cinta yang sebenarnya tak ikhlas...

tapi tak pelah. aku dah lama sebenarnya terima keadaan tu. lama dulu. semua org tak tahu. 

sakit.. memang sakit. aku sakit sebab kau buat aku mcm ni twice!! rasanya kau ni tak sihat kot. patutnya kau  g buat check up mental kot bagus.. sakit mental mcm abg aku jugak agaknye kau ni..


Ya Allah. aku dah tak larat dah.. kenapa aku tak pernah dapat kebahagiaan mcm org lain? ape kesalahan yang aku buat dulu sampai aku dapat balasan mcm ni sekali? 

apa pun, aku tetap redha dan terima dgn hati yang terbuka. mungkin jodoh aku belum sampai lagi. mungkin juga Allah bagi aku peluang untuk menjadi baik untuk dapatkan yang terbaik? Wallahuallam. 

dan start sekarang, aku takkan lagi berkata tentang hati dan perasaan lagi. biarlah ini yang kali terakhir. lebih baik aku mencintai Allah, mencari redhaNya yang selama ini aku tinggalkan..

*untuk awak. sekali lagi saya kata kan. SAYA TAK PERNAH MEMBENCI AWAK. DAN SEPEMERGIAN SAYA INI, SAYA HARAP AWAK MENCAPAI KEBAHAGIAAN YANG AWAK NAK. ANDAI KITA TERSELISIH ATAU TERSEREMPAK DI MANA-MANA, BERJANJILAH DGN SAYA YANG AWAK AKAN TERUS BERPURA-PURA UNTUK TAK KENAL SAYA. DAN SAYA JUGA AKAN BERPURA-PURA UNTUK TAK KENAL AWAK. 

dan dari situ, akan buat saya lebih tenang.. 

salam sayang untuk yang pernah dikasihi Afiq..

Aishah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan