Jumaat, 29 Mac 2013

29 March 2013

Sekarang aku tengah sibuk kemas-kemas barang aku di bawak ke rumah sewa aku nanti.

Kehidupan aku bermula sekarang. Di mana aku harus belajar berdikari sendiri. Belajar untuk menguruskan kehidupan aku sendiri. Belajar mencari duit sendiri. Segalanya aku sendiri. Duduk jauh dari keluarga. Terasing di negeri sendiri. Tapi takpa. Aku di sana demi mencari pengalaman dan mencari rezeki yang halal untuk membantu keluarga aku.

Aku harus ingat!. Harus tetapkan pendirian sendiri agar menjadi kekuatan diri aku. Ingat yang aku di sana bukan untuk bermain-main. Tapi aku di sana untuk mencari rezeki. Aku diberi kebebasan untuk memilih corak kehidupan aku sendiri. Aku diberi kepercayaan untuk hidup di jalan aku sendiri. Dan aku harus buktikan yang aku boleh dipercayaai. Seperti dulu.

Betul kata Cikyah haritu. Kalau mak ada lagi. Mesti mak yang temankan aku duduk kat situ.

Mak, Ain dah habis belajar, dan Ain dah dapat keje. Ni kan yang mak nak tgk dulu kan? Ain dah buat mcm yang mak nak. Kenapa mak taknak tunggu Ain dulu? Tunggu sampai berjaya. Kenapa mak?

Kadang2 Ain terfikir. Ain sedih. Yang susah payah untuk Ain bukan mak lagi. Yang siapkan segala benda keperluan Ain, bukan mak lagi. Tangan yang Ain cium bukan mak lagi. Bukan mak lagi. Ain rindu mak.

Tapi takpa lah. Segalanya adalah takdir. Dan takdir yang Ain pilih sekarang ni ialah jalan hidup Ain yang sekarang ni. Hidup jauh dari keluarga banyak cabaran, banyak dugaan. Dan Ain harap Ain kuat dan tabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan