Sabtu, 7 Disember 2013

Tadi tengah lepak-lepak kat ruang tamu,
Ada orang datang rumah jemput datang kenduri kat rumah jiran.
Dalam borak-borak pasal kenduri, Kak Long tetibe bangkitkan isu ni.

" Rumah kita nak buat kenduri apa lagi ek? Nak tunggu kenduri maksu lama lagi."
Aku dengan pura-pura tanya "maksu mana?"
"Maksu ni lah. Bila nak kenduri tunang?"
Aku dah bantai gelak kuat-kuat.
Lepas tu aku cakap lah, "Carikanlah jodoh"
Long cakap " Nak jugak ke? Kang kalau org dah cari kan kau jgn cakap taknak pulak."
Aku bantai gelak lagi.
Long cakap lagi ada orang tanya kat dia aku ni bila nak langsung? Carilakan lah aku jodoh.
Then aku aku tanya sapa?
Dia cakap ada lah sedara dekat ni.

Lepas tu issue closed!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan