Ahad, 25 Ogos 2013

MOVE ON. SHOULD I?

Move On. Should I?

Yes! Dah banyak kali aku tanya soalan yang sama untuk dua hari ni.
Aku masih sangsi. 
Adakah ini cara yg paling sesuai untuk move on?
Kadang-kadang aku rasa macam aku dah buat keputusan yang salah.
Kenapa?
Sebab aku takut akan ada hati-hati yang terluka.
Akan ada 3 hati yg terluka.
Hati insan yang sampai sekarang masih aku harapkan.
Hati insan yang aku baru belajar terima kehadirannya.
Hati seorang family member yang aku rampas 'hak' nya.

Hati-hati insan ini.

Persoalannya.
Macam mana aku nak move-on jika nama dia masih lagi ada dalam hati aku?
Macam mana?
Macam mana aku nak move-on jika password yang aku gunakan masih lagi ada kaitan dgn dia?
Macam mana?

Aku tahu. Aku tak tahu kenapa aku boleh buat keputusan ni.
Keputusan yang boleh buat aku serabut.
Keputusan yang boleh buat aku serabutkan rambut aku sendiri.
Keputusan yang boleh buat hati aku sendiri sakit.

Bagaimana aku boleh terima setiap kata-kata sayang dari dia jika bukan dia yg ada dalam hati?
Bagaimana?
Bagaimana aku nak layan dia dgn baik jika bukan nama dia yang aku sebut-sebutkan setiap saat?
Bagaimana?

Sekarang aku dah rasa ape yang kau rasa dulu AFQ. Rasa bagaimana sakitnya bila kita terpaksa menyayangi atau pura-pura sayang orang yang kita tak sayang. Aku rasa sakit tu sekarang AFQ. 
Then what should i do?
When its ME who lead this mess.

Dear Awak. What should i do? I'm trying for this two days. And its failed. 
Or should i try the next next next day? I'll try the best for that.

Ya Allah. Jika benar dia jodoh untukku sepanjang hayat. Kau dekatkan hatinya dengan hatiku.
Jika bukan, kau jauhkan dia dariku agar hubungan ni takkan pergi terlalu jauh. 

Dalam hati. Ahh! Kenapa nak pening2? Dengan Fara pon dia boleh buat. Kenapa dgn kau tak pulak kan? Kau baru jek jumpa dia. Kau tak kenal pon siapa dia yg sebenarnya. Kenapa kau perlu pening-peningkan kepala untuk hubungan ni? Kenapa kau perlu Take It Serious? Kenapa? Tak perlu kan? Dah alang-alang kau buat keputusan bodoh ni. Kau teruskan jela. Hubungan yg NO HARD FEELING. Yang selalu AFQ ckp. NO HARD FEELING. Bila dia rasa bosan dgn kau nnt. Bila dia rasa kau tak sesuai dgn dia, secara automatic, dia jugak yang akan tinggalkan kau nanti. Percayalah cakap aku. Percayalah. Bila kau NO HARD FEELING, time dia tinggalkan kau, kau takkan rasa apa-apa dah. Time tu kau akan rasa lega-selega-leganya. Percayalah cakap aku. Sebab belum tentu dia jodoh kau kan? Sebab kau pon rasa yang kau tak boleh selesa dgn dia.

SO. I can't describe this as Move On.
I'm just letting this go with their flow.
No need to make it hard.
No need to make it mess.

NO HARD FEELING.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Buat Hari Ini. Takut Tiada Lagi Hari Esok

Hari ini. Actually bukan hari ini. Tapi dulu lagi. Dari dulu lagi aku belajar sesuatu. Aku belajar sesuatu tentang kehidupan. Pada aku dulu, kalau tak sempat buat hari ini masih ada lagi hari esok. Sedangkan hari esok belum tentu ada. Sedangkan belum tentu peluang tu ada. Belum tentu.

Pada aku dulu. Kalau aku terlupa salam tangan mak, aku beranggapan masih ada lagi hari esok untuk aku buat sedemikian. Tapi hari esok tu bukan lagi untuk aku. Sebab hari itu adalah hari terakhir untuk aku. Itulah yang kali terakhir. Itu lah kali dan peluang terakhir untuk aku. Itulah yang terakhir.

Pada hari ini. Saat aku tenung skrin laptop ini. Mengenang setiap memori-memori lama. Setitik air mata menitis di atas meja kecil ini. Aku seka. Aku tahan. Aku tarik nafas. Berharap takkan ada lagi air mata yang jatuh. Berkali-kali aku ulang benda yang sama.

Aku ingat lagi hari terakhir aku dapat cium tangan dia untuk hari terakhir. Aku ingat lagi. Masa tu aku ingat ada lagi hari esok untuk aku. Rupanya takda. Kalau aku tahu, tak mungkin selangkah aku pergi. Tak mungkin. Kalau aku tahu dia yang akan melangkah jauh. Kalau aku tahu. Tapi aku tak tahu. Dan aku menyesal sekarang.

Bila terkenang memori dulu-dulu. Aku banyak sakiti hati dia. Aku banyak buat dia terasa hati. Aku banyak.

Rasanya aku tak mampu untuk menaip untuk entry kali ini.