Jumaat, 28 September 2012

Ekspedisi Ke Sungai Lembing

Actually, ekspedisi ni dah lame dah. Tapi aku yang baru nak update.. Jauh? Agak lah. Kitorang travel by group. Tapi sendiri-sendiri jek. Takda siapa yang guide. Berani mati tak?? hahaha Don't worry, ktorang bergerak dalam 5 orang. 3 orang lelaki dan 2 perempuan. Atas urusan ape? Untuk assignment matter jek. Subjek MPW. (sejarah)

Kitorang gerak pada hari khamis petang 30/8/2012. Sempat lagi singgah rumah Akmal.Sampai kat homestay kitorang malam, pukul 10.45 malam. PUNG PANG PUNG PANG sedar-sedar dah pukul 11.30 malam. Tetibe jek si Epul ajak Shoot malam tu gak. Sambutan 31 0gos. Kitorang pon tak sangka nak shoot malam tu gak. 

Mule-mule sampai kitorang nampak Kg. Sungai Lembing ni macam pekan kecil yang macam takda pape. Rupenye meriah jugak malam tu sambutan orang kampung kat situ. Siap bakar mercun merdeka gitu.. Hahaha. Mesti uolss. tertanya-tanya Sungai Lembing kat mana dan ape yang ada kat situ kan?? Sungai Lembing ni 40 Km dari bandar Kuantan. Ape yang ada? Macam-macam ada.. Salah satunya ialah Muzium Sungai Lembing.

31 Ogos 2012
Kitorang g Muzium Sungai Lembing sebagai lokasi pertama. Muzium ni cerita tentang sejarah perlombongan bijih timah yang terbesar di Malaysia atau Pahang Consolidated Company Ltd (PCCL). Menarik dalam muzium ni sebab dia tunjukkan proses mase dlm lombong tu.

1.MUZIUM SUNGAI LEMBING

Lepas tu kitorang shoot lak gi Jambatan Gantung Kolong Pahat. Jambatan ni jambatan tertua kat Sungai Lembing ni. Berusia lebih 100 tahun. Tali yang digunakan untuk buat jambatan tu ialah bekas kabel ape ntah kat lombong tu. HEHE

2. JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT.

Lepas tu kitorang g merayap masuk hutan lak. SI ROY lah ni dok mengada. tengah hari buta merayap dalam hutan. Nasib lah takda benda buruk yang berlaku. Dah penat-penat berjalan, kitorang g cari makan. Rehat-rehat jap pastu gerak g cari Gua Charas lak. Aku ingat Gua Charas ni gua ape lah. Ingat best sangat. Rupanya, panjat punya panjat, kitorang jumpa tempat Sleeping Budha. Pulakk. Aku ingt gua ni menarik. Rupanya tempat orang-orang Budha buat upacara. Bayangkan lah.. masuk2 jek nampak org india dlm tu. DAN! ONLY us jek yang ada dalam gua tu. Nampak tak peliknye kat situ. Only us is MALAY people. So sadd. BTW, kitorang teruskan jugak masuk sampai dalam dan tgk ape yang ada. Dapat gak jumpa SLEEPING BUDHA yang dicari tu. tapi kitorang tak amek po gambar dia.

tapi.. ada tapi nya.
3. GUA CHARAS
kami masih lagi sempat snap pic depan pintu gua ini.. HEHEHE

Pada sebelah malamnya pulak, kitorang pergi ke Teluk Cempedak atas cadangan HANIM sebab dia kate tempat tu best. Banyak lampu-lampu. Teluk Cempedak ni pantai yang ada kat Kuantan lah. Banyak gerai-gerai yang jual souvenir. 

4. TELUK CEMPEDAK

Tu kisah hari pertama kitorang. Ini kisah hari hedua kitorang lak. 1 SEPTEMBER 2012. Malam tu, kitorang plan, esok pagi nak naik Bukit Panorama. Sebab nak tengok mtahari terbit pagi-pagi. Kitorang punya lah bangun SEAWAL 5.30 pagi. Sebab nak panjat bukit yang aku katakan tu. Tapi Si Roy ni lah bangun lambat. Jadi kitorang gerak 6.30 pagi. Tapi apa yang dinamakan sebagai bukit tu bukan lah seperti bukit yang disangkakan. Indah kabar dari rupa. Kenapa? Kita kene panjat tangga untuk naik ke bukit tu. Tapi panjat punya panjat tetap tak sampai-sampai. Ok. Aku cakap bukit tu sebenarnya gunung! GUNUNG!! Tinggi OK! Nak mati aku panjat gunung tu. Series aku cakap. Gunung tu tinggi. Roy awal-awal dah surrender. Aku pon hampir2 surrender. Tapi disebabkan bantuan dan semangat yang Akmal bagi. Aku sampai jugak. Tapi aku lah yang last sampai. Epul dialah yang paling awal sampai sane. Niza lak kalau bukan disebabkan Epul tak bawak camera, aku rasa dia pon tak sampai puncak tu. Tapi series aku kata. Aku taknak naik BUKIT tu lagi. Series penat woii. Mane tak nye. Aku ni dah la da lame tak wat keje2 cmtu. Bangun2 tdo terus panjat gunung. Dengan tak buat stretching. Nak jadi pon aku ta tahu lah. Yang paling kelakar bila aku jatuh tergelincir mase nak turun gunung tu. HAHAHAHAHA. tak boleh kata ape dah. KETAWA jek boleh. KELAKAR ok.

5. BUKIT PANORAMA
akhirnya!!!

si gile ni boleh pulak jatuh time2 camni

ni salah satu pemandangan dari atas gunung tu.

Sebelum balik Johor, kitorang pergi ke lokasi terakhir yang berubah di saat-saat akhir. Mula2 nak g kolam air panas. Tapi tukar g Air Terjun Sungai Pandan lak..

6. AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

Tu jek lokasi-lokasi yang sempat kitorang jalan. Seronok sebenarnya berjalan ni. Walaupon penat. Banyak karenah dan ragam kawan-kawan masa kat luar. Sekaligus merapatkan silaturrahim sesama kita. Cheeewaah. hehehe. 

Akhir sekali wabillahitaufikwalhidayah.. assalamualaikum.....
daaa semua..


info Sungai Lembing : (wikipedia) http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing


Selasa, 25 September 2012






baru jek nak post semua pic kau
tup2 kau onl. 
teros chat aku. haha
neves mak..

aku tak tahan dah nih! rase mcam nak jerit2 jek! tak tahan weyy.

tolonglaaaa.. aku nak tempat LI sekarang jugak!!! kenapa taknak bg peluang kat aku ni??
kenapa???

Sabtu, 22 September 2012

Rasa macam sedikit terubat perasaan rindu yang aku tanggung hampir 2 minggu aku tak dpt tgk muka dia.. 

Bila aku nampak muka dia, hati aku terus jek loncat2 tak henti. Bila aku dengar suara dia, tengok cara dia cakap dengan confident kat depan, cukup buat tenung dia lama2.

Bila aku nampak dia tersenyum, cukup buat aku tersenyum balik. Bila aku tengok dia ketawa, cukup buat ketawa lagi.

Bila aku nampak dia berlari-lari anak tadi, cukup buat aku rasa dia sangat comel dengan cara dia sendiri..

Dia berjalan ke hulu ke hilir, dari sudut mana pon aku masih boleh cam di mana dia berada. Aku tengok jek dia lama-lama. Dan aku malu sendiri bila dia perasan yang aku tenung dia.

Ouh!! Aku betul2 rindukan dia. Sungguh!! Aku cukup rindukan dia.. 

Jumaat, 21 September 2012

tak tahu lah mengapa ye. bila aku fikirkan pasal dia jek. aku jadi rasa warm jekk. ke aku yang lebih2 ni?
sudah! sudah! jgn berangan lagi..
stop it please...
time to sleep. gud nite sayang..

Isnin, 17 September 2012

semakin hari, semakin aku rasa yang aku dah tak boleh tengok kedua-duanya sekali.. ya!! aku sakit hati tengok kedua-duanya sekali.. sangat!! aku tak tahu kenapa aku mesti ada perasaan macam ni. tolong jauhkan aku dengan perasaan ini.. aku tak sanggup lihat dia terluka,

biarlah aku saja yang terluka..

Isnin, 3 September 2012

baru kini aku sedar yang langit berbeza dengan bumi.
langit takkan jln seiring dgn bumi..
kalau di tanya siapa sang bumi itu. aku lah bumi itu.
dan kalau bagai pungguk rindukan si bulan,
tentulah aku lah si pungguk tak sedar diri itu..
aku lah dia!!

kau kata kau takkan mencari cinta lagi. kau tunggu jek sesiapa yang dtg nnt..
konon mcm kau lah Muhammad, dan aku lah Khadijah. tapi aku Aisyah.
kau tunggu org yang dtg merisik kau??
maaflah, kalau kau tunggu org yang dtg merisik kau, aku bukanlah orang itu.
sebab aku pon sedang redha dengan takdir tentang siapa jodoh aku nnt..
maaf! walaupon aku tahu kau tidak berharap untuk aku jadi jodoh kau nnt.

sebab itu aku ajarkan hati untuk terima kenyataan yang kita memang tada jodoh untuk bersama..
betul! kita bagaikan langit dan bumi yang takkan pernah berjalan seiringan..
sebab itulah!!

kau kata kau serik ditinggalkan.. tapi siapa yang ditinggalkan sebenarnya ni?
aku kan??
maaf, aku bukan bermaksud untuk mengungkit atau apalahh.
maaf kalau aku cakap yang kau memang nafikan ape yang kau rasa
atau aku yang perasan.
terus terang aku cakap aku marah bila kau acap kali cakap aku ramai peminat sebab aku ramai kawan lelaki..
PEMINAT dan KAWAN LELAKI adalah dua benda yang sangat berbeza! tolong lah faham..
aku marah bila kau kate ramai org minat aku sedangkan aku tak tahu org tu wujud ke tidak..
aku marah! tapi kau tak pernah mengerti..

maaf. aku menulis di blog usang ni bukan untuk mengutuk atau ape.
cuma sekadar meluahkan perasaan yang tak terluahkan pada org lain..

jadi andai satu hari nnti si Nescafe Prince terbaca entry aku yang satu ini, aku nak minta maaf siap2.
aku cuma sekadar meluahkan perasaan.