Rabu, 26 Disember 2012

Assalamualaikum mak. maafkan ain sebab dah lama tak jenguk mak. maafkan ain dah lama tak berbual ngn mak dlm blog ringkas ini. maafkan ain.
baru kali ini ain merajinkan tangan untuk mercerita dgn mak mlm ni. ain nak cerita dgn mak puas2. cerita yang tak pernah ain buat dgn mak dulu. ain tak pernah kongsi cerita dgn mak dulu kan? ain tahu.. tapi hari ni ain nak kongsi cerita dgn mak.

untuk pengetahuan mak, abg farid dah selamat kawen. dia dah selamat berumah tangga. dah ada tanggungjawab sendiri. bini dia org nogori. hidayah nama dia. alhamdulillah. dia baik orgnye. insyaallah agamanya kuat. mak jgn risau. abg farid dah berubah sekarang, berubah seperti yang mak nak dulu. berubah sebab apa? ain sendiri tak tahu, ape sebabnya tak perlulah kita pertikaikan. asalkan dia dah berubah. sungguh! sebak bila ain dpt tahu yang abg farid ada jumpa mak sehari sebelum dia g nikah tu. sebak!. ain sebak mak. nyaris ain tak nangis hari tu. kenapa? entah? mgkin sebab dia masih ingt mak. dia mintak restu mak sebelum kawen.. mesti dlm hati dia sedih kan mak? dia kawen. tapi mak tak sempat nk tgk dia kawen kan? sedih. memang sedih. dari abah ada, sampai mak ngn abah dah takda. baru skang jodoh dia sampai.. tapi. betul kata Afiq, dah jodoh dia sampai lambat, ape lagi yang boleh dikata. cuma perasaan terkilan tu tetap ada. mak nak tahu tak? abg farid buat kelakar mase nikah hari tu. mlm tu kak ida ada ckp nak buat air yasin tak? nak tenangkan hati. tp dia degil. bila kitorang suruh prctice akad, dia kate tak payah. nnt ikut jek apa yang dia kadi tu cakap. last2! ape yang dah jadi. lebih EMPAT KALI AKAD!! lawak2. belum lagi. mase pakaikan gelang, dia boleh pulak cium tgn bini dia. melawak ape abg farid tu? =.="
sangat lawak memang.. ahad ni long buat kenduri kecik2 untuk sambut menantu.. dgar2 belah pmpn tu nak dtg satu bas! masak2 nak masak nt. ahahahaha. 

mak,, ain rindukan mak. kalau mak ada lagi. mesti mak yang paling bising + risau pasal majlis tu kan? mesti punya. mesti mak yang paling semangat sebab dia nak kawen kan? mesti punya.. ape pon. ain tahu mak masih boleh tgk dia di alam sana...

babai mak..
Assalamualaikum.

Jumaat, 21 Disember 2012

result untuk sem ni dah keluar.
syukur,, walaupon tak banyak,
ada sikit peningkatan..
dan alhamdulillah aku lulus..

Khamis, 20 Disember 2012

Ya Allah. kau jadikan dia sebagai jodoh terbaik untukku Ya Allah. Kau panjangkan jodoh kami Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk mencipta kebahagiaan Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk saling mengasihi Ya Allah. Kau berikanlah kami kesempatan untuk mencipta rumah tangga yang indah Ya Allah.

<3 Afiq
20.12.2012
what a nice date.
thanks to come to mylive again..

Ya Allah. terima kasih kerana 
kembalikan dia pada aku Ya Allah.
terima kasih kerana berikan cintanya 
padaku kembali Ya Allah.
aku tak pernah bermimpi yang hari ini adalah harinya,
tapi aku sangat bersyukur kerana dia menjadi milikku 
lagi.

sudah berkali aku katakan, sudah banyak kali aku cuba. dan sebanyak itulah aku tak berjaya untuk lupakan kau. hingga waktu ini pon aku tak mampu. maaf. kali ini dan sampai bila-bila pun aku taknak lupakan kau. kenapa? sebab nama kau dah pun melekap dalam hati aku semenjak kali pertama kau datang dalam hidup aku.
dan terima kasih kerana kau sudi sambut kembali cinta aku kali ini.

terima kasih.

Isnin, 17 Disember 2012

Bila aku tengok siapa diri kau, siapa family kau,
Semuanya membuatkan aku rasa better to leave now.
Kenapa ?
Semuanya menyebabkan aku semakin yakin yang kita memang tidak ditakdirkan bersama.
Bersabar. Memang aku sedang bersabar menanti jodoh yang tepat untuk aku.
Tapi kadangkala kesabaran tu hampir tipis.
Tapi aku cuba cekalkan hati lagi.
Bersabar selagi mana aku harus bersabar?
Kenapa tak cuba solat istikharah?
Aku ada sebab aku yang tersendiri

#masih tertanya-tanya siapa jodoh yang tercipta untuk aku nanti..

Ahad, 16 Disember 2012

Ahad, 9 Disember 2012

dulu, kau pernah suruh aku lupakan kau.
aku cuba. walaupun susah.
dah akhirnya aku berjaya tetapkan hati aku untuk terima kenyataan yang kau memang bukan tercipta untuk aku.
aku tetapkan hati aku untuk lupakan segalanya tentang kau sejurus aku keluar dari kolej hari itu.
walaupun aku tak berjaya sebab kau sering kali muncul dalam khayalan aku mahupun mimpi aku.
tapi tak apa. sebab aku rasa mungkin itu untuk permulaan.
aku tetapkan hati lagi.
tapi bila kau datang hari itu, kau tanya aku dah ada pengganti ke.
kau kata lagi yang kau masih mencari seseorang.
dan sebab itu kau tanya aku sama ada aku dah ada pengganti atau belum.
masa tu, aku sedar mungkin aku ada harapan lagi,
kita masih ada harapan lagi untuk hubungan itu.
tapi,, apa yang aku sangka, bukanlah seperti apa yang aku harapkan.
aku salah lagi dalam membuat tangganpan.
bila akhirnya kau lenyap lagi macam selalu.
kau tinggalkan aku lagi dengan harapan tu.
mungkin kerana aku yang bersalah sebab jawab dengan nada yang seperti itu
menyebabkan kau tawar hati kembali.
mungkin,
ya mungkin.
dan kini aku tetapkan hati lagi
yang kita memang tidak selayaknya bersama..

aku tetapkan hati lagi walaupun perit.
macam waktu mula-mula aku buat dulu.

Ahad, 2 Disember 2012

i have a man in my mind.
the person who i just can't let him go.
the person who came when the heart is struggling to forget everything. when the heart is hurt by someone else that do not appreciate the meaning of love.
the person who in a second success to enter in my heart again.
the person who cured the wound in my heart.
the person who know how to fight with and at last give the winning to me.
the person who able to make the face being red when the name is called, when she see him in far.
yes ! the person is you.
i guess i can easily move on. but its hard to move on when your name is still in my heart..