Sabtu, 10 Disember 2011

hari tu aku keluar lagi dengan dia..
dan tanpa sengaja baju yang kitorang pakai warna yang sama..
warna hitam..
tak memasal jadi sweet couple lak.. hahahaha
no comment. kitorang g tgk ombak rindu..
aku tahu dia dah tengok dulu dgn awek dia.
dia nak tengok lagi dengan aku sebab dia kate tgk dgn aku feel lain skit..
hahahaha. aku tak kesah..
belum habis cerita dia dah ajak keluar.. dia kate dia bosan..
bukan.. sebenarnya dia terasa.
sepanjang cerita tu.. aku terpikir sesuatu..
dan mase balik.. aku tanya dia,
kalau kita bertiga yang berlakon cerita tu..
siapa yang jadi izzah, dan siapa yang jadi mila ekk??
dan dia hanya terdiam..
tanpa kata... aku hanya mampu tersenyum jek.. sebab aku tahu..
soalan tu memang sukar untuk dia jawab..
kau tanya aku..
aku memang tada perasaan ke??
aku??
aku sendiri tak pasti ape perasaan aku..
yang pasti, aku selesa dengan dia.
aku suka bila dia ada..
aku takut nak ngaku aku sayang dia.
bila aku sedar satu hari nanti aku akan hilang dia lagi..

aku tak tahu nak cakap macam mana..
tapi aku selesa bila ada dia..
sangat!!
hmmmm..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan