Sabtu, 30 Mac 2013



Its seems to be hard to do. But i'll try my best to let everything go. Whether a piece of love left, a piece of misses left, a piece of thought left, a piece of memories left, a piece of dream left. Everything! Everything! I'll make sure that 'a piece' of that will go without left. 

I'll make sure. 

Good Bye everything



Yes! Its time to say Good Bye :)
Now, i have reason to move on. I am ready to move. No need to cry anymore. No need. Just smile. Good bye for everything. Sekarang aku dah nampak bukti tu. Bukti yang buka mata hati aku untuk realize everything.

Sekarang aku dah bersedia. Betul-2 bersedia.

Jumaat, 29 Mac 2013

29 March 2013

Sekarang aku tengah sibuk kemas-kemas barang aku di bawak ke rumah sewa aku nanti.

Kehidupan aku bermula sekarang. Di mana aku harus belajar berdikari sendiri. Belajar untuk menguruskan kehidupan aku sendiri. Belajar mencari duit sendiri. Segalanya aku sendiri. Duduk jauh dari keluarga. Terasing di negeri sendiri. Tapi takpa. Aku di sana demi mencari pengalaman dan mencari rezeki yang halal untuk membantu keluarga aku.

Aku harus ingat!. Harus tetapkan pendirian sendiri agar menjadi kekuatan diri aku. Ingat yang aku di sana bukan untuk bermain-main. Tapi aku di sana untuk mencari rezeki. Aku diberi kebebasan untuk memilih corak kehidupan aku sendiri. Aku diberi kepercayaan untuk hidup di jalan aku sendiri. Dan aku harus buktikan yang aku boleh dipercayaai. Seperti dulu.

Betul kata Cikyah haritu. Kalau mak ada lagi. Mesti mak yang temankan aku duduk kat situ.

Mak, Ain dah habis belajar, dan Ain dah dapat keje. Ni kan yang mak nak tgk dulu kan? Ain dah buat mcm yang mak nak. Kenapa mak taknak tunggu Ain dulu? Tunggu sampai berjaya. Kenapa mak?

Kadang2 Ain terfikir. Ain sedih. Yang susah payah untuk Ain bukan mak lagi. Yang siapkan segala benda keperluan Ain, bukan mak lagi. Tangan yang Ain cium bukan mak lagi. Bukan mak lagi. Ain rindu mak.

Tapi takpa lah. Segalanya adalah takdir. Dan takdir yang Ain pilih sekarang ni ialah jalan hidup Ain yang sekarang ni. Hidup jauh dari keluarga banyak cabaran, banyak dugaan. Dan Ain harap Ain kuat dan tabah.

Rabu, 27 Mac 2013

boleh saya tanya, siapa perempuan yang awak rindu tu? siapa?
saya nak sangat tahu siapa perempuan yang bertuah tu sampai boleh buat awak rindu sangat-sangat tu?
bukan saya kan? ouh! saya tahu tu bukan saya.

tapi entah kenapa saya ni perasan sangat sebab hati saya sangat yakin perempuan itu adalah saya.
tapi saya masih rasional.. sebab saya masih ingt ape yang awak mention dlm twitter tempoh hari..
sebab itu saya katakan pada hati saya yang degil yang itu adalah perempuan yang awak sayang.
dan perempuan itu adalah bukan saya.. saya tahu itu..

tekad hati. saya ingin sangat pergi jauh-jauh. pergi tempat yang saya takkan pernah terjumpa awak lagi..
tekad hati. saya nak sangat lupakan awak. sebab saya taknak sakit lagi..
tapi, penat dah saya cuba, kalau pon boleh lupakan awak, ianya hanya untuk sementara..
penat dah saya cuba. penat sangat sebenarnya..

bila saya tahu yang awak takkan pernah sayangkan saya, sakit tu memang sakit sangat.
apatah lagi bila saya tahu kata-kata sayang awak tu hanyalah penipuan semata-mata. sakit tahu.
dan disebabkan sakit itu, saya nekad untuk lupakan awak.. tapi tak berjaya.
bila saya masih lagi kerap singgah ke FB awak ke Twitter awak..
selalu. selalu macam tu.

bila kita berselisih kereta masa kat kota hari tu, hanya Allah jek yang tahu perasaan saya masa tu.
saya bertanya pada Allah, kenapa Allah pertemukan saya dgn awak lagi walaupun saya hanya dpt pndang awak dari tepi. tapi saya tahu tu awak... saya tak tahu petunjuk ape yang Allah bagi.

sebenarnya bukan ni yang saya nak cakap.. bukan ni. saya nak cakap yang saya masih sayangkan dan rindukan awak lagi.. tapi seperti yang awak cakap dulu, untuk lupakan awak. ya. saya akan belajar untuk itu..

dan kalau semua kata-kata memang untuk saya,, maaf. saya tak pernah benci awak... tak pernah.
kalau awak kata awak rindukan saya. tp kenapa? bukan ke awak kata awak tak boleh nak sayangkan saya. tapi kenapa awak rindukan saya lagi? knp? knp buat saya pening? knp?

tapi entah lah.. mungkin saya silap di sini. semua kata-kata tu bukan untuk saya. bukan. bukan. bukan. bukan. bukan. bukan. bukan saya yang awak rindukan tu. bukan saya yang awak teringin nak dengar suaranya sebelum tidur,, bukan saya. bukan saya. bukan saya. bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

bodoh kau shaa. tu bukan kau lah. kenapa perasan sangat ni? dia takkan suka atau sayang kau lah. tlg lah bangkit shaa. tlg lah.. jgn bermimpi lagi shaa. please.. bangun untuk aku.. please..

huh! susah lah cinta ni. susah sangat. aku rasa masa aku kecewa dulu frust menonggeng, tak pernah lak aku rasa sesusah ni. tak pernah pulak aku rasa seberat ni rasa cinta ni? knp ek? ntah lah.. aku rasa mcm nak lari jek.. penat dah. penat. aku dah taknak rasa jatuh cinta lagi. bila dah jatuh, sakit dia bukan main. aku dah penat dah. luka yang ada ni pon sukar untuk aku ubat. tak mungkin lah aku nak simbah lagi luka ni dengan cuka? aww!

dear shaa. tlg lah jangan bermimpi lagi.
dear afiq. jgn risau, saya takkan bermimpi lagi. dan saya akan pergi macam yang awak nak tu.

Ahad, 10 Mac 2013

dah lah Afiq.. segalanya dah berakhir. tak payah lah kau nak salah kan diri kau sendiri. memang semua ni salah aku start kita kenal dulu Afiq. segalanya dah selesai. aku takkan tuntut pape lagi.. dan aku takkan pernah salah kan kau. memang salah aku. atas permintaan kau, aku akan lupakan kau.. aku cuma doakan kebahagiaan kau. semoga kau akan jumpa dgn seorang wanita yang boleh buat kau bahagia mcm yang kau nak dulu.. seikhlas hati aku doakan kau. semoga kau berbahagia. semoga kau berbahagia..

tak lupa jugak. aku nak ucapkan terima kasih untuk bahagia yang kau pernah bagi aku pada masa dulu. walaupun hanya untuk seketika.. 

terima kasih lagi untuk yang pernah dikasihi Afiq

Aishah

Sabtu, 9 Mac 2013

kusangkakan panas sampai ke petang. rupanya hujan ribut di tengah hari. itulah peribahasa yang boleh aku sampaikan waktu ni. tu yang aku rasa sekarang ni. perasaan yang selama aku tahan-tahankan. sakit. memang lah sakit. bohong lah kalau tak sakit.

bnyk sebenarnya aku nak cakap. tapi aku tak mampu nak kata banyak2.

kalau kau tahu kau tak boleh terima aku, kenapa kau datang balik masa mula-mula aku struggle nak lupakan kau dulu. kenapa? kenapa kau bagi balik harapan yang kau sendiri tahu kau tak mampu nak tunaikan harapan tu. kenapa kau buat mcm tu? aku nak tahu jawapan untuk soalan yang itu jek. yang lain aku taknak tahu. kenapa kau seksa aku macam ni? kenapa? 

dan sekarang macam biasalah. aku dipaksa untuk lupakan kau macam dulu. huh!! macam yang kau nak kan? ya aku akan tunaikan hasrat kau kali ni. aku tak benci kau. TAK PERNAH BENCI KAU pon. cuma... yang aku bencikan ialah DIRI AKU SENDIRI. aku cukup bencikan diri aku sendiri kerana cepat jatuh pada cinta yang sebenarnya tak ikhlas...

tapi tak pelah. aku dah lama sebenarnya terima keadaan tu. lama dulu. semua org tak tahu. 

sakit.. memang sakit. aku sakit sebab kau buat aku mcm ni twice!! rasanya kau ni tak sihat kot. patutnya kau  g buat check up mental kot bagus.. sakit mental mcm abg aku jugak agaknye kau ni..


Ya Allah. aku dah tak larat dah.. kenapa aku tak pernah dapat kebahagiaan mcm org lain? ape kesalahan yang aku buat dulu sampai aku dapat balasan mcm ni sekali? 

apa pun, aku tetap redha dan terima dgn hati yang terbuka. mungkin jodoh aku belum sampai lagi. mungkin juga Allah bagi aku peluang untuk menjadi baik untuk dapatkan yang terbaik? Wallahuallam. 

dan start sekarang, aku takkan lagi berkata tentang hati dan perasaan lagi. biarlah ini yang kali terakhir. lebih baik aku mencintai Allah, mencari redhaNya yang selama ini aku tinggalkan..

*untuk awak. sekali lagi saya kata kan. SAYA TAK PERNAH MEMBENCI AWAK. DAN SEPEMERGIAN SAYA INI, SAYA HARAP AWAK MENCAPAI KEBAHAGIAAN YANG AWAK NAK. ANDAI KITA TERSELISIH ATAU TERSEREMPAK DI MANA-MANA, BERJANJILAH DGN SAYA YANG AWAK AKAN TERUS BERPURA-PURA UNTUK TAK KENAL SAYA. DAN SAYA JUGA AKAN BERPURA-PURA UNTUK TAK KENAL AWAK. 

dan dari situ, akan buat saya lebih tenang.. 

salam sayang untuk yang pernah dikasihi Afiq..

Aishah...