Ahad, 30 Jun 2013

TIPU

Lelaki itu yang sedang bergelak ketawa dengan kawan-kawan dia. Nampak bahagia. Aku lega kalau kau cukup bahagia dgn kehidupan kau. Kau dah buktikan yang kau bahagia tanpa aku.

Aku pula di sini hanya mampu melihat kau dari jauh dari satu sudut yang sukar orang nampak. Aku lebih selesa begini. Aku lebih suka memastikan keadaan kau dari jauh. Aku selesa begini.

Kadang-kadang aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri.. 

Ada sesuatu yang saya nak katakan pada awak.

Saya rindukan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak rindukan awak.

Saya sayangkan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak sayang awak.

Saya kerap mimpikan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak pernah mimpi awak.

Saya selalu stalk fb dan twitter awak. Tak. Saya tipu. Saya tak pernah stalk awak.

Saya peduli pasal awak. Tak. Saya tipu. Saya tak peduli pasal awak.

Saya nak awak balik. Tak. Saya tipu. Saya taknak awak balik.

Saya bencikan awak. Tak. Saya tipu. Saya tak pernah bencikan awak.

But please. Whatever i told you. Please just don't trust that. Because i won't tell the truth about my feelings. That feeling is mess up with mixed emotions. 

DON'T FOLLOW THE RULES

Assalamulaikum.

Bagi aku, kehidupan ni tak perlulah terlalu skema sangat. Terlalu mengikut buku. Follow the rules from A to Z. Tak perlu kot. Tapi tu yang aku buat dari dulu. Seingat aku dulu, aku tak pernah atau jarang buat kesalahan yang boleh dikatakan berat yang boleh masuk bilik disiplin. I guess. Yelah. Dulu aku tak pernah datang lewat g sekolah. Tak pernah ponteng kelas. Belum pernah lagi panjat pagar sebab nak balik awal. Meniru masa exam. Kalau setakat nak tanya jawapan masa exam ni pon aku belajar masa kat kolej lah. Tak pernah pulak aku kurang ajar dgn cikgu. Errmm. Ape lagi ek term kesalahan yang biasa student buat? Bergaduh? Aku tak pernah cari masalah atau musuh masa zaman sekolah dulu. So takda sebab untuk aku bergaduh kat sekolah.

Yelah. Since darjah 1 lagi aku duduk kelas 1st yang semuanya budak2 baik. "skema" tu rasanya bukan terms yang sesuai untuk dorang. Sangat tak sesuai. Hahaha. Ouh! Kelas 1st? Mesti korang bayangkan aku seorang budak yang suka baca buku, yang duduk kat depan kelas, yang selalu angkat tangan nak bertanya atau jawab soalan, yang selalu dapat result yang baik setiap kali ujian atau exam? Tak. Tu bukan aku sama sekali. Sebab aku sangat lah malas nak belajar. Aku tak pernah dapat jawab setiap kali cikgu tanya aku soalan, dan aku selalu dapat no 1st dari belakang. Atau lebih tepat sekali, nombor last atau tercorot dalam kelas. Well. Korang boleh gelak. Sebab aku memang lah tak pandai mcm korang. Sampai sekarang pon aku belajar untuk setakat pass. Tak pernah dapat Dekan pon.

Apa yang aku nak cakap kat sini. Kita tak payah lah nak skema sangat dalam kehidupan ni. Macam aku. Sebagai pelajar, aku pelajar yang baik. Tapi bukan skema. Kenapa? Aku masih jugak buat kesalahan. Dan kesalahan yang aku biasa buat ialah selalu tak siap kerja dan selalu tak bawak buku g sekolah. Kalau masalah selalu tak bawak buku mase aku sekolah rendah dulu. Masa darjah satu. Setiap hari mesti ada jek buku yang aku tak bawak. Aku pon tak paham macam aku boleh tak bawak buku tu. Sedangkan arwah mak aku dah jadualkan buku aku siap2. Aku pon tak paham. Yelah. Masa tu aku mane reti nak jadual buku. Hahaha. Aku belajar jadual pon kak ngah aku yang ajarkan. Mase tu mak kat kg. Uruskan kenduri. Sebab mase tu arwah Atok Wak baru meninggal. So kak ngah yang take part jage aku jap sebelum mak aku balik. Dan masalah kerje sekolah tak siap tu sampai ke kolej masih tak ubah-ubah. Tak paham aku. Hahaha. Kat kolej tu barulah aku belajar sikit-sikit cmne nak break the rules. Antaranya, aku balik kolej selepas jam 7 malam. Sometimes. Hehehe.

Kesalahan yang terberat aku ialah, phone aku kene rampas dgn cikgu. Tu je kot rasanya kesalahan aku yang paling teruk. Lain tak pernah kot. Bagi aku, tak salah kot kalau korang nak langgar peraturan. From that, korang boleh menilai kehidupan. Boleh enjoy kehidupan yang org2 skema tak boleh rasa. Sebenarnya best tau break rules ni. Asalkan korang tak buat kesalahan yang terlalu berat seperti membunuh, dadah dan gejala sosial lain yang ada. Bagi aku tu bodoh. Kenapa? Kalau korang membunuh, at the end korang jugak yang mati kat tali gantung. Dadah pulak dah mcm sampah masyarakat. Dan satu lagi aku nak cakap. Sebelum nak buat sesuatu kenakalan tu, ingat balik muka-muka yang lahirkan korang, yang suapkan korang makan, yang jaga korang masa korang sakit, yang susah payah kerja siang malam nak bagi korang makan, yang tiap2 malam bangun malam buat solat tahajud yang mengaji yang berdoa sepanjang malam untuk kesejahteraan korang. Ingat balik muka-muka tu semua. Kalau korang sedar siapa mereka pada korang, jadi jangan pernah malukan dorang. Jangan pernah kecewakan mereka. Jangan pernah.


#Kadang-kadang dari kenakalan yang kita buat masa kat sekolah dulu lebih mengajar kita lebih 1001 pengajaran tentang kehidupan. Yang memberikan kita 1001 memories yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Ahad, 16 Jun 2013

Crazy Little Thing Called Love


Crazy Little Thing Called Love


Aku tak tahu kenapa. Tapi aku suka tengok cerita ni. Ulang banyak kali pon aku tak kisah.

Kenapa? Kat sini dia tunjukkan semangat seorang budak perempuan bernama Nam yang willing to do anything untuk tarik perhatian org yang dia suka. Lelaki yang dia suka adalah senior sekolah dia yang merupakan pemain bola sekolah dan juga jurugambar bernama Shone. Mempunyai 3 orang sahabat yang baik..

Aku suka semangat dia. Dia gunakan rasa cinta yang dia ada kearah kebaikan Di mana dia berusaha untuk capai sesuatu tu sampai berjaya. Dari pelajar yang selalu dapat No1 dari belakang bertukar kepada pelajar No1 dari depan. Daripada dia tak pandai berbuat sesuatu, dia berusaha keras hingga dia berjaya. Dan yang paling penting. Dia bertukar daripada budak perempuan yang tak cantik sampai jadi cantik. Semuanya kerana rasa cinta yang dia ada. Semangat yang dia ada.

Cuma, terlalu memendamkan perasaan kadang-kala membuatkan mereka tersalah langkah. Persaingan dalam percintaan tu selalu ada. Konflik dalam persahabatan pon selalu terjadi. Dalam lucu, ada sedihnya.

Apa pun. Aku tetap meminati semangat yang Nam ada.

Ahad, 9 Jun 2013

Assalamualaikum,


Pada usia 21 tahun ni, aku dah banyak menyaksikan perkahwinan kawan-kawan aku. Ramai jugak yang dah kawen. Adalah dalam tak sampai 10 org. Termasuk yang tak rapat dengan aku. Di usia 21 tahun. Ya aku tahu itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Tapi dah jodoh sampai awal, kenapa mesti tolak kan? Sampai bila nak bercouple kalau yang halal dah mampu. Betul tak? Belum lagi kawan-kawan aku yang dah bertunang. Stage pertama sebelum mendirikan rumah tangga. Sungguh. Aku turut bahagia dengan kebahagiaan dorang. Buka FB, kawan yang ini tunang. Buka Twitter, yang itu pulak bertunang. Baru tadi, sorang lagi kawan aku dah tunang. Alhamdulillah. Tahniah Piqa. BTW. Nanti kawin kau aku datang. Boleh kan? Lepas tu aku tengok diri aku sendiri. Aku pandang orang sekeliling aku. Masing2 bahagia dgn pasangan masing-masing. Ada jugak yang baru nak temui dorang punya soul mate. Ada yang dah rancang nak tunang. Ada jugak yang rancang nak kawin. And i'm here. Alone. 




Bukan tak nak cari. Bukan tak nak try cari lagi. Bukan jugak memilih. Cuma i'm just tired to try everything and anything. Chase the one who never worth for it. Penat. Aku dah penat untuk sakit hati. Penat untuk makan hati. Penat untuk kecewa. Penat untuk menangis walau sepayah mana aku cuba untuk bertahan untuk tidak menangis. Aku cuma penat. Tapi bila mana aku terpandang kawan-kawan aku yang dah tunang dan kawin ni, buat satu perasaan yang halus dalam hati ini. Dan ianya sangat menyesakkan dada aku. Cukup buat aku sesak nafas. Sukar untuk bernafas. Kenapa? Kerana aku juga ingin merasakan hal yang sama. Aku cemburu dengan rasa itu.




Tapi aku mulai sedar. Takda benda yang perlu dirisaukan. Bila tiba masanya nanti, aku juga akan merasakan bahagia yang sama. Cuma cepat atau lambat sahaja. Sekuat mana aku berharap dia menjadi jodoh aku, tapi memang bukan dia yang tertulis untuk aku, sehebat mana pon aku pertahankan. Dia takkan pernah jadi milik aku. Jika memang dia yang tertulis untuk aku, sejauh mana pon kami, sekuat mana pon dia tolak, buang aku dari hidup dia kami akan tetap bersama. 




Dan aku tahu, kalau bukan dia tercipta untuk aku, that's mean that Allah has planned the better planning to me. Kalau bukan dia tercipta untuk aku, bermakna bukan dia yang mampu melengkapi segala kekurangan aku. Yang mampu mencintai aku seadanya aku. Bukan dia. Dan aku redha dengan segala ketentuanNya. And its mean to that i am not good enough for him. Just know that. Ye. Aku tahu, aku bukan lah perempuan yang boleh dicategorikan sebagai perempuan baik2. Memang nampak baik jek. That'y Allah tak bagi aku dengan dia. Sebab aku jahat. Dan Allah bagi aku peluang untuk perbaiki diri aku untuk aku dapatkan yang terbaik untuk aku. Mungkin.




Tak dinafikan yang setiap perempuan jenis-jenis lelaki idaman mereka. Aku? Aku pon sama. Aku cuma mahukan seorang lelaki yang mampu menerima aku seadanya. Tidak sempurna. Tapi mampu menyempurnakan hidup aku. Saling melengkapi. Seperti yang pernah aku mention dalam entry aku yang lepas. Dan aku tak tahu yang aku mampu atau tidak untuk menanti saat itu tiba. Dan sekarang aku hanya menyerahkan 100% pada takdir aku. Kenapa? Kerana aku dah benar-benar pasrah.