Masih ingat lagi dengan lelaki itu? Lelaki mana? Alahh. Lelaki yang aku jatuh cinta pada suara sejak aku mula kerja lagi.
Ya. Dia.
Pada dasarnya aku hanya suka pada suara. Dan aku rasa itu sekadar benda biasa. Tapi, lately setiap kali dia call aku, mesti aku akan tersenyum. Ya. Dengan suara dia boleh buat aku dari takda mood terus ada mood. Dan aku sendiri tak tahu kenapa. Jangan salah paham. Kitorang selalu contact atas urusan kerja. Dia agent yg uruskan pergerakan keluar masuk container aku. Tak lebih dari itu. Harap paham.
Dan sekarang aku masih tak paham perasaan aku bila Kak Zaida dgn Kak Imm membahan aku dgn dia. Adakah Perasaan aku yg masih hanya jatuh cinta pada suara atau jatuh cinta pada yang empunya suara atau perasaan itu langsung tak ada?
Semalam aku lebih dikejutkan lagi dengan cerita Kak Zaida. Aku tak pasti sama ada cerita itu betul atau rekaan semata-mata. Dan lebih buat aku tak paham lagi kenapa? Kenapa mesti dia muncul dalam mimpi aku sepanjang malam? Kenapa?
Jarak umur kitorang terlalu jauh bezanya. Dan kerana itulah aku rasa aku hanya layak untuk jatuh cinta pada suara dan bukan pada empunya suara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan