I try to
act like nothing. But no matter how hard I try, there is something that hurt me
a lot.
Pernah tak
korang rasa bila kawan2 yg rapat dengan korang, yang selalu makan sama2, gossip
sama2, buat keje sama2 tetiba pinggirkan korang. Tiba2 senyap dengan korang.
Tiba2 buat tak tahu dengan korang. Korang boleh bayangkan tak perasaan dia mcm
mana? Macam tu lah yang aku rasa sekarang ni.
Aku tak
tahu di mana mula dia, di mana salahnya. Apa yang silapnya sampai boleh jd
benda mcm ni. Mula2 aku diamkan sebab aku paham dorang busy dgn keje. Tapi
takkan dari pagi sampai balik tak bertegur dgn aku kan? Aku bukan budak2 lagi.
Aku boleh rasa kalau org tak suka kita. Dan itulah yang aku rasa sekarang ni. Dua
minggu kot dorang buat aku mcm tu. Sakit? Haruslah. Tak mungkin tak. Aku ingt
lg bila aku Tarik dia join group aku, kitorang bertiga pergi rehat sama2. Lama2
group tu makin bertambah. Org lain boleh namakan “group shipping” sebab semua
budak2 shipping. Aku tak kisah. Aku bukan nak ungkit. Sebab aku suka kumpul
reramai. Then kitorang makin lama makin rapat.
Ok. Aku
pendekkan cerita. Aku ulangi, aku tak tahu di mana silap aku. Apa salah aku?
Bila aku perhatikan dorang ckp dgn aku pun mcm nak tak nak. Even cakap pasal
keje. Penat sangat ke keje korang? Banyak sangat ke keje korang sampai korang
kene layan aku macam tu? Jawab soalan aku macam tu. Aku Tanya benda atas urusan
kerja. Bukan hal yang remeh temeh. Itu pun kene marah ke? Mula2 aku tak amek
hati sangat. Tapi lama2 sape yg tak terasa hati? Sape yg tak sakit hati? Dengan
org lain boleh pulak kau ketawa gembira, bila tang aku bertanya kau jawab mcm
tu sekali. Sakit.
Dalam dua
minggu ni aku perhatikan yg dorang memang jarang tergur aku, tegur pun atas
urusan kerja. Dan sejak dari tu lah aku aku tekad yang aku akan menjauhkan
diri. Biarlah. Org dah tak suka, nak buat mcm mana lagi kan?
Pagi tadi
aku dikejutkan dgn email dari dorang pasal penarikan semula semua kerja
shipping yg dorang bagi pada aku. Siap mention “as agreed” dgn michelle,
manager aku. Means dia memang dah rancang awal nak amek balik kerja tu. Kau
tahu tak persaan aku mcm mana masa tu? Air mata aku memang sikit lagi nak
jatuh. Sikit lagi. Knp aku nak terasa? Haruslah aku terasa. Masa memula dia nak
pass aku kerja tu, dorang siap panggil buat meeting semata-mata nak bg kerja tu
untuk aku. Sekarang? Bila dia nak amek balik keja tu, takda sorang pon yg
inform aku pasal benda tu. kau tahu tak macam mana perasaan aku mase tu? remuk
redam tahu tak? Masa tu aku tengah arrange cntnr keluar, salah satu keje
shipping yg dorang pass kat aku. Dan tetiba aku dpt email bodoh tu. time tu aku
rasa mcm nak hempas jek file tu. Nampak sangat kan? Nampak sangat kan kalau org
dah tak suka kita? Nampak sangat kan? Takpe lah. Kalau dorang dah decide buat aku
mcm tu, aku ikut rentak dorang. Shipping kembali seperti dulu. Terbahagi dua.
Engkau, engkau. Dan aku, aku. Takda lagi nak nama teamwork yg korang selalu
agung2 kn sangat tu dulu. Aku tak percaya semua tu. tak percaya.
Pagi2 dia
call kak noorul. Cerita, cerita yg aku tak tahu pasal ape dgn kak noorul. Aku
dah pelik. Sbab jarang kak zaida bercerita mcm mengadu dgn kak noorul melainkan
hal2 kerja jek. Sedangkan setahu aku, setakat ni, kak noorul takda keje yg
melibatkan kak zaida. Aku pelik, tapi aku diamkan jek. Bila aku dapat email tu,
aku Tanya kak noorul, kenapa kak zaida buat mcm tu, then kak noorul ckp tak
tahu, kak zaida takda ckp pape kat. Kau tahu? Time tu aku benci gila dgn kak
noorul sebab masih lagi berpura-pura tak tahu sedangkan pagi-pagi lah kak zaida
call dia ckp pasal penarikan kembali keje shipping dari aku. Masalahnye kenapa
tak cakap bersemuka yg korang nak amek balik keje tu dari aku sebab projek
korang dah habis. Bukan kak noorul yg buat keje tu. tapi aku yang buat. Apa
jadah nye kau inform dkt org yg takda kene mengena tu?
Maaf. Aku
pun jenis org yg suka tunjukkan ‘tak suka’ dgn org yg aku tak suka. Start dari
hari ni, respect aku pada korang dah takda. Tahniah. Korang tunggulah nnt, aku
balas balik.
Bila org
tanya : Sha, are you ok? Ofcourse NOT!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan