Rabu, 18 Jun 2014

Tindakan drastik aku g interview kt China Shipping membawa hasil bila mana dia offer aku keje kat situ. Peluang tu memang aku grab secara tak langsung ianya memberikan aku tekanan yang maha hebat.

Kenapa?

FYI, Kak Noorul admitted kat hospital lebih kurang dalam 3 bulan. Ada masalah dengan kandungan dia. Pada masa yang sama, aku ada plan nak apply keje kat China Shipping ni. Dan Alhamdulillah, nasib aku baik.

Kat sini aku dah serba salah sebenarnya. Dalam Kak Noorul yg kene tahan wad, dgn COA takda sape nak buat. Dengan Comm Job masih ragu-ragu sape yg nak buat. Aku serba salah sebenarnya. Aku bukan tak kesian. Aku kesian. Tapi, hati aku betul-betul dah takda kat situ. Dan memang ini yang aku nak. Leaving Wentel. Tapi aku tak sangka pulak yang Kak Noorul boleh tetiba sakit. Aku nak kata ape kan? Bukan dia nak pon. Mana ada org mengandung nak ada masalah dgn kandungan dia. Takda sorang pon yang nak. Dalam ni aku tak salahkan dia walaupun ada sedikit terkilan. Sangat terkilan. Kau ingat aku buat keputusan ni senang2? Aku fikir perasaan semua orang. Aku fikir macam mana kalau aku takda. Sape nk take over balik keje Kak Noorul buat sementara ni. Aku fikir. Kau ingat aku tak fikir. Sampai hilang selera makan aku pasal benda ni semata. Aku celaru. Aku tanya Leha, tapi Leha cakap better aku tanya pendapat orang lain jugak. At last aku tanya Bella. Aku ceritakan masalah aku satu-satu, aku luahkan perasaan yang terbuku tu. Aku luahkan semua. Aku menangis. Ada sampai tahap aku boleh menangis masa buat keje sebab fikir benda alah ni.

Kenapa aku fikirkan sangat perasaan dorang? Kenapa ek? Sebab dorang baik dgn aku, dorang selalu tolong aku. Lelagi Kak Noorul, Orang pertama yang aku kenal masa aku memula masuk Wentel dulu. Dia yang selalu dengan aku. Kau bayangkan. Time dia tengah-tengah sakit, then tetiba dapat mesej yang aku nak berhenti. Confirm lah dia risau dengan kerja dia yang tertangguh tu. Confirm punya. Then what choice I have?

Ada actually. Leaving or Stay. Tu jek choice yang aku ada. Leaving bermakna aku akan sakitkan hati-hati orang yang baik dengan aku. Stay means aku kena tahan lagi perasaan aku dalam jangka waktu yang lama. Dan aku dah cukup penat. Aku dah penat dengan semua tu. Maaf kepada sesapa yang aku sakitkan hatinya. Maaf juga hati, kerana start esok kau akan sakit dengan lebih teruk. Maaf. Kejam ke aku? Mungkin.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan