Rabu, 18 Jun 2014

Tindakan drastik aku g interview kt China Shipping membawa hasil bila mana dia offer aku keje kat situ. Peluang tu memang aku grab secara tak langsung ianya memberikan aku tekanan yang maha hebat.

Kenapa?

FYI, Kak Noorul admitted kat hospital lebih kurang dalam 3 bulan. Ada masalah dengan kandungan dia. Pada masa yang sama, aku ada plan nak apply keje kat China Shipping ni. Dan Alhamdulillah, nasib aku baik.

Kat sini aku dah serba salah sebenarnya. Dalam Kak Noorul yg kene tahan wad, dgn COA takda sape nak buat. Dengan Comm Job masih ragu-ragu sape yg nak buat. Aku serba salah sebenarnya. Aku bukan tak kesian. Aku kesian. Tapi, hati aku betul-betul dah takda kat situ. Dan memang ini yang aku nak. Leaving Wentel. Tapi aku tak sangka pulak yang Kak Noorul boleh tetiba sakit. Aku nak kata ape kan? Bukan dia nak pon. Mana ada org mengandung nak ada masalah dgn kandungan dia. Takda sorang pon yang nak. Dalam ni aku tak salahkan dia walaupun ada sedikit terkilan. Sangat terkilan. Kau ingat aku buat keputusan ni senang2? Aku fikir perasaan semua orang. Aku fikir macam mana kalau aku takda. Sape nk take over balik keje Kak Noorul buat sementara ni. Aku fikir. Kau ingat aku tak fikir. Sampai hilang selera makan aku pasal benda ni semata. Aku celaru. Aku tanya Leha, tapi Leha cakap better aku tanya pendapat orang lain jugak. At last aku tanya Bella. Aku ceritakan masalah aku satu-satu, aku luahkan perasaan yang terbuku tu. Aku luahkan semua. Aku menangis. Ada sampai tahap aku boleh menangis masa buat keje sebab fikir benda alah ni.

Kenapa aku fikirkan sangat perasaan dorang? Kenapa ek? Sebab dorang baik dgn aku, dorang selalu tolong aku. Lelagi Kak Noorul, Orang pertama yang aku kenal masa aku memula masuk Wentel dulu. Dia yang selalu dengan aku. Kau bayangkan. Time dia tengah-tengah sakit, then tetiba dapat mesej yang aku nak berhenti. Confirm lah dia risau dengan kerja dia yang tertangguh tu. Confirm punya. Then what choice I have?

Ada actually. Leaving or Stay. Tu jek choice yang aku ada. Leaving bermakna aku akan sakitkan hati-hati orang yang baik dengan aku. Stay means aku kena tahan lagi perasaan aku dalam jangka waktu yang lama. Dan aku dah cukup penat. Aku dah penat dengan semua tu. Maaf kepada sesapa yang aku sakitkan hatinya. Maaf juga hati, kerana start esok kau akan sakit dengan lebih teruk. Maaf. Kejam ke aku? Mungkin.







Ahad, 15 Jun 2014

Aku Juga Manusia Biasa

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, betul ke ape yang aku buat? Betul ke reaksi yang aku buat? Betul ke tu? Betul ke ni? Aku even tak tahu ape yang aku buat ni cukup matang atau tak. Aku even tahu how to act. Habis aku nak buat mcm mana? Buat2 mcm takda pape? Kalau kau jadi aku, ape yang kau rasa? Apa yang kau buat? Aku bukan menghindar sebab email tu. Owh. Mungkin jugak kerana email. Tapi lebih dari itu sebabnya. Sebabnya? Bila orang dah tak suka kau, baiklah kau angkat kaki. Ya. Itu lah yang aku buat sebelum email tu buat aku betul-betul tinggalkan dorang. Entahlah. Untuk react mcm selalu, aku rasa aku tak boleh buat masa ni. Tunggulah nanti.


Sorry, aku juga manusia biasa. Yang tunjukkan rasa tak suka bila aku betul-betul tak suka. Mungkin betul kata arwah ayah aku, aku jenis yang tak pandai berlakon. Tak pandai sembunyikan perasaan sendiri. Lagi-lagi perasaan marah dan tak suka.

Rabu, 11 Jun 2014

PEDIH

I try to act like nothing. But no matter how hard I try, there is something that hurt me a lot.

Pernah tak korang rasa bila kawan2 yg rapat dengan korang, yang selalu makan sama2, gossip sama2, buat keje sama2 tetiba pinggirkan korang. Tiba2 senyap dengan korang. Tiba2 buat tak tahu dengan korang. Korang boleh bayangkan tak perasaan dia mcm mana? Macam tu lah yang aku rasa sekarang ni.

Aku tak tahu di mana mula dia, di mana salahnya. Apa yang silapnya sampai boleh jd benda mcm ni. Mula2 aku diamkan sebab aku paham dorang busy dgn keje. Tapi takkan dari pagi sampai balik tak bertegur dgn aku kan? Aku bukan budak2 lagi. Aku boleh rasa kalau org tak suka kita. Dan itulah yang aku rasa sekarang ni. Dua minggu kot dorang buat aku mcm tu. Sakit? Haruslah. Tak mungkin tak. Aku ingt lg bila aku Tarik dia join group aku, kitorang bertiga pergi rehat sama2. Lama2 group tu makin bertambah. Org lain boleh namakan “group shipping” sebab semua budak2 shipping. Aku tak kisah. Aku bukan nak ungkit. Sebab aku suka kumpul reramai. Then kitorang makin lama makin rapat.

Ok. Aku pendekkan cerita. Aku ulangi, aku tak tahu di mana silap aku. Apa salah aku? Bila aku perhatikan dorang ckp dgn aku pun mcm nak tak nak. Even cakap pasal keje. Penat sangat ke keje korang? Banyak sangat ke keje korang sampai korang kene layan aku macam tu? Jawab soalan aku macam tu. Aku Tanya benda atas urusan kerja. Bukan hal yang remeh temeh. Itu pun kene marah ke? Mula2 aku tak amek hati sangat. Tapi lama2 sape yg tak terasa hati? Sape yg tak sakit hati? Dengan org lain boleh pulak kau ketawa gembira, bila tang aku bertanya kau jawab mcm tu sekali. Sakit.

Dalam dua minggu ni aku perhatikan yg dorang memang jarang tergur aku, tegur pun atas urusan kerja. Dan sejak dari tu lah aku aku tekad yang aku akan menjauhkan diri. Biarlah. Org dah tak suka, nak buat mcm mana lagi kan?

Pagi tadi aku dikejutkan dgn email dari dorang pasal penarikan semula semua kerja shipping yg dorang bagi pada aku. Siap mention “as agreed” dgn michelle, manager aku. Means dia memang dah rancang awal nak amek balik kerja tu. Kau tahu tak persaan aku mcm mana masa tu? Air mata aku memang sikit lagi nak jatuh. Sikit lagi. Knp aku nak terasa? Haruslah aku terasa. Masa memula dia nak pass aku kerja tu, dorang siap panggil buat meeting semata-mata nak bg kerja tu untuk aku. Sekarang? Bila dia nak amek balik keja tu, takda sorang pon yg inform aku pasal benda tu. kau tahu tak macam mana perasaan aku mase tu? remuk redam tahu tak? Masa tu aku tengah arrange cntnr keluar, salah satu keje shipping yg dorang pass kat aku. Dan tetiba aku dpt email bodoh tu. time tu aku rasa mcm nak hempas jek file tu. Nampak sangat kan? Nampak sangat kan kalau org dah tak suka kita? Nampak sangat kan? Takpe lah. Kalau dorang dah decide buat aku mcm tu, aku ikut rentak dorang. Shipping kembali seperti dulu. Terbahagi dua. Engkau, engkau. Dan aku, aku. Takda lagi nak nama teamwork yg korang selalu agung2 kn sangat tu dulu. Aku tak percaya semua tu. tak percaya.

Pagi2 dia call kak noorul. Cerita, cerita yg aku tak tahu pasal ape dgn kak noorul. Aku dah pelik. Sbab jarang kak zaida bercerita mcm mengadu dgn kak noorul melainkan hal2 kerja jek. Sedangkan setahu aku, setakat ni, kak noorul takda keje yg melibatkan kak zaida. Aku pelik, tapi aku diamkan jek. Bila aku dapat email tu, aku Tanya kak noorul, kenapa kak zaida buat mcm tu, then kak noorul ckp tak tahu, kak zaida takda ckp pape kat. Kau tahu? Time tu aku benci gila dgn kak noorul sebab masih lagi berpura-pura tak tahu sedangkan pagi-pagi lah kak zaida call dia ckp pasal penarikan kembali keje shipping dari aku. Masalahnye kenapa tak cakap bersemuka yg korang nak amek balik keje tu dari aku sebab projek korang dah habis. Bukan kak noorul yg buat keje tu. tapi aku yang buat. Apa jadah nye kau inform dkt org yg takda kene mengena tu?

Maaf. Aku pun jenis org yg suka tunjukkan ‘tak suka’ dgn org yg aku tak suka. Start dari hari ni, respect aku pada korang dah takda. Tahniah. Korang tunggulah nnt, aku balas balik.


Bila org tanya : Sha, are you ok? Ofcourse NOT!!!