Rabu, 22 April 2015

Pernah tak kau rasa sedih dan menyesal sangat dgn benda yg kau dah buang?

Sakit?

Tu yg aku rasa sekarang ni.

Dulu. Waktu dulu, aku pernah kenal dgn lelaki ni. Baik budaknya. Caring. Tapi ada satu benda yg aku tak suka pasal dia jd aku buang dia mcm takda pape yg berlaku.
Aku tak balas mesej dia.
Aku tak angkat call dia.
Aku buang no dia.
Aku tak pernah approve friend request dia kat Facebook.

Aku buang segalanya.

Ada sampai satu hari, dia bg mesej mintak maaf untuk segala salah yg tak pernah dia buat kat aku.
Pon aku biarkan mesej tu,

Baru-baru ni, aku dapat tahu dia dah bahagia dengan pasangan baru.
Perasaan aku? Entah. Aku pon tak tahu kenapa tiba-tiba aku sakit hati dengan kebahagiaan dia.
Aku sedih sebab dia dah bahagia.
Aku menyesal sebab buang dia dulu.
Aku sedih.
Aku macam nak datang balik pada dia.
Aku macam nak rebut dia balik.
Sumpah!! Karma apakah ini?
Sumpah aku sedih!.

Tapi aku kene sedar, yang buang dia dulu adalah aku sendiri.
Jadi terimalah karma yang aku buat sendiri.

Aishah Sedih.

Jumaat, 27 Februari 2015

Hari tu.


Sempena cuti Raya Cina, aku balik kg, nak join family day kat Telok Gorek, Mersing. Kak Ngah join sekali. Sebelum gerak tu, dia masuk bilik aku. Aku ingat nak lepak biasa-biasa jek. Tapi dia masuk tutup pintu sambil cakap ada hajat. Ditanya aku sekali aku dah ada pakwe ke belum. Aku pun cakap jelah belum. Jujur jelah kannn. Dikeluarkan henfon. Dibelekbelek jap. Dalam otak aku cakap 'Ngah ni dah kenapa?' Tapi diam jelah. Dia tunjuk aku satu gambar ni. Dalam gambar tu ada 5 atau 4 orang ek? Lupa dah. Dua lelaki dewasa dan kanak-kanak di kirikanan dorang. Ngah nak kenalkan aku kat sorang mamat ni. Adik kepada kawan dia ke watsoever. Aku lupa dah. Aku cakap aku taknak sebab aku tak ready nak kawen lg. (Padahal ngah cakap nak kenalkan jek. bukan suruh kawen) Tapi aku tak nak. Ntah. Aku tak ready lg nak kenal dgn laki dan terlebih lg bila kenen-kenen ni. Tak suka ekceli. Dua hari gak Ngah pujuk aku. Akhirnya aku setuju gak. Apa salahnya mencuba kan? Ok. Aku kasi persetujuan. So balik Laken tu aku macam tertunggu gak kalau-kalau ada mesej atau call dari sambadi kennn. Tapi hampeh. Seminggu berlalu. Takda pape pon!


K.



Malas. Aku agak mamat tu memang tak nak pun. Kakak dia dan kakak aku jek yang over ni. Dalam hati aku cakap, Ngah ni tak malu ke nak kenalkan aku yg tak reti masak, tak reti kemas rumah yang pemalas ni kat anak orang? Malu beb gua macam tu.


K takpe. Aishah tak kisah pun ekceli, Aishah masih boleh hidup tanpa lelaki.

Selasa, 3 Februari 2015

LUPA

Assalamualaikum Hai.

Esok-esok kalau aku lupa nama korang, muka korang, siapa korang. Maafkan aku. Mungkin suatu hari nanti aku akan terlupa segalanya.

Aku takut, satu hari nanti-nanti aku terlupa segalanya.

Rabu, 14 Januari 2015

ENVY

Seumur hidup, pernah tak korang envy dengan kehidupan orang lain? 

Envy dengan kecantikan orang lain.
Envy dengan kekayaan orang lain.
Envy dengan kepandaian orang lain.
Envy dengan kebahagiaan orang lain.

Aku selalu. Aku selalu envy dengan kehidupan orang lain. Envy sangat-sangat.

Paling aku envy dengan kecantikan orang lain. Bila kita cantik, automatic ramai yang sukakan kita. Sedangkan aku yang tak berapa nak cantik ni, takda orang yang nak.
Pernah tak, bila kau sukakan seseorang dan kau dapat tahu, seseorang tu sukakan kawan kau sebab dia cantik dan kau tak. Pernah tak? Pernah tak? Aku pernah. Selalu.
Boleh bayangkan tak sakit dia macam mana?

Aku tak cantik.
Aku tak pandai nak melawa.
Aku tak pandai berfesyen.
Aku tak pandai nak berlembut.
Aku tak pandai nak senyum.
Aku tak pandai semua tu.

Aku taknak mekap sebab aku nak org suka mcm mana aku, bukan macam mana aku after mekap. Tapi mostly aku nampak, semua org suka perempuan mekap. Kenapa?
Aku taknak berfesyen sebab aku nak org suka aku yg sederhana, bukan yg terlalu uptodate dlm berpakaian. Tapi kenapa dorang suka org yg cantik berfesyen?
Aku taknak berlembut, aku taknak senyum sebab aku nak org suka aku tanpa aku tergedik-gedik tak tentu hala, sebab aku nak orang kenal siapa aku yang sebenar, bukan ape aku yang ada didepan. Tapi kenapa dorang hanya cari org yg suka beramah? Sombongkah aku? Ya. Aku sombong.

Aku envy bila semua org bahagia disamping pasangan masing-masing dan aku di sini. Alone.


Tapi apa yang aku perlu tahu.

Yakinlah Aishah, setiap perancangan Allah adalah setepat-tepat dan sebaik-baik perancangan. Sabar. Mesti ada hikmah. Cepat atau lambat. Percayalah.
Bersabar. Kau perlu tahu, yang kau bukan keseorangan di sini.




Sabtu, 10 Januari 2015

Kau Tak Kenal Aku.

Kau tak kenal aku.
Kau tak tahu pun nama aku.
Mari sini. Kita duduk satu meja berdepan.
Cerita apa yang tak dipuashati.
Kasi jelas semuanya.


Mari cerita satu persatu tentang aku.
Untuk kau kenal aku.

Aku jenis manusia kasar.
Bahasa aku kasar. Perbuatan aku kasar.
Aku tak pandai berlembut.
Aku tak pandai menggedik bermanja dengan semua orang.
Aku jenis manusia yg akan ketawa sekuat mungkin bila aku rasa aku nak ketawa.
Aku jenis manusia pemarah. Kurang sabar.
Jenis aku bila marah, aku akan marah semua orang. Mood aku tak menentu.
Aku jenis manusia yang serius. Aku susah untuk tersenyum dengan org yg aku tak kenal.
Muka aku nampak sombong. Muka aku nampak garang.
Aku nampak berjiwa kental. Tahan maki.
Aku nampak tabah, kuat.
Aku nampak mcm takda perasaan.


Tapi,


Sekental, sekuat, setabah aku ni. Pasti aku ada kerapuhan side dalam diri aku.
Aku manusia yg masih ada perasaan.


Kepahitan yang aku lalui dulu, jadikan aku lebih kuat untuk hadapi segala rintangan yg akan datang.


Kau tak kenal aku.
Kau tak layak nak judge aku macam lah aku ni penghina sehina hina manusia dan kau sesuci manusia.
Sejarah aku, kau tak layak untuk pertikai. Sebab sejarah kau sendiri tak seputih kapas.


Mari kita duduk satu meja berdepan. Kongsi satu cerita yang sama.
Cerita tentang kita.



Aishah Yang Perasan.

Assalamualaikum. Hai.




Pernah tak korang jatuh cinta untuk pandangan kali pertama? Aku pernah. Banyak kali.. Series aku tak tipu. Nak jd kisah, ada satu guy ni, dtg ofc aku nak ambil BL. Sekali pandang dia jek terus berdebar aku ni. Dah kenapa? Over sangat tauu. Tahu lah dia hensem. Cehh!! Lepas aku settle BL cepat2 sebab aku tak tahan nak kencing, cecepat aku lari, dengan harapan dpt tgk dia masa dia tunggu lift. Eh, tak dpt jumpa sebab dia masuk toilet jugak. Aku dengan hampanya berkata dalam hati. 'Takpelah. Takda jodoh nak buat mcm mane.' Tapi still berharap kalau aku keluar toilet, dia still ada kat depan tgu lift, ada jodoh lah tu. Haha. Seriouslah Aishah. kenapa gatal sangat ni? Hahah.
Dah selesai hajat yg aku tahan dari pagi sampai tengahari tu sebab tak sempat dengan kerja tak guna yg bertimbun tu, aku keluar toilet sambil2 jeling kat depan lift. Eh takda. Hampa lagi. Huh! Tapi. Sampai jek depan lift, elok je dia sandar kat tepi tgu lift. Aku punya senyum,, tak menahan.
Aishah kenapa gatal sangat sekarang ni? Stress lah aku.. -.-"


Kisah Aishah Yang Perasan.