Rabu, 16 Februari 2011

akhirnya...

rasanya dah terlalu lama aku hidup macam ni. akhir2 ni aku telah berfikir sedalam-dalamnya. apa yang cuba aku dapatkan dari hubungan yang tidak pasti ini? aku terlalu lama hidup dalam dunia angan-angan aku sendiri. kini aku sedar, aku tidak lagi dan tidak mungkin dapat menggapai bulan yang pernah aku miliki suatu masa dulu. kerana bulan itu dah pun jumpa bintang yang paling terang dalam hidup dia. dan aku hanyalah bintang yang telah malap sinarnya. 
bermadah lah pulak aku neh!!! ahahah
aku sedar, bukan mudah untuk aku lupakan semuanya. aku sedar aku masih mengharapkan sesuatu yang mustahil. aku sedar, cinta dan perasaan tak boleh dipaksakan. aku sedar, aku terlalu mengikut perasaan. aku sedar siapalah aku di sini.
bukan aku tak pernah untuk mencuba. bahkan berkali-kali. puas ku cuba untuk melupakan segalanya tentang hubungan ini. hidup dengan dunia baru... tapi,,, semuanya sia2 je..
tapi... sama tak antara cuba dan nak dengan cuba tapi tak nak?? ape yang aku lalui ialah cuba tapi tak nak. bermakna, aku memaksakan diri aku untuk melupakan dia, tapi hati aku tak nak. aku tak sanggup. 
apa yang kau nak dari aku sebenarnya? kau ada dia. tapi sometimes kau cari aku!! kau suruh aku datang sana!! untuk ape? sekadar menyakiti aku lagi?? begitu? apa ertinya?? aku sudah cukup penat dengan kehidupan aku yang macam ni. mengejar bulan yang tak mungkin dapat aku capai. aku cukup penat!! kali ini biarlah aku akhiri segalanya. perkara yang sepatutnya aku lakukan lama dulu...
kali ni,, aku halau kau jauh2 dari kehidupan aku!!! aku tak benarkan kau hidup dalam fikiran aku lagi!! aku tak benarkan kau merebak macam virus dalam hati aku!! aku tak nak lagi...
aku dah puas menangis,,, menangis for nothing.... benci sangatkan dia kat aku??? tape2,,, aku pon tak hairan. dengan setelah dia remove aku dari frens dia,, denagn jayanya dia bukan lagi kawan aku.. kawan yang aku kenal 6 tahun dulu,,,kawan yang belajar bersama-sama aku dulu..
aku akan buang segalanya , kerana kau yang menginginkannya. dan juga kau telah jumpa orang yang pernah aku minat suatu masa ketika yang dulu...
dan mulai sekarang ... kau bukan lagi sesuatu yang penting dalam hidup aku...


AKU MENJADI AKU YANG BARU....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan